Join The Community




Search

Saturday, February 19, 2011

Sembang Artikel : Formasi 3-6-1 King Kenny - Analisis Secara Taktikal

www.tips-fb.com

Artikel : Formasi 3-6-1 King Kenny - Analisis Secara Taktikal


Dua tiga perlawanan kebelakangan ini boleh dikatakan King Kenny & Steve Clarke sedang mencuba beberapa formasi & taktikal yang sesuai untuk Liverpool selain formasi asal iaitu 4-2-3-1.

Kita telah tengok Kenny mencuba formasi 3-5-2 / 3-6-1 ketika Liverpool melawan Stoke City dan Chelsea. Formasi pokok krismas 3-6-1 ini saya boleh katakan agak serasi dengan pasukan Liverpool berdasarkan rekod cemerlang kita melawan Stoke City dan juga Chelsea.

Kekuatan & Kelemahan Formasi 3-6-1
Kekuatannya ialah formasi ini boleh digunakan secara aggressive sama ada utk menyerang atau bertahan. Utk menyerang, kita perlu meletakkan wing back yg suka naik ke atas dan mempunyai pace dapat memberi kelebihan kpd kita di bahagian sayap.Selain itu 3 defender mampu menahan serangan lebih berkesan. Baik utk dipakai ketika melawan pasukan aggressive spt Chelsea, Barcelona.

Kelemahannya ialah biasanya penyerang dilihat begitu terasing dari bahagian lain. Selain itu bahagian tengah(midfield) perlu cekap mengawal bola, bg membolehkan wing back naik ke atas sblm melakukan serangan. Midfield gagal mengawal bola, maka agak susah utk menyerang.



Pertahanan(Defender)
3 pertahanan tengah adalah penting bagi memastikan formasi ini berjaya. Dilihat sempurna kerana bila seorang terleka atau seorang naik sedikit ke atas, kita masih lg mempunyai 2 orang lagi utk cover bahagian tengah pertahanan.

Wing back
Wing back penting kerana kita mengharapkan mereka utk melakukan hantaran silang yg tepat & berbahaya dari kedua-dua sisi. Selain itu, formasi ini saya lihat sesuai dgn Glen Johnson yang suka naik ke atas apabila menyerang tetapi agak lambat utk turun apabila diserang. Kelly juga tidak kurang hebatnya, mampu memberi hantaran silang yang mantap dan agak baik bertahan.

Tengah(Midfield)
Bahagian tengah perlu cekap mengawal bola dan dgn adanya Steven Gerrard dan Raul Meireles kita tidak perlu bimbang. Kedua-dua pemain ini mampu mengawal bola dan  melakukan intelligent pass ke arah wing back mahupun striker. Lucas berperanan memberi tekanan dan buat tackle semasa bola dibawa oleh pihak lawan.
Penyerang(Striker)
Utk membolehkan seseorang penyerang berjaya, penyerang mestilah seseorang yg sudah biasa bermain sebagai solo striker. Taktik nie sesuai utk penyerang spt Torres atau Carroll. Malangnya Torres sudah tiada dan Carroll masih belum dapat bermain. Kita hanya ada Kuyt ketika itu di mana saya rasa sudah cukup. Kenapa? Fungsi Kuyt dilihat hanya sebagai pencipta masalah di bahagian depan. Selain itu, Kuyt yg selalu bekerja kuat dilihat mampu memberi tekanan kpd pertahanan lawan.

Rumor : Liverpool Berminat utk Sign Georginio Wijnaldum dari Feyenoord

www.tips-fb.com

Rumor : Liverpool Berminat utk Sign Georginio Wijnaldum dari Feyenoord


Liverpool dilaporkan berminat utk mendapatkan khidmat pemain sayap Feyenoord, Georginio Wijnaldum pada musim perpindahan akan datang.

