Join The Community




Search

Friday, April 29, 2011

Match EPL Preview : Liverpool vs Newcastle (30/4/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview Week 35 : Liverpool vs Newcastle  (30/4/2011)


King Kenny dan seluruh peminat Liverpool tentunya mahukan penyerang no.9 Hadi Khairul aka Andy Carroll cergas agar dia dapat kembali ke dalam skuad utk menentang bekas pasukan lamanya, Newcastle United FC.

Carroll tidak beraksi ketika LFC menang bergaya 5-0 ke atas Birmingham City minggu lepas ekoran kecederaan lutut yg dialaminya. Sama ada dia cukup cergas utk menghadapi kelab lamanya akan ditentukan oleh pasukan medical di Melwood.

Sekiranya diturunkan, formasi yg akan diguna mungkin 4-3-3 di mana Carroll bergandingan dgn Suarez dan Dirk Kuyt ataupun 4-4-2. Hero hat-trick LFC utk minggu lepas, Maxi akan kembali ke bangku simpanan.

Jika didapati Carroll tidak cergas sepenuhnya, King Kenny sudah tentu akan menggunakan formasi yg menghadiahkan LFC 5 gol pd minggu lepas, iaitu formasi diamond 4-3-1-2.

Pemain muda Flanagan dan Jack Robinson dijangka akan sekali lagi diberi peluang utk mengisi posisi bek kiri dan kanan kerana pemain utama Glen Johnson dan Fabio Aurelio masih lagi injured. Walau bagaimanapun, Glen dilihat sudah kembali berlatih bersama skuad utama LFC.



Formasi vs Newcastle:-

(Formasi 4-3-3)
 

(Formasi 4-4-2)
 

(Formasi 4-3-1-2 Diamond)

-Xkiralah formasi apapun guna, yang penting bg persembahan yg mantap..Kali nie nak tengok Suarez score plak.

Wednesday, April 27, 2011

Mana Satu Pilihan Center-Back LFC Musim Depan?

www.tips-fb.com

Mana Satu Pilihan Center-Back LFC Musim Depan?

Liverpool akan berbelanja pada musim perpindahan akan datang dan salah satu posisi yg perlu diperkuatkan adalah posisi center-back(CB). Buat masa ini, LFC hanya ada Daniel Agger, Martin Skrtel, Jamie Carragher, Sotirios Kyrgiakos serta pemain muda Danny Wilson.

Agger walaupun bagus tetapi sering dihantui kecederaan. Carragher memang berpengalaman dalam membaca pergerakan pihak lawan tetapi dia sudah tua dan tidak mungkin dapat bermain utk setiap perlawanan musim depan. Kyrgiakos pula handal dalam menangkis serangan udara tetapi kerap melakukan kesilapan, terutama ketika berdepan dengan penyerang yg mempunyai pace dan dribbling skill yg baik. Skrtel seorang pemain yg baik tetapi ada masanya dia juga tidak berapa konsisten.

Kyrgiakos mungkin akan dijual musim depan dan akan digantikan dengan pemain muda yg lebih mantap utk bergandingan dengan pemain sedia ada.

Antara pemain CB terkini yang dikaitkan dgn perpindahan ke Liverpool FC musim depan adalah :

Gary Cahill

Mamadou Sakho

Per Mertesacker

Scott Dann
 
Simon Kjaer

Phil Jones




-King Kenny & Comolli tengah scouting Phil Jones mase perlawanan Balckburn vs Man City. Man United pn khabarnya berminat dgn Phil Jones..

Comolli Mahu Bawa Dimitri Payet ke Anfield Musim Depan

www.tips-fb.com

Comolli Mahu Bawa Dimitri Payet ke Anfield Musim Depan


Damien Comolli adalah peminat kepada Dimitri Payet, pemain sayap St. Etienne yg berusia 24-tahun.Setakat ini Payet telah menjaringkan 12 gol dan telah banyak melakukan assist utk pemain lain menjaringkan gol.

Laman web rasmi Liverpool telah menyatakan Payet dilaporkan bernilai sekitar £7-£9M dan beberapa kelab besar sudah memantau situasi terkini Payet di St. Etienne.

Comolli berpendapat Payet adalah pemain yg sesuai utk membantu bahagian serangan, memberikan assist kepada Luis Suarez serta membuat hantaran silang yg baik kepada penyerang Andy Carroll.

