Join The Community




Search

Wednesday, February 16, 2011

Berita Semasa : Carragher Ingin Bermain Sehingga 2013 & Seterusnya

www.tips-fb.com

Berita Semasa : Carragher Ingin Bermain Sehingga 2013 & Seterusnya


Pertahanan lagenda Liverpool FC, Jamie Carragher telah menyatakan yang beliau tidak ada hasrat untuk bersara dalam masa terdekat ekoran daripada laporan kahbar yang telah melabelkan pemain berusia 33-tahun itu sbg "Veteran".

Carra percaya beliau masih mempunyai sekurang-kurangnya 2 3 tahun untuk dapat bermain di tahap terbaik.

Carra boleh dilabelkan sebagai ketua kubu pertahanan Liverpool FC sejak 10 tahun lalu kerana kehebatan beliau membaca gerak-geri pihak lawan dan melakukan terjahan yang tepat pada masa untuk mematikan pergerakan pihak lawan. Beliau yang berpengalaman luas kerana di awal usianya telah bermain untuk pelbagai posisi pertahanan sebelum ditetapkan sebagai center-back utama Liverpool.

Carra yang berehat lama ekoran kecederaan bahu telah menunjukkan prestasi yang mantap ketika diturunkan untuk pertama kalinya selepas sembuh utk menentang Chelsea di Stamford Bridge. Tackle yang dilakukan oleh beliau telah berjaya menghalang Fernando Torres drpd mendapatkan gol pendahuluan utk Chelsea. Pengalaman yang luas membolehkan beliau mengemudi bahagian pertahanan dngn baik bagi mematahkan setiap serangan yg dilakukan oleh Chelsea..

Selain itu, kehadiran beliau di atas padang sedikit sebanyak dapat membantu memberi ilmu berguna kpd pemain pertahanan muda yang lain. Carra terkenal dengan sikapnya yang suka mengarah dan beliau suka memberitahu pemain2 pertahanan lain apa yang patut dibuat ketika pihak lawan menyerang. Ilmu yang diberi diharap dapat dimanfaatkan oleh pemain2 lain seperti Agger, Skrtel, Kelly untuk menjadi pertahanan yang lebih baik pada masa akan datang.

-Carra memang legend, agak2 nya siapala yang dapat menggantikan tempat beliau di masa yang akan datang...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...