Pemain berusia 20-tahun itu boleh bermain sama ada di posisi sayap kanan atau lebih kepada posisi tengah padang telah dipantau oleh beberapa kelab ternama sejak beberapa bulan lepas, di mana AC Milan dan Real Madrid menunjukkan minat yg mendalam terhadap pemain ini.

Berdasarkan sumber di Belanda, Liverpool sendiri telah menghantar skuad pemerhati untuk melihat prestasi pemain ini ketika Feyenoord beraksi menentang Heracles.

Pemain antarabangsa Belanda bawah-21 ini menganggap penyerang Belanda yang kini bermain bersama Liverpool, Dirk Kuyt sebagai idolanya. Dipercayai mempunyai potensi besar dan bakal bergelar bintang dalam beberapa tahun akan datang, Wijnaldum memenuhi kriteria dan syarat-syarat  yang diletakkan pemilik Liverpool iaitu melaburkan duit ke atas pemain muda dan mempunyai "re-sale value" jika pemain ini ingin berpindah ke kelab lain pada masa akan datang.

Friday, February 18, 2011

Rumor : Liverpool Target, Arda Turan Ingin Berpindah ke Liga EPL?

www.tips-fb.com

Rumor : Liverpool Target, Arda Turan Ingin Berpindah ke Liga EPL?


Liverpool dikhabarkan berminat untuk membawa pemain sayap Galatasaray, Arda Turan ke Anfield pada musim perpindahan yg akan datang dan pemain itu sendiri dikatakan sudah bersedia utk berpindah ke liga EPL.

Pemain berusia 24-tahun itu boleh bermain sebagai Attacking Midfielder dan juga Winger, posisi yang sememangnya perlu diperkuatkan oleh Liverpool bagi membantu bahagian serangan. Selain itu, pemain ini mampu  menambah kreativiti di bahagian tengah pasukan Liverpool.

Kenny Dalglish dan Director of Football Damien Comolli telah menyenaraikan Arda Turan sebagai salah satu target utama utk perpindahan akan datang bagi membentuk semula pasukan Liverpool utk menghadapi cabaran musim akan datang.

Chelsea, Newcastle United dan Juventus adalah antara kelab yg berminat utk mendapatkan khidmat Arda Turan tetapi pemain itu mungkin memilih Liverpool sebagai destinasi utama andai ingin berpindah ke liga EPL.

Beliau pernah berkata "Liverpool menarik minat saya kerana tradisinya. Di Eropah saya adalah seorang penyokong Liverpool dan jika saya ingin bermain di sana, saya ingin bermain bersama kelab Liverpool".

Galatasaray dilaporkan bersedia mendengar tawaran sekitar  £17million untuk mendapatkan khidmat pemain ini.

Photo : Aksi The Reds di Prague

www.tips-fb.com

Photo : Aksi The Reds di Prague

Pasukan Liverpool pulang ke Anfield dengan keputusan seri 0-0 dengan Sparta Prague dlm Europa League. Bagaimanapun keputusan itu dikatakan sudah memadai kerana perlawanan kedua bakal berlansung di Anfield pada minggu hadapan.

Berikut photo The Reds ketika beraksi menentang Sparta Prague :-









Rumor : Jose Enrique Teruja Dikaitkan Dgn Liverpool

www.tips-fb.com

Rumor : Jose Enrique Teruja Dikaitkan Dgn Liverpool


Pemain pertahanan Newcastle United, Jose Enrique menyatakan beliau begitu teruja bila namanya dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.

Pemain Sepanyol yg berusia 26-tahun itu berkata beliau begitu ingin menyertai kelab yg lebih besar dengan harapan dapat mewakili negara Sepanyol pada masa yg akan datang. Manchester United dan Aston Vila juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini tetapi Liverpool dikatakan mendahului senarai utk mendapatkan pemain yang dianggarkan bernilai £6 million itu.

Liverpool Director of Football, Damien Comolli berkata dia amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain left-back Newcastle United itu setelah beberapa kali pemerhatian yang dilakukannya.

