Join The Community




Search

Wednesday, February 16, 2011

Laporan Perlawanan : Liverpool 1-1 Wigan (12/2/2011)

www.tips-fb.com

Laporan Perlawanan : Liverpool 1-1 Wigan (12/2/2011)


Akhirnya rekod clean sheet Liverpool telah berjaya dileburkan oleh Wigan dan harapan Liverpool untuk mencapai kemenangan ke-5 berturut-turut tidak kesampaian walaupun kita bermain di tempat keramat, Stadium Anfield.


Yang paling membanggakan ialah Raul Meireles. Sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring gol ( 5 gol dlm 6 perlawanan) dengan sepakan volley. Agaknya si Meireles nie memang berlatih sepak volley sejak kecik lagi kot.


Satu perkara lagi yg Liverpool boleh bangga adalah penyerang baru kita, Luis Suarez bermain untuk 90 minit untuk game pertamanya di Anfield. Apa yang aku boleh kata, Luis Suarez memang berbahaya, dan sentiasa memberikan tekanan kepada pihak lawan. Apa taknya, 2 3 kali kita dapat free kick hasil kekasaran pemain Wigan terhadap suarez.

Kelicikan dan ketangkasan pemain antarabangsa Uruguay ni hampir memberikan kita gol apabila 2 percubaan Suarez terkena tiang gol. Melihat kepada cara Suarez main, aku rasa kehilangan Torres dapat dilupakan oleh peminat2 dalam sedikit waktu lagi.

Gol penyamaan Wigan pada minit 65 oleh Steve Gohouri. Kalau tengok balik ulang tayang macam offside je kedudukan pemain Wigan. Apakan daya tuah berpihak pada Wigan. Agaknya penjaga garisan tengah tidur kot..

King Kenny menyalahkan perlawanan antarabangsa, menyebabkan ramai pemain utama kita keletihan & x dapat memberikan 100% semasa menentang Wigan. Aku rasa betul jgk sbb semua pemain yang mampu memberikan ancaman menentang Wigan contoh Meireles, Kuyt, Johnson sblm tu baru balik dari perlawanan utk negara masing2.

Apapun, seri adalah lebih baik daripada kalah. Dan kalau pemain x letih aku rasa kita memang boleh menang game nie..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...