Join The Community




Search

Wednesday, February 16, 2011

Rating Pemain : Liverpool 1-1 Wigan

www.tips-fb.com






Pepe Reina(GK) : Agak sibuk menahan & menepis bola kerana banyak serangan Wigan datang dari arah sayap dengan sepakan cross yang merbahaya terutama dari Charles N'Zogbia

Martin Kelly(RB) : Pemain muda the Reds kini boleh dikatakan semakin matang dalam tugasnya. Dapat bertahan dengan baik dan naik ke atas bila diperlukan semasa serangan. Patutla King Kenny beri kepercayaan kpd Kelly untuk jadi RB.

Jamie Carragher(CB) : Diberi tugas sebagai kapten utk perlawanan ni kerana ketiadaan Steven Gerrard. Sentiasa solid dalam bertahan dan melakukan terjahan bila diperlukan. Banyak membuat clearance utk menyelamatkan kubu Liverpool.

Martin Skrtel(CB) : Pertahanan OK cuma agak kelam kabut. Lemah untuk menangkis serangan dari udara terutama crossing berbahaya dari NZogbia.

Glen Johnson(LB) : Diberi kepercayaan oleh King Kenny sbg LB & melaksanakan tugas dengan baik, malah lebih baik dari posisi asal beliau, RB. Tidak dapat naik ke atas seperti biasa kerana sibuk mengawal NZogbia.

Lucas Leiva(MF) : Mengawal bahagian tengah dgn agak baik & prestasi beliau makin meningkat. Membuat pressure dan tackle bila diperlukan dan berjaya membataskan pergerakan Ben Watson dan James McCarthy. Good job.

Raul Meirels(MF) : Pemain yang paling menyerlah. Membuat sepakan volley yang cantik untuk menghadiahkan gol pendahuluan kpd peminat LFC. Sentiasa berada di posisi yang betul setiap kali serangan dilakukan. Digantikan oleh David NGog


Maxi Rodriguez(MF) : Banyak bermain simple dan short pass. Menukar posisi daripada bahagian sayap ke bahagian tengah padang untuk berganding dgn Meireles bg mencipta peluang utk Suarez & Kuyt..

Fabio Aurelio(MF) : Gol Meireles adalah hasil gerakan & hantaran beliau. Boleh dikatakan pemain utiliti untuk game ni kerana bermain beberapa posisi seperti center midfield, winger etc untuk mencipta banyak peluang gol.

Dirk Kuyt(ST) : Seperti biasa, rajin dan penuh energi dan sentiasa mengejar bola. Sayangnya pada game nie banyak gerakan beliau tidak menjadi. Digantikan Milan Jovanovic


Luis Suarez(ST) : Begitu fokus utk game nie sentiasa nampak berbahaya. Berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan dgn gerakan licik beliau. 2 kali hampir menjaringkan gol ttp malangnya percubaan hanya terkena tiang gol.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...