Pemain yang masih berbaki 16 bulan kontrak dengan Newcastle United itu berkata dia berpuas hati dengan kelabnya sekarang tetapi sebagai pemain, dia ingin memenangi piala dan bermain untuk kelab ternama di masa yang akan datang.

-Left-back Spain sekarang nie pun sudah tua, Joan Capdevila. Elok sangat la masuk Liverpool utk mantapkan cara permainan seterusnya mungkin dipilih utk mewakili Spain.

Berita Semasa : King Kenny Puas Hati Keputusan Seri di Prague

www.tips-fb.com

Berita Semasa : King Kenny Puas Hati Keputusan Seri di Prague


Bos Liverpool, Kenny Dalglish berpuas hati dgn perlawanan melawan Sparta Praha yang berkesudahan seri 0-0 dalam kempen Europa League.

The Reds yang berkunjung ke Prague dalam prestasi baik sblm itu, tidak terkalah dlm 6 perlawanan sebelumnya gagal utk membawa prestasi baik yang mereka pamerkan dlm liga EPL menyebabkan mereka hanya sekadar mampu seri 0-0 dgn Sparta Praha.

Kenny berkata "Ia adalah perlawanan agak sukar. 0-0 adalah keputusan yang adil dan saya berpuas hati. Memanglah kita hendakkan gol di tempat lawan, Tetapi seri sudah memadai"

Perlawanan ini juga menyaksikan King Kenny memberi peluang kepada Joe Cole dan Danny Wilson untuk membuktikan keupayaan mereka. Joe Cole diberi peluang menggantikan Fabio Aurelio dan diletakkan dibelakang penyerang. Sementara itu pemain muda, Danny Wilson bermain sbg pertahanan kiri(LB) dan mempamerkan aksi yg mantap.

Perlawanan ini nyata mampu memberi pengalaman berguna kepada beberapa pemain yang sudah lama tidak bermain akibat kecederaan dan juga beberapa pemain muda lain.

Perlawanan kedua yg bakal berlangsung di Anfield minggu hadapan diharapkan dapat menghadiahkan kita kemenangan dan sudah tentu kemasukan semula kapten kita, Steven Gerrard mampu memberi lebih ancaman di bahagian tengah.

Berita Semasa : Aquilani Mungkin Akan Kembali ke Anfield

www.tips-fb.com

Berita Semasa : Aquilani Mungkin Akan Kembali ke Anfield


Laporan di beberapa website mengatakan Alberto Aquilani mungkin akan kembali ke Anfield.

Pemain antarabangsa Itali itu buat masa sekarang dipinjamkan ke kelas Serie A, Juventus sehingga akhir musim dengan kelab itu diberi pilihan utk membeli pemain ini di akhir musim.

Liverpool yang pada ketika itu dibawah kendali Rafa Benitez telah membeli pemain ini pada harga €20 million telah gagal menunjukkan prestasi terbaiknya ketika beraksi di Anfield.

Bagaimanapun, hajat Aquilani untuk berpindah ke Juventus secara kekal mungkin tidak kesampaian kerana dilaporkan kelab itu menganggap gaji yang diminta  oleh pemain terlalu tinggi dan kelab mungkin tidak sanggup utk membayarnya.

Liverpool sememangnya ingin menjual Alberto Aquilani kepada Juventus tetapi sekiranya Juventus tidak sanggup membelinya, bekas pemain AS Roma ini akan kembali ke Liverpool di akhir musim nanti.

-Kalau Kenny tak suka, jual je. Kalau suka, latih bagi jadi power..

Thursday, February 17, 2011

Match Report : Sparta Prague 0 - 0 Liverpool (Europa League)

www.tips-fb.com

Match Report : Sparta Prague 0 - 0 Liverpool (Europa League)


Barisan kesebelasan utama yang dipilih King Kenny ialah Pepe Reina, Soto, Carra, Glen Johnson, Danny Wilson, Fabio Aurelio, Maxi, Lucas, Kuyt, Meireles dan David Ngog.