Kemasukan Payet ke Liverpool dilihat mampu memberikan pilihan kepada King Kenny di bahagian serangan terutama di bahagian attacking midfielder dan winger kerana Payet berupaya utk bermain di kedua-dua posisi tersebut.



-Bagus Payet nih..Seorang pemain yg attack minded..Takkan la nak harapkan Kuyt je sampai bila-bila utk posisi wing kanan. Walaupun Kuyt tu bertenaga sepanjang masa, tapi akan ada juga time die x perform..
-Xpun beli la Downing utk posisi wing kanan..

Reina Berkemungkinan Besar Kekal di Anfield Musim Depan

www.tips-fb.com

Reina Berkemungkinan Besar Kekal di Anfield Musim Depan


Penjaga gol LFC, Pepe Reina telah memberikan petunjuk awal yg mengatakan bahawa dia akan kekal di Anfield utk musim depan.

Reina sebelum ini berkata dia mungkin akan meninggalkan LFC kerana tidak gembira dgn prestasi tidak menentu LFC, selain melihat rakan senegaranya pergi satu demi satu dari kelab ini. Reina juga tidak gembira kerana LFC tidak membawa pemain berkualiti ke dalam skuad supaya lebih kompetitif.

Walaubagaimanapun, keadaan dilihat telah berubah sejak diambilalih oleh Kenny Dalglish. Liverpool kembali berada di tahap sepatutnya, menunjukkan permainan mantap serta corak taktikal yg bagus selain dilihat mampu mencabar pasukan top 4 EPL.

Reina melihat LFC dibawah kendalian Dalglish telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan serta janji positif yg ditunjukkan oleh FSG dimana mereka sanggup berbelanja utk membawa pemain berkualiti ke dalam skuad LFC utk musim depan.

Reina berkata ketika ditemubual oleh radio Sepanyol, yg dia sekarang gembira berada di Anfield. Dan ketika ditanya tentang rumor mengaitkannya dgn Man. United, Reina menajwab, "Saya tidak akan pergi ke Man. United, itu bukan niat saya".

Sunday, April 24, 2011

Match Report Week 34 : LFC 5-0 Birmingham ("Maxi"mum Performance)

www.tips-fb.com

Match Report Week 34 : LFC 5-0 Birmingham ("Maxi"mum Performance)


Liverpool dapat score 5 gol ? Macam x percaya je result. Kenapa? Sebab dah lama dah Liverpool x score banyak macam nie. King Kenny, you're simply the best.

Daripada match nie kita boleh kata Liverpool in complete domination. Ketiadaan Carroll memberi peluang kepada Maxi Rodriguez utk menunjukkan mutu permainannya sejak dibimbing oleh King Kenny.

Defend - Pertahanan
1)Carragher memang hardcore. Kene rempuh sampai pengsan minggu lepas, minggu nie main mcm biasa mcm xde apa-apa berlaku.
2)John Flanagan nampak dah settle down utk posisi bek kanan. Bertahan agak baik serta mampu membantu serangan dari sebelah kanan. Great positioning as well.
3)Jack Robinson sekali lagi diberi peluang di bek kiri. Bertambah lagi pengalaman pemain muda nie. Bagus utk future Liverpool FC.

Midfield - Tengah Padang
1) Lucas-Spearing dah nampak keserasian. Gol pertama yg dijaring oleh Maxi adalah hasil sepakan volley Spearing yg gagal ditangkap kemas oleh Ben Foster.
2) Meireles macam biasa menunjukkan performance yg mantap. Patut la dapat PFA Fans' Player of the Year award.
3)Maxi diberi peluang oleh King Kenny. Memberikan persembahan mantap dan lebih manis lg dapat score hat-trick plak tue.
4)Joe Cole walaupun main kejap je, boleh score gol. Bagus la tapi xtau la ada lagi ke x mamat nie musim depan.

Attack - Serangan
1) Ketiadaan Carroll tidak menjadi masalah. Gandingan Suarez-Kuyt boleh kata cukup mantap la utk game nie. Bak kata Kuyt "Me and Suarez, we are clicking very well as partner". Sorang pemain ada energi yg banyak boleh lari sana sini. Sorang lg suka challenge defender, suka gelecek celah-celah kaki defender.

2)Suarez walaupun x score gol, banyak mendatangkan masalah kepada defender Birmingham. Oleh kerana defender lebih fokus kepada Suarez, maka player2 lain boleh menyumbat gol dgn lebih mudah.



-Gud job lads. Lebih manis lg bila dapat tahu Everton kalah, dan Tottenham Hotspur plak seri..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...