Join The Community




Search

Tuesday, November 1, 2011

Report EPL 2011/12 - Game 6 - Game 9 : Ulasan Ringkas

www.tips-fb.com

Report EPL 2011/12 - Game 6 - Game 9 : Ulasan Ringkas

Keputusan : 2 - 1(h)
Penjaring : Johnson 11', Luis Suarez 38'
    Fletcher 49'
Formasi : 4-4-2

Ulasan:-
-Permainan menarik yg ditunjukkan spt ketika melawan Sunderland dan Bolton. LFC sepatutnya mampu menghasilkan lebih banyak gol.
-Suarez & Carroll di bahagian serangan nampak semakin serasi, dibantu pula gandingan mantap di bahagian kiri Enrique dan Downing memantapkan lg serangan LFC.


Keputusan : 0 - 2(a)
Penjaring : Carroll 71' , Luis Suarez 82'
Formasi : 4-4-2
Ulasan:-
-Referee membuat keputusan kontroversi kerana melayangkan kad merah kpd Jack Rodwell, tetapi LFC sememangnya berhak menang utk game Merseyside derby ini.
-Liverpool bijak bermain ball possession, walaupun begitu LFC gagal memanfaatkan peluang utk menghasilkan gol biarpun Everton bermain  dengan 10 pemain.
-Gol LFC hadir setelah pemain Everton kelihatan letih serta dibantu dgn kemasukan kapten fantastik Gerrard & Craig Bellamy.
-Menang 2-0 ke atas Everton adalah antara permainan yg amat menggembirakan peminat LFC seluruh dunia.

Keputusan : 1 - 1(h)
Penjaring : Gerrard 68' , Hernandez 81'
Formasi : 4-2-3-1

Ulasan:-
-Permainan yg ditunggu oleh seluruh peminat LFC, melawan Man. United.
-LFC lebih banyak mengawal bola tetapi sayangnya kurang menghasilkan peluang gol. Kredit perlu diberi kepada pemain MU kerana bijak bertahan. Taktikal Alex Ferguson tidak memasukkan Rooney, Nani nampak menjadi.
-Gerrard menceriakan penyokong dengan menyumbat gol pertama hasil sepakan percuma.
-Gol Chicarito mencacatkan suasana meriah di Anfield dan keputusan seri dilihat wajar kerana LFC gagal memanfaatkan peluang yg ada.

Keputusan : 1 - 1(h)
Penjaring : Craig Bellamy 45' + 1' ,  Holt 60'
Formasi : 4-4-2

Ulasan:-
-Seakan melihat perlawanan LFC menentang Sunderkand. Banyak peluang dihasilkan tetapi gagal menjaringkan gol.
-Walaubagaimanapun, LFC terus menunjukkan permainan yg menarik sepanjang perlawanan, penuh dengan kreativiti dan clever pass.
-Seperti  biasa, bahagian pertahanan LFC dilihat gagal menghalang hantaran bola tinggi, membolehkan Holt menyamakan kedudukan. Sekiranya Coates diturunkan, saya yakin mungkin hantaran ini dapat dihalang.
-Perlawanan ini sepatutnya dimenangi LFC. Banyak menghasilkan peluang gol, tetapi gagal memanfaatkannya.

Match Report EPL 2011/12 - Game 1 - Game 5 Ulasan Ringkas

www.tips-fb.com

Match Report EPL 2011/12 - Game 1 - Game 5

Sudah lama tidak meng'update berita LFC.


Keputusan :  1 - 1 (h)
Penjaring : Suarez '12, Larsson '57
Formasi LFC : 4-4-1-1

Ulasan : -
1st Half : Liverpool berwajah baru, penuh dengan kreativiti dan serangan berbahaya.Sunderland bernasib baik kerana hanya dibolosi 1 gol, LFC sepatutnya boleh menjaringkan 2/3 gol.
2nd Half : Corak permainan kembali kepada LFC yg lama, mula kehilangan rentak. Kesilapan Flanagan yg tidak mengekang Larsson membolehkan Sunderland menyamakan kedudukan.


