Join The Community




Search

Thursday, February 17, 2011

Match Report : Sparta Prague 0 - 0 Liverpool (Europa League)

www.tips-fb.com

Match Report : Sparta Prague 0 - 0 Liverpool (Europa League)


Barisan kesebelasan utama yang dipilih King Kenny ialah Pepe Reina, Soto, Carra, Glen Johnson, Danny Wilson, Fabio Aurelio, Maxi, Lucas, Kuyt, Meireles dan David Ngog.


Perlawana pertama yg diuruskan oleh Kenny dlm Europa League menyaksikan Liverpool sekadar seri 0-0.

Liverpool bermain agak berhati-hati sejak sepak mula dan dilihat kurang menyerang. Sebaliknya pihak tuan rumah lebih banyak menyerang dan kebanyakan serangan datangnya daripada kedua-dua pemain sayap mereka.

Kredit harus diberikan kpd penjaga gawang,Pepe Reina kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Sparta terutamanya daripada Manuel Pamic & Leony Kweuke.

Perlawanan ini juga menyaksikan Joe Cole diberi peluang pertama utk beraksi dibawah kendalian King Kenny bagi menggantikan Fabio Aurelio akibat kecederaaan.

Persembahan yg ditunjukkan Liverpool pada babak masa kedua lebih bertenaga & lebih menyerang. Keputusan Kenny utk meletakkan Raul Meireles bergandingan dgn Lucas, bg memberi peluang kpd Joe Cole utk bermain di belakang Ngog ternyata berkesan. Formasi ini telah menyebabkan pertahanan Sparta kucar-kacir dan Liverpool hampir-hampir menjaringkan gol hasil percubaan Glen Johnson.

King Kenny yang ditemubual berkata "Ianya perlawanan yang sukar buat kami. Sepatutnya kami boleh banyak menyerang tetapi keadaan & pilihan pemain menyebabkan sedikit sebanyak membataskan keupayaan kami utk menyerang".

Bagi aku, keputusan seri 0-0 bukanlah sesuatu yang buruk kerana perlawanan timbal balik akan bermain di kubu kuat kita, Anfield minggu hadapan. Kita mempunyai kelebihan kerana tempat keramat Anfield sentiasa membuatkan  para pemain mempamerkan aksi yang bertenaga dan meyakinkan.

Sama-sama kita nantikan perlawanan kedua nanti di Anfield.

1 comments:

Betul..seri lebik baik dr kalah.

Lgpun lepas nie main kt Anfield kan?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...