Join The Community




Search

Saturday, April 2, 2011

Match EPL Preview : West Brom - Liverpool (2/4/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : West Brom - Liverpool (2/4/2011)


Liverpool FC akan berkunjung ke stadium The Hawthorns utk menentang West Brom, pasukan yg kini dibimbing oleh ex-Liverpool bos, Pak Cik Roy Hodgson. King Kenny sudah tentu inginkan kemenangan dalam perlawanan ini utk menghidupkan peluang Liverpool bagi mencapai tempat ke-5 dlm liga EPL.

Pemain LFC yg bermain utk perlawanan antarabangsa minggu lepas( Glen Johnson, Andy Carroll, Raul Meireles, Dirk Kuyt) kembali semula ke Melwood tanpa apa-apa kecederaan dan sudah tentu berita ini melegakan hati King Kenny.

Berita Semasa LFC
Kapten Steven Gerrard dilaporkan telah kembali cergas dan pulih. Bagaimanapun keputusan utk menurunkan Gerrard sepenuh masa atau separuh masa bergantung kepada pengurus LFC, King Kenny. King Kenny mungkin tidak mahu merisikokan Gerrard dan dijangka Jay Spearing akan sekali lagi diberi peluang bermain di tempat Gerrard utk perlawanan ini.

Bek kiri Fabio Aurelio juga kembali berlatih minggu ini selepas sebulan berehat ekoran kecederaan hamstring yg dialaminya. Bek kanan Martin Kelly masih lagi belum pulih dari kecederaan dan mungkin tidak akan bermain lagi utk baki perlawanan musim ini.


Midfielder Jonjo Shelvey juga kembali ke dalam skuad.

Bahagian serangan Liverpool akan melihat gandingan mantap Luis Suarez dan Andy Carroll utk kali ke-2.

Barisan Skuad LFC :
Reina, Carragher, Skrtel, Agger, Johnson, Lucas, Gerrard, Spearing, Kuyt, Meireles, Suarez, Carroll, Gulacsi, Kyrgiakos, Wilson, Poulsen, Rodriguez, Cole, Ngog, Flanagan.


Formasi LFC :-

 
atau;

Wednesday, March 30, 2011

Lucas Sign Kontrak Baru Bersama LFC

www.tips-fb.com

Lucas Sign Kontrak Baru Bersama LFC


Liverpool FC hari ini telah mengesahkan Lucas Leiva telah menandatangani kontrak baru jangka masa panjang bersama the Reds.

Pemain berusia 24-tahun itu tiba di Anfield pada July 2007 dari kelab Gremio dan setakat ini telah membuat lebih daripada 100 penampilan utk LFC. Dia pada awal penampilan dilihat gagal memberi impak yg diharapkan tetapi pada season 2010/11, Lucas dilihat telah menjadi salah seorang pemain penting LFC.

Pengurus LFC, King Kenny juga gembira dengan berita ini dan mengatakan Lucas berhak mendapat kontrak baru berdasarkan prestasi yg ditunjukkannya musim ini. Kata Kenny, "Sambutan gol semasa perlawanan Sunderland sebelum ini yg didedikasikan khas buat Lucas menunjukkan pemain lain gembira bermain bersama Lucas".

Director of football Damien Comolli juga berpuas hati kerana Lucas telah selamat sign kontrak baru bersama LFC. Comolli berkata, "Lucas telah bermain baik dan kita tidak sanggup kehilangan salah satu aset penting LFC. Sebab itu LFC harus bertindak cepat dgn memberikannya kontrak baru".

Lucas yg menunjukkan prestasi yg baik dgn LFC pada musim ini telah membolehkannya dipanggil utk mewakili skuad Brazil pada tahun ini.



-Tahniah Lucas.. Lepas nie harap dapat main dgn lebih baik. Bagi pengkritik2 kat luar sana diam..

Tuesday, March 29, 2011

Lucas Keluar LFC, Charlie Adam Masuk LFC?

www.tips-fb.com

Lucas Keluar LFC, Charlie Adam Masuk LFC?


Laporan mengatakan yg kelab Serie A, Napoli menjadi calon feveret utk mendapatkan defensive midfielder Lucas Leiva pada perpindahan akan datang. Lucas mengatakan dia mahu Liverpool memberi kontrak baru tetapi pengurusan LFC nampaknya masih belum memutuskan utk memberikan Lucas kontrak walaupun dia telah menunjukkan prestasi yg konsisten pada musim ini.

Lucas masih ada kontrak bersama Liverpool FC selama 12 bulan lagi. Pihak pengurusan LFC yg nampaknya masih belum mengambil apa-apa inisiatif utk memperbaharui kontrak Lucas menunjukkan LFC sudah bersedia utk menjual Lucas pada perpindahan akan datang.