Keputusan : 0 - 2(a)
Penjaring : Ramsey(own goal)  78', Suarez '90 + 1'
Formasi : 4-2-3-1

Ulasan:-
-Kemenangan away pertama ke atas Arsenal sejak 10 tahun. Satu pencapaian yg membanggakan. 
-Gaya permainan yg cantik sekali ditunjukkan di bahagian midfield. Gandingan Downing, Henderson and Kuyt utk menggerakkan serangan dilihat menjadi.
-Enrique menunjukkan permainan yg baik serta mampu menguncikan pergerakan Theo Walcott.


Keputusan : 3 - 1(h)
Penjaring : Henderson 15', Skrtel 52',  C. Adam 53'
                   I.klasnic 90' + 2'
Formasi : 4-4-2

Ulasan:-
-LFC sepatutnya mampu dapat lebih banyak gol. 
-Formasi ketika di atas padang lebih kepada 4-2-2-2, lebih banyak interchange position di antara 4 pemain di hadapan.
-Gol pertama Henderson utk LFC.
-Suarez sangat berbahaya, Lucas penting utk mengekang pergerakan lawan, Downing bermain wide dan melakukan crossing bila perlu.

 Keputusan : 1 - 0(a)
Penjaring : J. Walters 21'
Formasi : 4-4-1-1

Ulasan:-
-Stoke, lawan yg memang sukar kerana corak permainan bola tinggi yang dimainkan dan cukup kebal di tempat sendiri.
-Credit perlu diberi kepada pemain Stoke kerana berjaya mematahkan 5-6 peluang keemasan Liverpool utk menjaringkan gol.
-LFC masih lagi dalam proses rebuilding squad.

Keputusan : 4 - 0(a)
Penjaring : Modric 7', Defoe 66'
                  Adebayor 68', Adebayor 90' + 2'
Formasi : 4-4-2

Ulasan:-
-Serba tidak menjadi taktik yg dimainkan LFC, ditambah dgn Referee yg suka memberikan kad memang langsung tidak membantu LFC.
-Spurs dilihat banyak memiliki ball possession. Marking serta closing oleh pemain LFC tidak berapa kemas membolehkan bola yg dihantar lawan sampai kepada target.
-Skrtel yg bermain posisi bek kanan langsung tidak dapat mengawal Bale yg laju serta licik.
-2 kad merah ( Adam, Skrtel ) memburukkan lagi keadaan.
-One of the LFC bad day.


Ulasan ringkas utk Game 6-9 bakal menyusul..

Friday, August 12, 2011

Sah Jose Enrique Milik Liverpool

www.tips-fb.com

Sah Jose Enrique Milik Liverpool


Liverpool FC secara rasminya telah membeli bek kiri Newcastle United, Jose Enrique. Enrique, 25-tahun dikhabarkan telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab tersayang kita LFC.

Liverpool diberitakan telah membayar sekitar £6M utk mendapatkan khidmat Enrique.

Enrique berkata " Ini adalah salah satu hari paling bahagia dlm hidup saya. Saya telah berhijrah ke salah sebuah kelab terbesar bukan saja di England malah di dunia. Saya begitu gembira sekali ".

Enrique adalah pembelian ke-5 Kenny Dalglish utk musim perpindahan ini, selepas Jordan Henderson, Charlie Adam, Stewart Downing and Alexander Doni. Enrique akan sekali lagi bergabung dengan bekas rakannya di Newcastle iaitu Andy Carroll, yg telah berpindah ke LFC pada Januari lepas.


Dengan pembelian ini, posisi bek kiri yg bermasalah sejak sekian lama diharap akan dapat diatasi. Enrique dapat bertahan dengan baik, mempunyai attacking mentality utk membantu bahagian serangan, mempunyai pace serta physical body yg mantap.

Posisi bek kiri tidak lagi akan menjadi masalah sekiranya Enrique cedera kerana kita masih lg mempunyai Fabio Aurelio sbg backup, yg pada saya mampu bermain lebih baik dari Enrique sekiranya dia jarang cedera dan sentiasa cergas.





Selamat datang diucapkan kepada Jose Enrique.

Wednesday, August 10, 2011

[Video] Fabio Aurelio Vs Valencia

www.tips-fb.com

[Video] Fabio Aurelio Vs Valencia


Fabio Aurelio nampaknya sudah pulih dari kecederaan dan diberi peluang oleh King Kenny utk bermain pada perlawanan pre-season vs Valencia, di mana LFC menang 2-0.

