Join The Community




Search

Friday, February 18, 2011

Berita Semasa : Aquilani Mungkin Akan Kembali ke Anfield

www.tips-fb.com

Berita Semasa : Aquilani Mungkin Akan Kembali ke Anfield


Laporan di beberapa website mengatakan Alberto Aquilani mungkin akan kembali ke Anfield.

Pemain antarabangsa Itali itu buat masa sekarang dipinjamkan ke kelas Serie A, Juventus sehingga akhir musim dengan kelab itu diberi pilihan utk membeli pemain ini di akhir musim.

Liverpool yang pada ketika itu dibawah kendali Rafa Benitez telah membeli pemain ini pada harga €20 million telah gagal menunjukkan prestasi terbaiknya ketika beraksi di Anfield.

Bagaimanapun, hajat Aquilani untuk berpindah ke Juventus secara kekal mungkin tidak kesampaian kerana dilaporkan kelab itu menganggap gaji yang diminta  oleh pemain terlalu tinggi dan kelab mungkin tidak sanggup utk membayarnya.

Liverpool sememangnya ingin menjual Alberto Aquilani kepada Juventus tetapi sekiranya Juventus tidak sanggup membelinya, bekas pemain AS Roma ini akan kembali ke Liverpool di akhir musim nanti.

-Kalau Kenny tak suka, jual je. Kalau suka, latih bagi jadi power..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...