Kelab Serie A, Napoli bersedia utk menawarkan sekitar £3M utk mendapatkan khidmat Lucas. Jumlah itu dijangka sudah cukup utk membawa Lucas keluar dari Anfield kerana kontraknya bersama Liverpool hanya berbaki 12 bulan shj lagi.


Liverpool dikhabarkan akan mengambil Charlie Adam dari Blackpool FC sebagai pengganti. Liverpool yakin dapat membeli Adam pada harga yg sama, £3M kerana C.Adam juga hanya ada 12 bulan shj lagi kontraknya bersama Blackpool FC.



-Lucas xpayah keluar. Masih berguna utk LFC. Kalau tengok friendly match Brazil, Lucas main memang OK.

Monday, March 28, 2011

King Kenny Mahu Scott Dann, Comolli Mungkin Ada Calon Lain

www.tips-fb.com

King Kenny Mahu Scott Dann, Comolli Mungkin Ada Calon Lain


Kenny Dalglish mengenal pasti Birminghan City defender, Scott Dann sebagai antara target utama utk perpindahan akan datang.

King Kenny menganggap Dann mampu menjadi pengganti jangka masa panjang utk Jamie Carragher yg sudah tua dan hanya dapat bermain utk 1 atau 2 musim lagi dlm tahap yg baik.

Dann dikatakan telah menunjukkan prestasi yg baik sepanjang berada di Birmingham selepas perpindahannya dari Conventry City pada 2009 (£3.5M). Dann telah membentuk gandingan yg mantap bersama Roger Johnson di bahagian pertahanan tengah Birmingham.

King Kenny mungkin berdepan dgn kelab EPL yg lain yg berminat utk mendapatkan khidmat Dann seperti kelab Manchester United, yg juga sedang memantau pemain antarabangsa England bawah-21 itu. United mahukan Dann di Old Trafford kerana Gary Neville telah bersara dan Rio Ferdinand sering
tercedera.

Perpindahan Dann ke Anfield mungkin tidak dipersetujui oleh Damien Comolli, kerana Comolli khabarnya mahu membawa masuk pemain yg lebih berpengalaman di bahagian pertahanan. Khabar angin mengatakan Comolli berminat utk membawa Philippe Mexes ke Anfield.



-Aapapun, pemain yg dibawa masuk perlu persetujuan King Kenny & Comolli. Kalau Comolli minat pemain lain, Kenny xminat pn xjadi jgk..Apapun harap bawa masuk pemain berkualiti.

Aston Villa & West Ham Berebut Mahu Sign Liverpool Flop - Joe Cole

www.tips-fb.com


Aston Villa dan West Ham United adalah antara pasukan yg dikenalpasti berminat utk sign pemain midfield Liverpool, Joe Cole.

Pemain berusia 29-tahun itu berpindah ke Anfield pada awal sesi 2010/11 secara percuma. Dia dilaporkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Anfield.

Selama berada di Anfield, Joe Cole banyak mengalami kecederaan dan tahap prestasi menurun. Oleh itu dia tidak banyak diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama sama ada ketika masih di bawah pimpinan Roy Hodgson mahupun King Kenny. King Kenny lebih suka menggunakan khidmat Maxi dan Dirk Kuyt utk bahagian sayap.

Liverpool yg dalam proses mengembalikan pasukan ke tahap sepatutnya iaitu Top 4 EPL dijangka akan menjual Joe Cole kerana mahu menggantikannya dgn pemain muda yg lebih cergas dan mampu mempamerkan aksi yg baik sehebat pemain kesebelasan utama sekiranya mereka tercedera.

Liverpool dilaporkan bersedia utk mendengar tawaran dari kelab yg berminat. Joe Cole sekarang dibayar £90,000/minggu, angka yg agak tinggi bagi membayar gaji utk pemain yg jarang-jarang dapat beraksi.

Pengurus Villa, Gerrard Houllier mahu Joe Cole ke dalam skuadnya kerana mahu menjadi pengganti kepada Ashley Young yg bakal berpindah ke kelab lain. Houllier mahu Cole bermain di posisi kegemarannya iaitu di belakang penyerang, posisi yg dijangka mampu menarik minat Joe Cole utk mendengar tawaran dari Aston Villa.


West Ham juga berminat utk sign Joe Cole. Cole mungkin juga berminat utk kembali ke kelab yg disertainya semasa kecil. Avram Grant berminat utk bekerja kembali dgn Cole dimana mereka pernah bersama semasa di Stamford Bridge.



-Kalau Aston Villa mahu sign Joe Cole, terima je. Boleh la kita buat tawaran utk Ashley Young. 
Cole + duit utk dapatkan Young. Jimat duit sket..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...