Sekiranya Aurelio kurang mengalami kecederaan, beliau masih lagi akan menjadi bek kiri pilihan utama aku kerana kualiti yg dimilikinya. Aurelio mantap dari segi bertahan, mampu membuat hantaran yg kreatif serta mampu membantu serangan sekiranya perlu. Selain mempunyai free-kick yg lawa.

Insua dan Jack Robinson diharap dapat belajar dari Aurelio utk menjadi bek kiri yg mantap di masa akan datang. Robinson dilihat baik dari segi bertahan tetapi kurang menyerlah ketika melakukan serangan serta tidak mempunyai hantaran lintang yg lawa. Insua pula dilihat sudah pandai melakukan overlapping teknik tetapi dari segi pertahanan masih lagi lemah.

Dalam perlawanan vs Valencia, Aurelio dilihat serasi bergandingan dengan Downing di bahagian kiri padang walaupun itu adalah pertama kali mereka bergandingan.

Saksikan aksi Aurelio vs Valencia dlm video di bawah :-

Sunday, July 24, 2011

Rayo Mahu Dani Pacheco Secara Pinjaman

www.tips-fb.com

Rayo Mahu Dani Pacheco Secara Pinjaman


Kelab Rayo Vallecano atau nama glamornya Rayo dilaporkan berminat utk mendapatkan penyerang muda Liverpool, Dani Pacheco secara pinjaman.

Rayo adalah kelab Spanish yang bermain di Segunda Division. Tetapi pada kempen 2010/11, Rayo bermain cemerlang dan telah berjaya menghuni tangga ke-2 utk Segunda Division dan telah dipromote utk beraksi di La Liga.

Semua sudah maklum yg King Kenny melihat Pacheco mempunyai masa depan bersama LFC tetapi buat masa ini, Pacheco perlu mendapat regular 1st team sebanyak mungkin utk menambah pengalaman. Musim lepas Pacheco menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang dipinjamkan ke kelab Norwich City.

Pacheco buat masa ini bersama skuad Sepanyol bawah-21, membuat persediaan utk FIFA U20's World Cup Finals di Colombia.

Saturday, July 23, 2011

Liverpool Mahu Beli Wonderkid Mexico - Marco Bueno

www.tips-fb.com

Liverpool Mahu Beli Wonderkid Mexico - Marco Bueno


Liverpool FC diberitakan akan memberi tempoh percubaan selama 10 hari kepada wonderkid Mexico, Marco Bueno di Melwood awal bulan depan.

Pemain berusia 17-tahun itu dijangka akan berlepas ke LFC bulan depan dan sekiranya mempamerkan aksi cemerlang ketika tempoh percubaan, Bueno akan menandatangani kontrak kekal bersama LFC utk tempoh 5 tahun.

Bueno adalah antara pemain yg menyerlah ketika Piala Dunia utk pasukan Mexico bawah 17-thn.

Menurut kelabnya, Pachuca perbincangan telah pun diadakan dgn LFC berkenaan bayaran serta cadangan kontrak selama 5-tahun sekiranya Bueno lulus tempoh percubaan.Menurut wakil kelab Pachuca, mungkin pada 1 Ogos Marco Bueno akan melawat LFC.

Bueno juga dilabel sebagai "New Chicarito" ekoran aksi cemerlangnya bersama skuad bawah 17 Mexico.

Chris Mavinga Berpindah ke Kelab Perancis Rennes

www.tips-fb.com

Chris Mavinga Berpindah ke Kelab Perancis Rennes


Kelab dari League 1 Rennes telah mengesahkan bahawa menandatangani perjanjian membawa masuk Chris Mavinga, pemain muda Liverpool utk kontrak selama 4 tahun.
 
Mavinga, 20-tahun pemain muda yg bermain di posisi bek kiri berpindah ke Rennes utk yuran perpindahan yg tidak dinyatakan tetapi dipercayai dalam linkungan €1million . Mavinga berpindah ke Rennes setelah gagal membuat penampilan 1st team utk The Reds.

Mavinga menghabiskan separuh musim lepas secara pinjaman ke kelab Belgium, Genk.

Dia menjadi pemain ke-4 pembelian Rennes utk perpindahan ini setelah membeli Benoit Costil (Goalkeeper), Julien Feret dan Jonathan Pitroipa ( pemain tengah ).