Perlawana pertama yg diuruskan oleh Kenny dlm Europa League menyaksikan Liverpool sekadar seri 0-0.

Liverpool bermain agak berhati-hati sejak sepak mula dan dilihat kurang menyerang. Sebaliknya pihak tuan rumah lebih banyak menyerang dan kebanyakan serangan datangnya daripada kedua-dua pemain sayap mereka.

Kredit harus diberikan kpd penjaga gawang,Pepe Reina kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Sparta terutamanya daripada Manuel Pamic & Leony Kweuke.

Perlawanan ini juga menyaksikan Joe Cole diberi peluang pertama utk beraksi dibawah kendalian King Kenny bagi menggantikan Fabio Aurelio akibat kecederaaan.

Persembahan yg ditunjukkan Liverpool pada babak masa kedua lebih bertenaga & lebih menyerang. Keputusan Kenny utk meletakkan Raul Meireles bergandingan dgn Lucas, bg memberi peluang kpd Joe Cole utk bermain di belakang Ngog ternyata berkesan. Formasi ini telah menyebabkan pertahanan Sparta kucar-kacir dan Liverpool hampir-hampir menjaringkan gol hasil percubaan Glen Johnson.

King Kenny yang ditemubual berkata "Ianya perlawanan yang sukar buat kami. Sepatutnya kami boleh banyak menyerang tetapi keadaan & pilihan pemain menyebabkan sedikit sebanyak membataskan keupayaan kami utk menyerang".

Bagi aku, keputusan seri 0-0 bukanlah sesuatu yang buruk kerana perlawanan timbal balik akan bermain di kubu kuat kita, Anfield minggu hadapan. Kita mempunyai kelebihan kerana tempat keramat Anfield sentiasa membuatkan  para pemain mempamerkan aksi yang bertenaga dan meyakinkan.

Sama-sama kita nantikan perlawanan kedua nanti di Anfield.

Rumor : Liverpool Berdepan Cabaran Sengit Utk Mendapatkan £8M DMF - Blaise Matuidi

www.tips-fb.com

Rumor : Liverpool Berdepan Cabaran Sengit Utk Mendapatkan £8M DMF - Blaise Matuidi


Liverpool bakal berdepan dgn cabaran yang sukar utk membawa pertahanan tengah, Blaise Matuidi yang kini bermain utk pasukan St. Etienne.

Pemain berusia 23-tahun itu adalah antara pemain yang disebut sbg "key transfer target" sejak kedatangan Damien Comolli sbg Director of Sporting Strategy ke Liverpool..

Liverpool dijangka berdepan tentangan hebat drpd pasukan Serie A spt Juventus, AS Roma dan Fiorentina. Di samping itu kelab dari Bundesliga, Schalke juga dikatakan berminat terhadap Matuidi.

St. Etienne meletakkan harga sekitar  £8 million utk Blaise Matuidi dan kelab itu juga menyatakan mereka belum menerima sebarang tawaran dari mana-mana kelab itu membeli pemain itu.

-Sejak perpindahan Mascherano ke Barca, kita belum ada pemain yg mempunyai combative ability yg setaraf dgn Mascherano. Bagus juga beli pemain nie utk bersaing dgn Lucas di bahagian DMF. 

Rumor : Nico Kranjcar Dikaitkan Dgn Perpindahan Ke Anfield?

www.tips-fb.com

Rumor : Nico Kranjcar Dikaitkan Dgn Perpindahan Ke Anfield?

Laporan terbaru telah mengaitkan playmaker Tottenham Spurs, Nico Kranjcar berpindah ke Anfield pada musim perpindahan yang akan datang.

