Join The Community




Search

Friday, February 18, 2011

Rumor : Liverpool Target, Arda Turan Ingin Berpindah ke Liga EPL?

www.tips-fb.com

Rumor : Liverpool Target, Arda Turan Ingin Berpindah ke Liga EPL?


Liverpool dikhabarkan berminat untuk membawa pemain sayap Galatasaray, Arda Turan ke Anfield pada musim perpindahan yg akan datang dan pemain itu sendiri dikatakan sudah bersedia utk berpindah ke liga EPL.

Pemain berusia 24-tahun itu boleh bermain sebagai Attacking Midfielder dan juga Winger, posisi yang sememangnya perlu diperkuatkan oleh Liverpool bagi membantu bahagian serangan. Selain itu, pemain ini mampu  menambah kreativiti di bahagian tengah pasukan Liverpool.

Kenny Dalglish dan Director of Football Damien Comolli telah menyenaraikan Arda Turan sebagai salah satu target utama utk perpindahan akan datang bagi membentuk semula pasukan Liverpool utk menghadapi cabaran musim akan datang.

Chelsea, Newcastle United dan Juventus adalah antara kelab yg berminat utk mendapatkan khidmat Arda Turan tetapi pemain itu mungkin memilih Liverpool sebagai destinasi utama andai ingin berpindah ke liga EPL.

Beliau pernah berkata "Liverpool menarik minat saya kerana tradisinya. Di Eropah saya adalah seorang penyokong Liverpool dan jika saya ingin bermain di sana, saya ingin bermain bersama kelab Liverpool".

Galatasaray dilaporkan bersedia mendengar tawaran sekitar  £17million untuk mendapatkan khidmat pemain ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...