Join The Community




Search

Friday, August 12, 2011

Sah Jose Enrique Milik Liverpool

www.tips-fb.com

Sah Jose Enrique Milik Liverpool


Liverpool FC secara rasminya telah membeli bek kiri Newcastle United, Jose Enrique. Enrique, 25-tahun dikhabarkan telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab tersayang kita LFC.

Liverpool diberitakan telah membayar sekitar £6M utk mendapatkan khidmat Enrique.

Enrique berkata " Ini adalah salah satu hari paling bahagia dlm hidup saya. Saya telah berhijrah ke salah sebuah kelab terbesar bukan saja di England malah di dunia. Saya begitu gembira sekali ".

Enrique adalah pembelian ke-5 Kenny Dalglish utk musim perpindahan ini, selepas Jordan Henderson, Charlie Adam, Stewart Downing and Alexander Doni. Enrique akan sekali lagi bergabung dengan bekas rakannya di Newcastle iaitu Andy Carroll, yg telah berpindah ke LFC pada Januari lepas.


Dengan pembelian ini, posisi bek kiri yg bermasalah sejak sekian lama diharap akan dapat diatasi. Enrique dapat bertahan dengan baik, mempunyai attacking mentality utk membantu bahagian serangan, mempunyai pace serta physical body yg mantap.

Posisi bek kiri tidak lagi akan menjadi masalah sekiranya Enrique cedera kerana kita masih lg mempunyai Fabio Aurelio sbg backup, yg pada saya mampu bermain lebih baik dari Enrique sekiranya dia jarang cedera dan sentiasa cergas.





Selamat datang diucapkan kepada Jose Enrique.

Wednesday, August 10, 2011

[Video] Fabio Aurelio Vs Valencia

www.tips-fb.com

[Video] Fabio Aurelio Vs Valencia


Fabio Aurelio nampaknya sudah pulih dari kecederaan dan diberi peluang oleh King Kenny utk bermain pada perlawanan pre-season vs Valencia, di mana LFC menang 2-0.

Sekiranya Aurelio kurang mengalami kecederaan, beliau masih lagi akan menjadi bek kiri pilihan utama aku kerana kualiti yg dimilikinya. Aurelio mantap dari segi bertahan, mampu membuat hantaran yg kreatif serta mampu membantu serangan sekiranya perlu. Selain mempunyai free-kick yg lawa.

Insua dan Jack Robinson diharap dapat belajar dari Aurelio utk menjadi bek kiri yg mantap di masa akan datang. Robinson dilihat baik dari segi bertahan tetapi kurang menyerlah ketika melakukan serangan serta tidak mempunyai hantaran lintang yg lawa. Insua pula dilihat sudah pandai melakukan overlapping teknik tetapi dari segi pertahanan masih lagi lemah.

Dalam perlawanan vs Valencia, Aurelio dilihat serasi bergandingan dengan Downing di bahagian kiri padang walaupun itu adalah pertama kali mereka bergandingan.

Saksikan aksi Aurelio vs Valencia dlm video di bawah :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...