Join The Community




Search

Saturday, April 9, 2011

Starlet Adel Taarabt Menarik Perhatian LFC

www.tips-fb.com

Starlet Adel Taarabt Menarik Perhatian LFC


QPR playmaker Adel Taarabt khabarnya telah menarik perhatian Liverpool FC. Adel Taarabt telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan musim ini bersama QPR.

Liverpool director of football Damien Comolli dikatakan berminat utk membawa bekas pemain Lens ke Anfield. Untuk pengetahuan, Comolli adalah orang yg bertanggungjawab membawa pemain muda itu ke Tottenham Hotspurs pada 2007 dan Comolli memang sudah mengetahui bakat & keupayaan yg dimiliki pemain muda itu.


Pengurus QPR, Neil Warnock juga telah berkata, sekirany kelab-kelab besar datang dan menawarkan harga yg tinggi utk mendapatkan Taarabt, pemain itu mungkin berminat utk berpindah ke kelab tersebut. Buat masa ini antara kelab yg memantau prestasi Taarabt ialah Chelsea,Newcastle United, West Brom dan Liverpool FC.

Dianggarkan bernilai £9m, Taarabt adalah seorang pemain versetail, mampu bermain di belakang striker, atau sebagai winger sama ada di sebelah kanan ataupun kiri.




-Bagus pemain muda nie..Ada skills..Apa salahnya nak beli. Tapi jangan la letak kat bangku simpanan plak.

Agger,Gerrard,Kelly Out Hingga Akhir Musim - Aurelio Kembali

www.tips-fb.com

Agger,Gerrard,Kelly Out Hingga Akhir Musim - Aurelio Kembali 


Berita sedih buat peminat LFC. Laporan mengatakan Steven Gerrard, Martin Kelly and Daniel Agger tidak dapat lagi bermain utk baki 7 perlawanan musim ini kerana kecederaan yg dialami oleh mereka.

Sementara itu bek kiri LFC, Fabio Aurelio dikatakan telah kembali pulih dan akan kembali dalam kesebelasan utama utk perlawanan menentang Manhester City. Bagaimanapun King Kenny masih lagi risau kerana Aurelio hanya berjaya membuat 10 penampilan utk The Reds musim ini dan kemungkinan utk pemain ini cedera lagi adalah tinggi kerana Aurelio telah dilabel sbg "injury prone player".
Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, King Kenny telah memanggil 2 pemain muda berbakat iaitu Jack Robinson dan John Flanagan utk berlatih bersama pasukan utama. Ini adalah langkah yg baik kerana LFC kekurangan pemain di bahagian pertahanan buat masa ini.




-Aii..Agger main OK tapi average game per season hanya 26-27 je. Kene cari sorang lagi center back yg power. Gary Cahill ke, Ryan Shawcross ke..
-LFC ada 3 injury prone player(Agger,Aurelio, Joe Cole). Tak tau la nasib mereka musim depan. Ada lagi ke x kt LFC.

Thursday, April 7, 2011

Juventus Mahu Liverpool Beri Diskaun €4m Utk Aquilani

www.tips-fb.com

Juventus Mahu Liverpool Beri Diskaun €4m Utk Aquilani


Kelab gergasi Italy, Juventus khabarnya cuba utk berunding dengan Liverpool FC bagi membolehkan kelab itu  membeli Alberto Aquilani.

Perbincangan telahpun diadakan antara kedua belah pihak LFC dan Juventus berkaitan masa depan Aquilani sama ada kekal di Juventus ataupun kembali ke Anfield akhir musim ini. Juventus nampaknya berharap agar Liverpool FC dapat memberikan diskaun bagi mendapatkan Aquilani secara kekal.


Liverpool dilaporkan meminta Juventus membayar €16 million, but mengikut laporan Juventus hanya sanggup membayar sebanyak €12m.


Selain itu, Aquilani juga perlu bersetuju dengan tawaran Juventus utk mengurangkan gajinya, di mana sekarang pemain itu mendapat €3.5m/tahun, sekiranya mahu kekal di Juventus.

Sepanjang berada di Juventus Aquilani telah mempamerkan aksi yg baik dan juga telah menjaringkan 2 gol dalam 27 penampilan.





-Kalau dapat €12-14M hasil jualan Aquilani , dah boleh beli pemain midfield yg lain. Charlie Adam ke, Moussa Sissoko ke...jimat transfer fund.

9 Pemain Bakal Dijual LFC Akhir Musim Ini?

www.tips-fb.com

9 Pemain Bakal Dijual LFC Akhir Musim Ini?

Liverpool FC diberitakan akan menjual 9 pemainnya di akhir musim ini untuk membolehkan pemain muda yg lebih berkualiti dibawa masuk bagi memantapkan skuad utk persiapan musim 2011/12.