-Selamat Maju Jaya

KD Target Pemain Muda, Alexander Milosevic Utk Posisi Center Back

www.tips-fb.com

KD Target Pemain Muda, Alexander Milosevic Utk Posisi Center Back


Laporan mengatakan Kenny Dalglish berminat untuk membawa pemain muda Swedish berprofail tinggi, Alexander Milosevic dari AIK ke Anfield bagi mengisi posisi center back.

Milosevic adalah antara center back top prospek di Sweden dan dilaporkan beberapa kelab besar juga memantau prestasi serta situasi terkini Milosevic.

Rumor mendapati LFC scouts telah memantau aksi & prestasi Milosevic sejak kebelakangan ini.

Pemain berusia 19-thn ini telah menunjukkan prestasi memberangsangkan utk pasukan Sweden bawah-21 serta di kelabnya terkini iaitu AIK. Milosevic dianggarkan bernilai sekitar £2 - £4M sebelum ini telah dikaitkan dengan kelab Arsenal dan juga Sunderland.

Milosevic boleh dibandingkan dengan center back Sotirios Kyrgiakos(Soto) kerana mempunyai susuk tubuh yg besar serta tinggi (6ft 3') dan KD melihat Milosevic sebagai pengganti jangka panjang utk Soto.



-Bagus la kalo nk beli. Tapi jgn jadi mcm Danny Wilson sudah. Beli, pastu jarang diberi peluang.

Friday, July 15, 2011

(Video) Charlie Adam Pass vs Guangdong China

www.tips-fb.com

(Video) Charlie Adam Pass vs Guangdong China


Charlie Adam telah membuat debut pertamanya memakai jersey LFC pada masa ke-2 ketika perlawanan pre-season di China.

King Kenny berkata dia amat gembira dgn debut Charlie Adam dan ternyata Adam telah menunjukkan prestasi bagus, telah membuat beberapa hantaran cantik serta pass through utk Carroll dan juga Dirk Kuyt.

Tengok C.Adam beraksi dlm video kat bwh :-


-Sayang, passing dah mantap. Tapi hantaran kepada Kuyt xboleh disambut baik kerana Kuyt xder pace utk mengejar bola. Dengan kemasukan Downing akan menjadikan hantaran Adam lebih sempurna.

Tuesday, July 12, 2011

Charlie Adam Passing VS Fernandez Suso Passing : Mana Lebih Handal?

www.tips-fb.com

Charlie Adam Passing VS Fernandez Suso Passing : Mana Lebih Handal?

Kedua-dua pemain ini mempunyai long range passing mirip pemain kesayangan kita, Xabi Alonso.

Charlie Adam - pemain yg baru masuk LFC, yg diharap mampu mengisi posisi Alonso di bahagian tengah.





Suso - Pemain muda yg bakal menggegar EPL sedikit masa lagi. Juga mempunyai long range passing berkualiti. Harap-harap season baru nie, Suso dapat peluang beraksi 1st team utk 5/6 kali pn dah cukup.





- Long pass dah mantap. Harap2 lepas nie berlatih utk through pass plak.

Friday, July 8, 2011

Musim Pemain Sign Kontrak : Wisdom, Flanagan Sign Kontrak Baru

www.tips-fb.com

Musim Pemain Sign Kontrak : Wisdom, Flanagan Sign Kontrak Baru

Nampaknya tahun nie memang musim pemain LFC sign kontrak baru. Sebelum nie Spearo, Kuyt dan Glen Johnson.

Dan minggu nie pula 2 youngsters dah sign kontrak baru, Andre Wisdom dan John Flanagan.


Andre Wisdom adalah antara salah seorang pemain pertahanan muda yg menyerlah. Wisdom telah dilantik sbg reserve-team kapten untuk musim 2011-11 selepas pemain itu membantu England mencapai kejayaan pada U17s European Championships yang lepas.



John Flanagan aka Flanno, pemain berusia 18-thn yg diberi kepercayaan oleh KD utk mengisi posisi bek kanan ketika Glen Johnson diberi tugas utk mengisi posisi bermasalah bek kiri.

Walaupun muda, Flanno telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan sepanjang 7 penampilan 1st team LFC pada penghujung musim 2011-11.

Glen Johnson Sign Kontrak Lanjutan Bersama LFC

www.tips-fb.com

Glen Johnson Sign Kontrak Lanjutan Bersama LFC


Bek kanan, Glen Johnson telah bersetuju menandatangani kontrak lanjutan bersama LFC.

