Artikel : Formasi 3-6-1 King Kenny - Analisis Secara Taktikal
Dua tiga perlawanan kebelakangan ini boleh dikatakan King Kenny & Steve Clarke sedang mencuba beberapa formasi & taktikal yang sesuai untuk Liverpool selain formasi asal iaitu 4-2-3-1.
Kita telah tengok Kenny mencuba formasi 3-5-2 / 3-6-1 ketika Liverpool melawan Stoke City dan Chelsea. Formasi pokok krismas 3-6-1 ini saya boleh katakan agak serasi dengan pasukan Liverpool berdasarkan rekod cemerlang kita melawan Stoke City dan juga Chelsea.
Kekuatan & Kelemahan Formasi 3-6-1
Kekuatannya ialah formasi ini boleh digunakan secara aggressive sama ada utk menyerang atau bertahan. Utk menyerang, kita perlu meletakkan wing back yg suka naik ke atas dan mempunyai pace dapat memberi kelebihan kpd kita di bahagian sayap.Selain itu 3 defender mampu menahan serangan lebih berkesan. Baik utk dipakai ketika melawan pasukan aggressive spt Chelsea, Barcelona.
Kelemahannya ialah biasanya penyerang dilihat begitu terasing dari bahagian lain. Selain itu bahagian tengah(midfield) perlu cekap mengawal bola, bg membolehkan wing back naik ke atas sblm melakukan serangan. Midfield gagal mengawal bola, maka agak susah utk menyerang.
Wing back
Wing back penting kerana kita mengharapkan mereka utk melakukan hantaran silang yg tepat & berbahaya dari kedua-dua sisi. Selain itu, formasi ini saya lihat sesuai dgn Glen Johnson yang suka naik ke atas apabila menyerang tetapi agak lambat utk turun apabila diserang. Kelly juga tidak kurang hebatnya, mampu memberi hantaran silang yang mantap dan agak baik bertahan.
2 comments:
jom kongsi link
zamzammilzain.blogspot.com
YNWA
Bro, dh add link..
Post a Comment