King Kenny dan Damien Comolli telah mengenalpasti beberapa pemain yg mereka rasa patut dijual di akhir musim ini.
1)Milan Jovanovic
-Gagal memberi impak kepada LFC. Walaupun mempunyai pace, finishing yg baik tetapi gagal mengikut rentak permainan LFC.
-Beberapa kelab Bundesliga telah menunjukkan minat utk mendapatkannya.
-Dianggarkan bernilai dalam £4M - £6M.

 
2)Phillip Degen
-Mampu bermain sebagai bek kanan ataupun wing kanan. Tetapi sepanjang berada di LFC, Degen dilihat banyak berada di bangku simpanan dan injury prone
-Dipinjamkan ke VfB Stuggart hingga akhir musim.

3)Paul Konchesky
-Pemain yg dibeli oleh Pak Cik Roy dari kelab lamanya Fulham utk menjadi bek kiri utama LFC. Gagal mempamerkan aksi yg konsisten, kurang digemari oleh peminat LFC dan telah dipinjamkan ke Notthingham Forest hingga akhir musim.
-Bakal dijual kembali kepada Fulham sekitar £1.5M

4)Christian Poulsen
-Juga pemain yg dibeli oleh Pak Cik Roy utk mencabar Lucas di posisi holding midfielder.
-Gagal menunjukkan prestasi yg baik ketika zaman Roy Hodgson mahupun setelah King Kenny ambil alih.
-Kelab Serie A Genoa, Udinese dan Cagliari berminat utk mendapatkan khidmat Poulsen.
-Dianggarkan bernilai £3-4m


5)Emilinao Insua
-Bek kiri yang dipinjamkan ke kelab Galatasaray hingga akhir musim.
-Dianggarkan bernilai £2-4M

 
 6)Alberto Aquilani
-Dipinjamkan ke Juventus setelah Pak Cik Roy ambil alih LFC. Telah menunjukkan prestasi yg baik disana dan prestasinya yg baik membolehkan Aquilani disenaraikan ke dalam skuad kebangsaan Italy.
-Juventus perlu membayar £12-£15M sekiranya mahu Aquilani kekal di sana

7)Joe Cole
-Bermain agak baik tetapi sering mengalami kecederaan musim pertama dgn LFC. King Kenny sudi memberikan peluang kepada Cole utk membuktikan keupayaannya.
-Mungkin dijual kerana LFC dikatakan mencari 2 pemain sayap baru utk musim depan dan ini akan mengehadkan peluang Joe Cole beraksi di LFC.
-Spurs dan West Ham United telah menunjukkan minat utk mendapatkan khidmat  pemain ini.
-Joe Cole dianggarkan bernilai £5M sekiranya King Kenny mahu menjualnya.


8)Nabil El-Zhar
-Mempunyai pace dan beberapa gerakan menarik tetapi pemain ini nampaknya tidak berada di dalam perancangan LFC pada masa depan.
-Dipinjamkan ke kelab Greek, PAOK Salonika

9)Sotirios Kyrgiakos
-Pertahanan tengah yg mantap di udara tetapi tidak mampu utk mengawal penyerang yg mempunyai pace dan dribbling skill yg baik.
-Menunjukkan prestasi yg tidak konsisten di bahagian pertahanan LFC. Perlu digantikan dgn pertahanan muda yg lebih mantap.




-Hahah..banyak rupanya pemain yg sepatutnya berada dalam skuad LFC. Memang patut pun dilelong akhir musim nie..

Sunday, April 3, 2011

Match Report : Roy Hodgson FC(WBA) 2-1 King Kenny FC(LFC)

www.tips-fb.com

Match Report : Roy Hodgson FC(WBA) 2-1 King Kenny FC(LFC)


Kalah..

Ini adalah perlawanan kedua dibawah kendalian King Kenny yang saya rasa LFC bermain di bawah tahap keupayaan yg sebenar. Yang pertama ialah ketika kita kalah kepada West Ham 3-1.

Keadaan menjadi lebih buruk kepada LFC kerana 2 pemain pertahanan terpaksa dibawa keluar di awal separuh masa pertama iaitu Daniel Agger dan Glen Johnson.

Sepanjang perlawanan, pergerakan bola ketika kita menyerang tidak begitu teratur dan pujian harus diberikan kepada skuad Pak Cik Roy. Mereka bermain lebih teratur dan banyak melakukan hantaran yg lebih menarik daripada LFC.

Apapun pengadil pada perlawanan ini juga tidak menjalankan tugas dengan baik. Pengadil lebih memihak kepada skuad tuan rumah.

Bagi saya, keputusan seri adalah keputusan yg sepatutnya utk perlawanan ini.



-Agger main bagus tapi selalu sngt injured. Sudah tiba masa cari sorang lagi defender mantap. Nak harapkan Kyrgiakos, kadang2 je OK.
-Boleh le usha-usha Mexes ke, Ryan Shawcross ke, xpun Gary Cahill...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...