Join The Community




Search

Friday, March 25, 2011

Kecederaan Suarez Tidak Serius - Dijangka Beraksi Menentang West Brom

www.tips-fb.com

Kecederaan Suarez Tidak Serius Seperti yg Disangka


Liverpool no.7, Luis Suarez yakin dia akan kembali cergas dapat bermain perlawanan seterusnya menentang West Brom walaupun mengalami kecederaan pada perlawanan sebelum ini ketika kita menang 2-0 melawan Sunderland.

Penyerang antarabangsa Uruguay tidak dapat beraksi utk mewakili negaranya melawan Estonia pada hari Jumaat ini dan perlawanan persahabatan vs Republic of Ireland pada Selasa minggu hadapan.

Kecederaan yg dialaminya tidak serius seperti yg disangka dan Suarez telah menyatakan yg dia yakin akan kembali cergas utk perlawanan menentang West Brom
.
Dia berkata dalam Twitter "Sekarang berada di Liverpool. Berlatih utk persedian perlawanan berikutnya. Saya bertuah kerana kecederaan tidak seburuk yg disangka dan akan kembali pulih sedikit masa lagi. Saya cuma rasa sedih kerana tidak dapat bermain utk Uruguay".



-Semuga cepat sembuh. Pastu berikan persembahan terbaik ketika lawan West Brom. Bagi nightmare sket kat defender West Brom..Kalau boleh, bagi Pak Cik Roy pening sampai garu muka die xhenti-henti..

Brad Jones Dipinjamkan Ke Derby County Hingga Akhir Musim

www.tips-fb.com

Brad Jones Dipinjamkan Ke Derby County Hingga Akhir Musim


Penjaga gawang ke-2 Liverpool FC, Brad Jones telah dipinjamkan ke Derby County hingga kahir musim ini.

Jones akan menjadi penjaga gawang utama Derby County, ekoran penjaga gawang sebelum ini, Matt Duke telah kembali ke kelab asal iaitu Hull City.

Boss Derby County telah mengesahkan yg Jones, 29-tahun akan menjadi 1st choice keeper, dan diharapkan Jones dapat membantu mereka utk mengelak daripada zon penyingkiran.

"Liverpool telah banyak membantu kelab ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kenny Dalglish dan staff-staff lain di Anfield kerana bersetuju utk meminjamkan Brad Jones ke Derby County", kata boss Derby County.


-Elok sangat la.Boleh tambah pengalaman utk Jones..

Tuesday, March 22, 2011

Apa Formasi Paling Sesuai Setelah Gerrard Kembali?

www.tips-fb.com

Apa Formasi Paling Sesuai Setelah Gerrard Kembali?

Steven Gerrard dilaporkan telahpun menjalani latihan ringan selepas membuat operation 2 minggu lepas.

Stevie pada mulanya dijangka akan berehat selama sebulan, tetapi mengikut keadaan sekarang mungkin dia bakal kembali ke dalam pasukan lebih awal - kemungkinan dia boleh bermain ketika menentang West Brom. Pasukan WBA yg kini dibimbing oleh ex-Liverpool bos, Pak Cik Roy. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada pemulihannya serta dapat melepasi ujian kecergasan.

Sekiranyan Stevie kembali, apakah agaknya formasi yg sesuai yg perlu King Kenny gunakan dalam perlawanan seterusnya?


Formasi 4-2-3-1
 (Suarez di sayap kiri mampu bermain secara width, serta ada pace)
(Meireles di belakang striker adalah posisi terbaiknya, bukan di sayap)
(Adakah Carroll sudah bersedia bermain sbg lone striker?)

Formasi 4-4-2
 (Formasi ini terbukti berkesan ketika kita menang vs Sunderland di mana Spearing bermain di tempat Gerrard)
(Meireles di sayap bermain baik, tetapi tidak dapat memberikan width, selalu cuba masuk ke tengah)

Formasi 4-3-3
(Formasi yg belum lagi dicuba oleh King Kenny)
(Utk formasi ini, holding midfielder perlu mempunyai combative ability yg baik. Adakah Lucas sudah cukup bersedia?)