Jonhson, 26-thn setakat ini telah membuat 70 penampilan bersama The Reds.

LFC Director of Football Damien Comolli berkata, "Kami sangat gembira kerana mencapai persetujuan utk menandatangani kontrak lanjutan ini. Glen mahu kekal di sini dan LFC juga gembira dan mahu dia kekal di LFC".

Pada musim lepas Johnson telah menunjukkan yg dia adalah seorang pemain yg versetail di mana Kenny Dalglish telah menggunakan khidmatnya utk mengisi slot bek kiri walaupun posisi asalnya ialah bek kanan.

Ternyata  percaturan yg dibuat oleh King Kenny menjadi dimana Glen Johnson dilihat tidak kekok menjalankan tugasnya di posisi bek kiri dan mempamerkan aksi yg boleh dipuji oleh seluruh peminat LFC.

Comolli menganggap Johnson merupakan salah satu aset berharga LFC dan gembira Johnson sudi menandatangani kontrak lanjutan bersama LFC.



-Congrats. Lepas nie belajar sket lagi cara & taktik bertahan dgn lebih baik dgn Steve Clarke.

Stephen Darby Dipinjamkan ke Rochdale Selama 1 Musim

www.tips-fb.com

Stephen Darby Dipinjamkan ke Rochdale Selama 1 Musim


LFC telah mengesahkan Stephen Darby akan menyertai Rochdale selama 1 musim. Darby akan bersama kelab dari League One, Rochdale itu sehingga Jun 2012.

Darby telah menghabiskan kebanyakan musim lepas, dipinjamkan ke Notts County dan sebelum itu dipinjamkan ke Meadow Lane pada November 2010.

Pemain berusia 22-thn itu hanya sempat membuat 6 penampilan utk first team Liverpool, dan yg terakhirnya bermain ketika Europa League menentang FK Rabotnicki di Macedonia.

Selamat maju jaya Stephen Darby.

Thursday, July 7, 2011

[Photo] Charlie Adam di Melwood Gym Hari Pertama

www.tips-fb.com

[Photo] Charlie Adam di Melwood Gym Hari Pertama

Seperti yg semua LFC fans tahu, C.Adam telahpun lulus ujian kesihatan. Pada hari pertama dimana C.Adam juga telah menandatangani kontrak LFC, Adam juga telah dibawa utk berlatih di gym Melwood.





Wednesday, July 6, 2011

Akhirnya Persetujuan Dicapai : Charlie Adam Msk LFC

www.tips-fb.com

Akhirnya Persetujuan Dicapai : Charlie Adam Msk LFC


Setelah berhempas-pulas melayan kerenah pengerusi Blackpool, akhirnya persetujuan telah dicapai setelah Blackpool setuju dengan tawaran yg dikemukakan oleh LFC utk membeli Charlie Adam.

Sekarang hanya menunggu Charlie Adam utk menjalani medical di Melwood. Adam akan menjadi pemain ke-2 yg dibawa oleh Kenny Dalglish setelah KD membawa masuk pemuda muda berbakat, Jordan Henderson dari kelab Sunderland.

Tidak dapat dinafikan C.Adam adalah seorang pemain berkualiti and mempunyai tendangan left-foot yg berkualiti terutamanya daripada long pass serta set-piece. Kemasukannya ke LFC diharap dapat membantu LFC kembali ke top 4 liga EPL.

Thursday, June 16, 2011

Reveal : Jersey Ke-3(Away) LFC Utk Season 2011/12

www.tips-fb.com

Reveal : Jersey Ke-3(Away) LFC Utk Season 2011/12

Jersey ke-3 LFC utk season akan datang telahpun secara rasmi dikeluarkan utk tatapan peminat seluruh dunia.

Menurut sumber, kit terbaru yg berwarna biru (blue strip) ini seakan-akan Jersey LFC pada tahun 1892.









OK ke jersey nie?

Sunday, June 12, 2011

Rumor : LFC Sudah Sign Charlie Adam?

www.tips-fb.com

Rumor : LFC Sudah Sign Charlie Adam?


Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Liverpool dilaporkan sudah setuju utk sign Kapten Blackpool, Charlie Adam.