Pemain berusia 26-tahun itu telah diberi peluang oleh Harry Redknapp bermain sebagai pemain gantian utk 2 perlawanan EPL lepas dan telah menjaringkan gol utk menghadiahkan kemenangan kpd Spurs. Walaubagaimanapun, sumbangan beliau itu dilihat tidak cukup untuk membolehkannya dinamakan sebagai pemain kesebelasan utama.

Pemain tengah Croatia itu sblm ini telahpun dikaitkan dgn Liverpool FC pada perpindahan lepas & kini dilaporkan Liverpool masih berminat untuk membawa pemain ini ke Liverpool FC. Nilai terkini Kranjcar dianggarkan 10M dan Liverpool memang memerlukan pemain baru yang kreatif untuk menghidupkan bahagian tengah pasukan itu yang dikatakan kurang kreatif setelah pemergian Xabi Alonso dan Yossi Benayoun.


- Kalau kita beli pemain nie dulu, boleh dpt harga dlm 3-5M je..

Wednesday, February 16, 2011

Match Preview : Sparta Prague - Liverpool (Europa League) 17/2/2011

www.tips-fb.com

Match Preview : Sparta Prague - Liverpool (Europa League) 17/2/2011

Liverpool
Steven Gerrard & Agger masih belum sembuh dari kecederaaan. 5 pemain muda dibawa oleh King Kenny ke Sparta iaitu Conor Coady, Jack Robinson, Tom Ince, John Flanagan dan Raheem Sterling. Selain itu, Andy Carroll juga dilaporkan ikut serta utk menonton perlawanan serta menimba pengetahuan nie.

Joe Cole dan Raul Meireles telah sembuh dari kecederaan masing2 dan dijangka diturunkan oleh Kenny bagi memastikan pihak kita menang perlawanan nie.

Sama ada Kuyt atau Ngog yang akan menjadi penyerang utama masih lagi tidak pasti. Rekod David Ngog utk perlawanan Europa League adalah amat baik.

Ini juga merupakan perlawanan pertama Europa League yang diuruskan oleh Kenny Dalglish.

Sparta Prague
A "surprise qualifier" kerana berjaya mengalahkan pasukan Palermo yang agak kuat. Mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri - tidak pernah kalah. Dan sekarang nie berapa di kedudukan ke-2 dalam Czech League. Sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh pasukan Liverpool.

Sparta telah bermain 2 perlawanan persahabatan pada bulan lepas, kalah 0-3 kepada Zenit dan seri 2-2 dgn Ukrainian side Dnipro (kalah tendangan penalti 8-9).

Barisan Kemungkinan Liverpool :-
( Formasi Pokok Krismas : 3-5-1-1)



23-Pemain Liverpool :-
Reina, Jones, Gulacsi, Johnson, Flanagan, Aurelio, Robinson, Kyrgiakos, Wilson, Carragher, Kelly, Skrtel, Meireles, Cole, Maxi, Jovanovic, Lucas, Coady, Ince, Sterling, Pacheco, Kuyt, Ngog.

Photo : Sesi Latihan Reds di Prague

www.tips-fb.com

Photo : Sesi Latihan Reds di Prague









Source : LFC TV

Berita Semasa : Gerrard Terlepas Peluang Beraksi Menentang Sparta Prague

www.tips-fb.com

Berita Semasa : Gerrard Terlepas Peluang Beraksi Menentang Sparta Prague


Kapten Liverpool, Steven Gerrard tidak dimasukkan ke dlm list pemain yang akan terbang ke Republik Czech kerana masih belum sembuh sepenuhnya daripada "Groin injury".

Center-back Daniel Agger juga tidak disenaraikan kerana juga mengalami kecederaan yang sama spt Stevie tetapi King Kenny telah menyenaraikan pemain muda Raheem Sterling untuk perlawanan menentang Sparta Prague.

Sterling, yang telah menjaringkan 5 gol pada hari Isnin lepas membolehkan kita menang besar 9-0 Southend United untuk FA Youth Cup. Sterling bakal menjadi pemain kelab yang paling muda sekiranya diturunkan beraksi menentang Sparta Prague, iaitu 16-tahun 71 hari.