Ian Ayre & Damien Comolli Dinaikkan Pangkat

www.tips-fb.com

Ian Ayre & Damien Comolli Dinaikkan Pangkat 


Liverpool owner telah melantik Ian Ayre sebagai Managing Director(MD) LFC  yg baru.

Pemilik Liverpool, Fenway Sport Group(FSG) iaitu John W. Henry serta pengerusi Tom Werner berkata mereka sangat kagum dengan kebolehan yg ditunjukkan oleh Ian Ayre sepanjang berada di LFC, di mana Ian Ayre sebelum ini memegang jawatan sbg Commercial Director yg bertanggungjawab utk membawa masuk penajaan daripada Standard Chartered.

"Ian mempunyai banyak pengalaman yg diperolehi daripada kerjanya dalam bidang sukan dan media selama 15 tahun dan kami berpuas hati kerana dapat mengumumkan pada hari ini kenaikan pangkatnya kepada MD".


Damien Comolli juga telah dinaikkan pangkat daripada Director of Football Strategy kepada Director of Football.


Henry berkata, " Dalam sedikit masa Damien bersama LFC, dia telah menunjukkan yg dia mempunyai pengetahuan luas dlm bidangnya serta mempunyai rekod yg bagus dalam mengenalpasti bakat muda".


"Dia memahami polisi yg FSG mahukan, mencari bakat muda yg mampu memberi sumbangan jangka masa panjang utk kelab serta mempunyai re-sale value".

Sebagaimana yg kita tahu, Comolli telah memainkan peranan yg besar pada perpindahan pemain Januari lepas. Kita telah berjaya membawa masuk 2 bintang muda berbakat besar serta terbukti kehebatannya di padang iaitu Luis Suarez dan Andy Carroll.

Kedua-dua pemain ini telah menunjukkan kebolehan yg mereka mampu utk membawa LFC ke arah yg lebih baik pada masa depan.



Tahniah kepada Ian Ayre dan Damien Comolli.







-Khabarnya skang dalam proses perbincangan kontrak utk King Kenny sbg pengurus LFC..Bagus la. King Kenny shj sesuai utk manage Liverpool buat masa nie. Pemain suka, fans lagi suka King Kenny..

LFC Mahu Baines Sbg Bek Kiri Utama Liverpool?

www.tips-fb.com

LFC Mahu Baines Sbg Bek Kiri Utama Liverpool?


LFC telah bergelut untuk menyelesaikan posisi bek kiri sejak sekian lama dan pencarian bek kiri berkualiti adalah top priority Liverpool pada musim perpindahan akan datang.

Nampaknya King Kenny dan Damien Comolli telah bersepakat calon terbaik utk mengisi posisi bek kiri selain Jose Enrique adalah Leighton Baines dari Everton FC.

Pemain antarabangsa England yg berumur 26-tahun telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan sejak 2 musim lalu bersama kelab Everton. Kebolehan Baines yg mampu memberikan sokongan di sebelah kiri ketika menyerang, serta dapat bertahan dengan baik ketika diserang telah menarik perhatian Comolli. Selain itu, Baines juga mempunyai hantaran silang yg tepat dan mampu melakukan set-piece yg berbahaya.

Dalglish dan Comolli percaya Baines dpt membantu menguatkan Liverpool ketika menyerang dan memberi assist yg terbaik melalui hantaran silangnya terutama kepada Andy Carroll yang mempunyai badan yg tinggi.

Everton dijangka tidak mahu menjual salah satu daripada pemain terbaiknya musim ini kepada local rival Liverpool. Tetapi situasi kewangan kelab yg tidak stabil mungkin memaksa Everton FC menerima tawaran daripada Lfc. Nilai Baines dianggarkan sekitar £10 - £12M.


-Xyah cari jauh-jauh. Amik jiran sebelah punya left-back sudah cukup. Lagipun Baines memang peminat Liverpool dan memang bagus pn main..