King Kenny mula menunjukkan minat utk sign Adam sejak January lepas dan juga sudah membuat tawaran utk membeli pemain ini. Walaupun Adam juga berminat utk join Liverpool, tetapi hasratnya telah dihalang kerana tawaran LFC telah ditolak oleh pengurusan Blackpool.

Walaubagaimanapun dengan berita Blackpool telah tersingkir dari liga EPL, Ian Holloway dijangka tidak lagi dapat menahan hasrat C.Adam utk meninggalkan Blackpool seterusnya menyertai Liverpool.

Adalah dipercayai wakil kepada C.Adam sekarang sedang sibuk berunding bg pihaknya utk membolehkannya menyertai LFC pada bulan ini. Adam sekarang bercuti di Dubai.

Sekiranya persetujuan dicapai oleh kedua belah pihak, Adam masih perlu berkunjung ke Melwood  utk menandatangani perjanjian serta melakukan pemeriksaan kesihatan.

Thursday, June 9, 2011

Sah Henderson Milik Liverpool - Signing Pertama utk Summer Transfer

www.tips-fb.com

Sah Henderson Milik Liverpool - Signing Pertama utk Summer Transfer

Jordan Henderson tiba di Melwood pada hari Rabu utk menandatangani kontrak, melengkapkan proses perpindahannya dari kelab Sunderland ke Liverpool.


Sunday, May 15, 2011

Match Report : Liverpool 0-2 Spurs (Howard Webb Sial !!!!)

www.tips-fb.com

Match Report : Liverpool 0-2 Spurs (Howard Webb Sial !!!!)


KALAH.

Kesimpulannya :-
1) Howard Webb SIALL !!!!
2) Raul Meireles xder bahagian tengah main berterabur. Spearing downgrade, dari budak sekolah menengah dah jd budak sekolah balik. Xtahan asakan..
3) Carragher ari nie mentang-mentang ada Carroll kt atas, asyik main bola tinggi je keje die.
4) Asal nk buat serangan dari sayap je, xjadi. Kuyt dan Maxi lembap. Nak cross pun xboleh,asyi kene blok.
5) Player-player nie dah overconfident kot. Mentang-mentang game sebelum2 nie asyik menang besar je.
6) Main mcm bukan lawan dekat Anfield.

Match EPL Preview : Liverpool vs Spurs (15/5/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Liverpool vs Spurs (15/5/2011)


Ini merupakan last game lawan kat Anfield utk season nie. Kemenangan malam ini akan membolehkan kita mendapat tempat utk beraksi dalam Europa League musim depan. Pelantikan King Kenny sebagai boss LFC minggu ini merupakan berita paling gembira buat seluruh peminat LFC.

Raul Meireles dikhabarkan mengalami kecederaan ketika perlawanan vs Fulham, mungkin tidak akan turun beraksi utk game ini. Menurut sumber, Meireles turun berlatih tetapi sama ada bakal diturunkan atau tidak bergantung kpd tahap kecergasannya.

Walaubagaimanapun Andy Carroll diberitakan telah kembali pulih dan dijangka kembali ke dalam kesebelasan utama LFC.

Hero hat-trick Maxi mungkin akan mengganti tempat Meireles dan akan bermain di posisi sayap kiri. Dengan prestasi terkininya, adalah baik utk menurunkan Maxi sekali lagi utk perlawanan ini.

Formasi LFC vs Spurs :-
 (4-2-3-1)




 (4-4-2)

Raja Diberi Mandat Memerintah LFC Selama 3 Tahun

www.tips-fb.com

Raja Diberi Mandat Memerintah LFC Selama 3 Tahun


Berita yg ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat jelata negara LFC.

Raja Kenny Dalglish telah pun secara rasminya diberi mandat utk memerintah LFC selama 3 tahun. Selain itu, orang kanan Raja Kenny, Steve Clarke turut akan berada disisinya juga selama 3 tahun utk membantu Raja Kenny mentadbir serta melatih tentera elit supaya lebih mantap utk menghadapi peperangan musim depan.


Dalam ucapannya, Raja Kenny telah berjanji akan mengembalikan era kegemilangan negara LFC. Utk mencapai tujuan itu, Raja Kenny dikhabarkan akan merekrut 5/6 tentera elit baru bg menguatkan jentera serangan LFC. Identiti tentera elit yg baru masih lg belum didedahkan kepada rakyat tetapi mengikut sumber istana, rekrut terbaru mungkin diambil dari Sepanyol serta England.