Antara pemain muda lain yang disenaraikan oleh King Kenny untuk menentang Sparta Prague ialah Conor Coady, Tom Ince, John Flanagan dan Jack Robinson.

Joe Cole juga dilaporkan bakal beraksi setelah pulih daripada kecederaan lutut dan Raul Meireles juga sudah kembali sihat dan boleh kembali beraksi.

Senarai Pemain Utk Menentang Sparta Prague :-
Reina, Jones, Gulacsi, Johnson, Flanagan, Aurélio, Robinson, Kyrgiakos, Wilson, Carragher, Kelly, Skrtel, Meireles, Cole, Rodríguez, Jovanovic, Lucas, Coady, Ince, Sterling, Pacheco, Kuyt, Ngog.

Berita Semasa : Carragher Ingin Bermain Sehingga 2013 & Seterusnya

www.tips-fb.com

Berita Semasa : Carragher Ingin Bermain Sehingga 2013 & Seterusnya


Pertahanan lagenda Liverpool FC, Jamie Carragher telah menyatakan yang beliau tidak ada hasrat untuk bersara dalam masa terdekat ekoran daripada laporan kahbar yang telah melabelkan pemain berusia 33-tahun itu sbg "Veteran".

Carra percaya beliau masih mempunyai sekurang-kurangnya 2 3 tahun untuk dapat bermain di tahap terbaik.

Carra boleh dilabelkan sebagai ketua kubu pertahanan Liverpool FC sejak 10 tahun lalu kerana kehebatan beliau membaca gerak-geri pihak lawan dan melakukan terjahan yang tepat pada masa untuk mematikan pergerakan pihak lawan. Beliau yang berpengalaman luas kerana di awal usianya telah bermain untuk pelbagai posisi pertahanan sebelum ditetapkan sebagai center-back utama Liverpool.

Carra yang berehat lama ekoran kecederaan bahu telah menunjukkan prestasi yang mantap ketika diturunkan untuk pertama kalinya selepas sembuh utk menentang Chelsea di Stamford Bridge. Tackle yang dilakukan oleh beliau telah berjaya menghalang Fernando Torres drpd mendapatkan gol pendahuluan utk Chelsea. Pengalaman yang luas membolehkan beliau mengemudi bahagian pertahanan dngn baik bagi mematahkan setiap serangan yg dilakukan oleh Chelsea..

Selain itu, kehadiran beliau di atas padang sedikit sebanyak dapat membantu memberi ilmu berguna kpd pemain pertahanan muda yang lain. Carra terkenal dengan sikapnya yang suka mengarah dan beliau suka memberitahu pemain2 pertahanan lain apa yang patut dibuat ketika pihak lawan menyerang. Ilmu yang diberi diharap dapat dimanfaatkan oleh pemain2 lain seperti Agger, Skrtel, Kelly untuk menjadi pertahanan yang lebih baik pada masa akan datang.

-Carra memang legend, agak2 nya siapala yang dapat menggantikan tempat beliau di masa yang akan datang...

Berita Semasa : WBA Melantik Roy Hodgson Sebagai Manager Baru Kelab

www.tips-fb.com

Berita Semasa : WBA Melantik Roy Hodgson Sebagai Manager Baru Kelab


West Brom Albion telah secara rasminya melantik bekas pengurus Liverpool, Roy Hodgson sebagai Manager baru kelab itu setelah Manager lama iaitu Roberto Di Matteo di'sack' ekoran prestasi kelab yang tidak menentu dibawah kendalian beliau.

Uncle Roy, 63 tahun dilaporkan menandatangani kontrak selama 1 tahun setengah untuk bersama WBA. Bekas pengurus Newcastle United iaitu Chris Hughton juga antara calon yang dikhabarkan berminat untuk menjadi pengurus WBA tetapi sebaliknya melantik Uncle Roy untuk menjadi pengurus kerana mempunyai rekod yang lebih cemerlang.