Monday, March 21, 2011

Match Report : Sunderland 0-2 LFC (Gol Jaringan Kuyt & Suarez)

www.tips-fb.com

Match Report : Sunderland 0-2 LFC (Gol Jaringan Kuyt & Suarez)



Liverpool FC nampaknya dapat mengatasi kesedihan terkeluar dari Europa League dengan kemenangan away selesa di Stadium of Light dan mendapat 3 mata penting bagi mengejar posisi ke-5 liga EPL.

Gol datangnya dari Dirk Kuyt pada masa pertama, menerusi sepakan penalti selepas Jay Spearing dijatuhkan berdekatan kotak penalti. Keputusan yg dibuat pengadil, menghadiahkan penalti adalah salah kerana ulang-tayang menunjukkan foul ke atas Spearing adalah di luar kotak. Tetapi macam mana pun keputusan pengadil adalah muktamad dan sudah semestinya gol bonus utk Liverpool.
(Padan muka Sunderland. Dulu pasal bola pantai la kita kalah dan pengadil boleh pulak bagi gol. Sekarang pengadil berpihak kpd kita.)


 Gol ke-2 pada separuh masa kedua. Luis Suarez sekali lagi membuktikan yang dia adalah penyerang yg berkualiti dimana penyerang Uruguay itu merembat masuk bola menerusi sudut yg sukar.

The Black Cats terpaksa bermain 10 orang pada minit-minit akhir selepas John Mensah menjatuhkan Suarez. Free kick yang diambil oleh Suarez hampir-hampir memberi gol ke-3 utk Liverpool.

Keputusan sepenuh masa, Sunderland 0-2 LFC. Keputusan ini menyaksikan Liverpool telah merapatkan jurang kepada Spurs di tempat ke-5, dengan perbezaan hanya 4 mata.


-Carroll hampir2 score gol. Tapi Carroll main dah mantap dah bergandingan dgn Suarez...

Sunday, March 20, 2011

Match EPL Preview : Sunderland vs LFC (20/3/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Sunderland vs LFC (20/3/2011)



Harap kesedihan skuad LFC tersingkir dari Europa League tidak berpanjangan. King Kenny dan pembantunya perlu memberi semangat kepada pasukan bimbingannya supaya teruskan perjuangan dalam EPL utk memburu tempat ke-5. 3 mata utk perlawanan ini adalah amat penting sekiranya mahu melihat impian utk mencapai tempat ke-5 terus hidup.



Berita LFC Sebelum Match
Daniel Agger dan Luis Suarez dijangka akan kembali dalam kesebelasan utama LFC.

Kehadiran Suarez ke dalam skuad harapnya dapat memberi kelebihan kpd LFC kerana dia mempunyai pace, gerakan licik serta kreatif.  Ini adalah faktor2 yg LFC tiada ketika melawan SC Braga pada Khamis lepas. Suarez telah kembali dlm pasukan, dan dengan kreativitinya kita mungkin berpeluang cerah utk menang.

Steven Gerrard, Jonjo, Kelly dan Fabio Aurelio tiada dalam skuad kerana masih lagi dalam proses pemulihan. Gerrard dan Jonjo dilihat telah kembali menjalani latihan ringan.

King Kenny mungkin tidak akan menurunkan Andy Carroll pada masa pertama. Ini kerana King Kenny perlu berhati-hati agar Carroll tidak tercedera lagi kerana dia baru sahaja bermain pada Khamis lepas. Bermain 2 perlawanan 90 minit dalam 3 hari mungkin terlalu berisiko utk Carroll yg baru sahaja pulih.


Formasi( Sekiranya Carroll diturunkan ) :-

( Formasi 4-4-2 )


( Formasi 4-3-3 / 4-2-3-1 )


- Kamon LFC..lupakan yg lepas, tumpukan perhatian utk lawan Sunderland..Harap2 xder lagi bola pantai yg berada di tengah padang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...