 
Gambar kabur yg diperoleh hasil risikan perisik antarabangsa. Identiti tentera elit baru yg bakal menguatkan jentera serangan LFC :-
 
 




Selamat memerintah Raja Kenny..

Monday, May 9, 2011

Match Report : Fulham 2 - 5 Liverpool ( Magical Max"THREE" Rodriguez)

www.tips-fb.com

Match Report : Fulham 2 - 5 Liverpool ( Magical Max"THREE" Rodriguez)


Liverpool score 5 dlm perlawanan away? Perggh. Perlawanan away terbaik musim nie kerana biasanya kalo menang away pun jaringan 1-0, 2-0.

Permulaan yg cukup baik utk Liverpool dimana pemain berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa hanya 16 minit.

Maxi sekali lagi meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan hat-trick keduanya utk kelab( 7 gol dlm 3 perlawanan).

Dirk Kuyt juga mencatat nama sebagai penjaring apabila sepakannya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Fulham, Schwarzer walaupun jika dilihat previewnya, sepakan Kuyt itu mampu ditepis/ditangkap oleh penjaga gol. Schwarzer mungkin ketika itu tidak menumpukan perhatian, mungkin fikirannya bercelaru memikirkan bagaimana dia boleh melepaskan 3 gol dlm masa 16 minit..hahah

First class performance daripada Luis Suarez dan menjadi nightmare kepada defender2 Fulham.

Bahagian midfield memang mantap. Gandingan Spearing-Lucas sekali lagi menunjukkan keberkesanannya dalam mengawal bahagian tengah padang. Lucas bagi saya hari ini memang mantap. Pass-through serta long pass nya begitu baik.


-Keep up da gud wok  lads..

Match EPL Preview : Fulham vs Liverpool (9/5/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Fulham vs Liverpool  (9/5/2011)


Andy Carroll dijangka akan kembali ke dalam starting line-up Liverpool utk perlawanan away menentang Fulham.

Carroll diletakkan dibangku simpanan pada separuh masa pertama ketika last game menentang ex-kelab Newcastle United. Ini kerana King Kenny sedikit bimbang dgn tahap kecergasan Carroll.. Penyerang England, Carroll telah akhirnya diberi peluang bermain di masa ke-2 dan dia dilihat tidak mengalami apa-apa masalah.




 Bagaimanapun, keputusan akhir terletak di tangan King Kenny sama ada ingin menurunkan Carroll ataupun menurunkan on-form Maxi Rodriguez.

Fabio Aurelio juga dikhabarkan telah kembali cergas begitu juga Milan Jovanovic. Tetapi King Kenny dijangka tidak akan menurunkan Aurelio utk perlawanan ini dan ingin mengekalkan Glen Johnson di bek kiri dan John Flanagan di bek kanan.


Formasi:-
 (4-3-3)


(4-4-2)

Saturday, May 7, 2011

(Video) Jonjo Shelvey Mantap Dlm Perlawanan Vs MU Reserves

www.tips-fb.com

(Video) Jonjo Shelvey Mantap Dlm Perlawanan Vs MU Reserves


Khamis malam di Anfield menyaksikan perlawanan antara LFC Reserves vs MU Reserves yg berkesudahan 2-2.

Gol -gol Liverpool dijaringkan oleh Joe Cole dan Jonjo Shelvey.

Dalam perlawanan ini, Jonjo telah dinobatkan sebagai Man of The Match. Jonjo yg bermain di posisi central midfield menunjukkan persembahan mantap dimana dia mampu mengasak pihak lawan, marking serta long passing range hantarannya boleh dipuji.

Sememangnya pemain muda yg bakal menyinari pasukan 1st team Liverpool pada masa akan datang, menggantikan kapten Steven Gerrard di bahagian midfield.


Video Jonjo Shelvey vs MU :-


(Video) LFC Player of The Month - Dirk "Energizer" Kuyt

www.tips-fb.com

(Video) LFC Player of The Month - Dirk "Energizer" Kuyt


Kuyt memang layak diberi anugerah "Player of The Month" utk bulan April 2011 kerana menunjukkan prestasi mantap. Selain itu, Kuyt boleh juga diberi anugerah sbg "LFC Penalty King".

Ikuti temubual "Player of The Month" bersama Dirk Kuyt :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...