Roy, jurulatih yang berpengalaman sebelum ini telah bertugas di beberapa kelab terkemuka seperti Inter Milan, FC Copenhagen, Udinese dan Fulham. Selain daripada itu, beliau juga bertanggungjawab untuk  melatih pasukan kebangsaan Switzerland dan Finland. Roy Hodgson telah dinobatkan sebagai "Manager of the Year" oleh Persatuan Pengurus2 Liga pada musim lepas kerana telah berjaya membawa Fulham ke final Europa League.

-Roy, taktik anda nampaknya tidak sesuai utk LFC.

Photo : Andy Carroll Training di Melwood

www.tips-fb.com

Photo : Andy Carroll Training di Melwood

Gambar di mana Andy Carroll yang ditemani oleh Jay Spearing berlatih di Melwood. Kedua2 pemain ini adalah masih lagi dlm proses pemulihan akibat drpd kecederaan lepas.





Tak sabar rasanya nak tengok gandingan Carroll dan Suarez...

Video : Luis Suarez vs Wigan

www.tips-fb.com

Video : Luis Suarez vs Wigan

Kalau siapa yang tak tengok game di mana Suarez bermain ketika melawan Wigan, baik tengok video nie.

Pergerakan menarik, Free kick cantik yang terkena tiang, every touch of Luis Suarez..
Enjoy !

Rumor : Liverpool ingin Beli "El Pocho" 23M Transfer Akan Datang?

www.tips-fb.com

Rumor : Liverpool ingin Beli "El Pocho" 23M Transfer Akan Datang?

Dikhabarkan Liverpool FC berminat untuk membeli penyerang Napoli, Ezequel Lavezzi pada musim perpindahan yang akan datang.

Kenny Dalglish dan Damien Comolli dilaporkan berminat untuk membeli penyerang Argentina itu kerana Lavezzi telah menunjukkan perkembangan yg memberangsangkan ketika bersama pasukan Seria A, Napoli.

Walaupun tidak dilabelkan sebagai penyerang berbisa, tetapi Lavezzi terkenal kerana mempunyai passing skill dan keupayaan teknikal yang begitu mantap. Di samping itu, Lavezzi juga mampu bertindak sebagai penyerang kedua ataupun playmaker.

Walaupun Kenny Dalglish sudah membeli 2 penyerang baru, beliau masih berminat untuk menambah 1 lagi penyerang pada musim perpindahan akan datang untuk memperkuatkan barisan serangan selain dapat menjadi sokongan sekiranya penyerang lain tercedera.

Nilai Ezequel Lavezzi atau dikenali sbg "El Pocho" sekarang dilaporkan 23M dan Liverpool dijangka dapat berunding untuk mengurangkan nilai yang diminta oleh Napoli.

Rating Pemain : Liverpool 1-1 Wigan

www.tips-fb.com






Pepe Reina(GK) : Agak sibuk menahan & menepis bola kerana banyak serangan Wigan datang dari arah sayap dengan sepakan cross yang merbahaya terutama dari Charles N'Zogbia

Martin Kelly(RB) : Pemain muda the Reds kini boleh dikatakan semakin matang dalam tugasnya. Dapat bertahan dengan baik dan naik ke atas bila diperlukan semasa serangan. Patutla King Kenny beri kepercayaan kpd Kelly untuk jadi RB.

Jamie Carragher(CB) : Diberi tugas sebagai kapten utk perlawanan ni kerana ketiadaan Steven Gerrard. Sentiasa solid dalam bertahan dan melakukan terjahan bila diperlukan. Banyak membuat clearance utk menyelamatkan kubu Liverpool.

Martin Skrtel(CB) : Pertahanan OK cuma agak kelam kabut. Lemah untuk menangkis serangan dari udara terutama crossing berbahaya dari NZogbia.

Glen Johnson(LB) : Diberi kepercayaan oleh King Kenny sbg LB & melaksanakan tugas dengan baik, malah lebih baik dari posisi asal beliau, RB. Tidak dapat naik ke atas seperti biasa kerana sibuk mengawal NZogbia.

Lucas Leiva(MF) : Mengawal bahagian tengah dgn agak baik & prestasi beliau makin meningkat. Membuat pressure dan tackle bila diperlukan dan berjaya membataskan pergerakan Ben Watson dan James McCarthy. Good job.

Raul Meirels(MF) : Pemain yang paling menyerlah. Membuat sepakan volley yang cantik untuk menghadiahkan gol pendahuluan kpd peminat LFC. Sentiasa berada di posisi yang betul setiap kali serangan dilakukan. Digantikan oleh David NGog


Maxi Rodriguez(MF) : Banyak bermain simple dan short pass. Menukar posisi daripada bahagian sayap ke bahagian tengah padang untuk berganding dgn Meireles bg mencipta peluang utk Suarez & Kuyt..

Fabio Aurelio(MF) : Gol Meireles adalah hasil gerakan & hantaran beliau. Boleh dikatakan pemain utiliti untuk game ni kerana bermain beberapa posisi seperti center midfield, winger etc untuk mencipta banyak peluang gol.

Dirk Kuyt(ST) : Seperti biasa, rajin dan penuh energi dan sentiasa mengejar bola. Sayangnya pada game nie banyak gerakan beliau tidak menjadi. Digantikan Milan Jovanovic


Luis Suarez(ST) : Begitu fokus utk game nie sentiasa nampak berbahaya. Berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan dgn gerakan licik beliau. 2 kali hampir menjaringkan gol ttp malangnya percubaan hanya terkena tiang gol.

Laporan Perlawanan : Liverpool 1-1 Wigan (12/2/2011)

www.tips-fb.com

Laporan Perlawanan : Liverpool 1-1 Wigan (12/2/2011)


Akhirnya rekod clean sheet Liverpool telah berjaya dileburkan oleh Wigan dan harapan Liverpool untuk mencapai kemenangan ke-5 berturut-turut tidak kesampaian walaupun kita bermain di tempat keramat, Stadium Anfield.


Yang paling membanggakan ialah Raul Meireles. Sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring gol ( 5 gol dlm 6 perlawanan) dengan sepakan volley. Agaknya si Meireles nie memang berlatih sepak volley sejak kecik lagi kot.


Satu perkara lagi yg Liverpool boleh bangga adalah penyerang baru kita, Luis Suarez bermain untuk 90 minit untuk game pertamanya di Anfield. Apa yang aku boleh kata, Luis Suarez memang berbahaya, dan sentiasa memberikan tekanan kepada pihak lawan. Apa taknya, 2 3 kali kita dapat free kick hasil kekasaran pemain Wigan terhadap suarez.

Kelicikan dan ketangkasan pemain antarabangsa Uruguay ni hampir memberikan kita gol apabila 2 percubaan Suarez terkena tiang gol. Melihat kepada cara Suarez main, aku rasa kehilangan Torres dapat dilupakan oleh peminat2 dalam sedikit waktu lagi.

Gol penyamaan Wigan pada minit 65 oleh Steve Gohouri. Kalau tengok balik ulang tayang macam offside je kedudukan pemain Wigan. Apakan daya tuah berpihak pada Wigan. Agaknya penjaga garisan tengah tidur kot..

King Kenny menyalahkan perlawanan antarabangsa, menyebabkan ramai pemain utama kita keletihan & x dapat memberikan 100% semasa menentang Wigan. Aku rasa betul jgk sbb semua pemain yang mampu memberikan ancaman menentang Wigan contoh Meireles, Kuyt, Johnson sblm tu baru balik dari perlawanan utk negara masing2.

Apapun, seri adalah lebih baik daripada kalah. Dan kalau pemain x letih aku rasa kita memang boleh menang game nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...