Join The Community




Search

Sunday, November 25, 2012

Pre - Swansealona VS Liverpool FC

www.tips-fb.com

Pre - Swansea VS Liverpool


Sejak Swansea City dinaikkan ke liga EPL, Liverpool masih lagi belum mampu mengalahkan team nie walaupun sekali. Swansea City dah 2 kali menang ngan Liverpool, satu lagi keputusan seri. Tue menunjukkan
betapa kuat & konsistennya team angsa nih. Tambah plak cara permainan yg dibawa oleh Swansea nie memang boleh dibanggakan, kononnya digelar Swanselona.

So, agak-agak formation mana yg bagus nak lawan team nie?
4-3-3 or 3-5-2?

--------------PEPE REINA--------------
GLEN--SKRTEL--AGGER--ENRIQUE
---------GERRARD--ALLEN----------
--------------JONJO-------------------
SUSO----LUIS SUAREZ----STERLING


-----------------PEPE REINA--------------
--------WISDOM-SKRTEL-AGGER------
GLEN-GERRARD-JONJO-ALLEN-ENRIQUE
---------STERLING---SUAREZ----------

Personally, aku suka formasi 3-5-2 utk game lawan Swansea. Tengok dulu macam mana 1st half, pastu 2nd half boleh la tukar formasi kalo x cun main.

Walaupun Swansea main lawa, tapi pasukan kita pun apa kurangnya. Aku rasa makin lama cara permainan kita dah makin matang dan serasi. Tak mustahil pasukan kita boleh menang utk game nih.


-pokdin-

Friday, November 23, 2012

[Video] Lihat Abam Lucas Beraksi Kali Pertama Musim Ini

www.tips-fb.com

[Video] Lihat Abam Lucas Beraksi Kali Pertama Musim Ini

Look who's back! It's abam Lucas Leiva. Sudah lama peminat Liverpool menantikan kemunculan semula abam Lucas. Bahagian Midfield Liverpool tidak ceria setelah abam Lucas injured.




Lucas diberi peluang utk bermain dlm U21 Liverpool vs Boro untuk mengembalikan kecergasan beliau serta mendapat game time yg secukupnya sebelum dibawa masuk semula ke Liverpool 1st team. Liverpool U21 menang 1-0.

Bila aku tengok highlight game nie, nampaknya Lucas punya touch masih ada, tak hilang walaupun dah agak lama injured. Seperti biasa Lucas banyak melakukan beberapa simple pass, pass through(yg nie memang dah lama tertunggu-tunggu), creative passing etc. Tackle, tight marking masih lagi kurang kelihatan mungkin kerana nie hanyalah 1st game Lucas setelah sekian lama.

Dah tengok video?





-pokdin-

Friday, November 16, 2012

Liverpool Attacking Trio - Sape Sorang Lagi?

www.tips-fb.com

Liverpool Attacking Trio - Sape Sorang Lagi?


Kita semua dah tengok gandingan Suarez-Sterling kat bahagian atas serangan dan aku boleh katakan agak menjadi.

Suarez mampu menggelicik lawan dan mampu membuat pergerakan yg tidak dijangka oleh pertahanan lawan. Manakala Raheem Sterling mempunyai pace yg laju, baik utk counter-attack, penyudahnya pun agak baik.

Dan memang dijangka January nanti Rodgers akan membeli seorang lagi Striker utk bermain sebagai 1st team, bukan sebagai backup striker.

So, korang rasa sape yg bagus Liverpool beli utk bergandingan dgn Suarez dan Raheem Sterling nanti?


-pokdin-

Saturday, November 3, 2012

EPL 12/13 - Liverpool VS Newcastle {Line Up Aku}

www.tips-fb.com

EPL 12/13 - Liverpool VS Newcastle {Line Up Aku}


Haishh, harapan utk maju ke depan bagi Capital One Cup dah terkubur bila kalah kat tangan Swansea. Kat Anfield plak tue. Tapi, aku dah bajet akan kalah pun sbb squad depth pasukan kesayangan kita memang xder. Habis cerita Capital One Cup.

Berbalik kepada perlawanan EPL minggu nie lawan Newcastle.

Kalo tengok kat kertas, Newcastle memang ada peluang utk tewaskan Liverpool sebab kalo tengok die nyer player yg berpengalaman, sebaliknya Liverpool terdiri dari campuran budak2 muda yg baru nak up, campur 1 2 player berpengalaman. Apapun, harapan utk menang tetap ada.

Nie aku nyer line-up utk perlawanan nie:-



Defender : Aku rasa dah cun dah cuma ketiadaan Johnson sedikit merencatkan. Andre Wisdom aku memang puji tetapi masih lagi mentah. Kalau lawan player yg tricky memang dia xtahu nak buat apa.

Midfield : Jonjo mungkin direhatkan dan bagi peluang kat Sahin. Sahin aku masih lagi belum tengok persembahan yg membolehkan dia dianggap berkesan di tengah padang. X banyak pass-through yg dibuat cuma short pass mcm Allen jugak.

Forward/Winger : Assaidi ngan Sterling bagi aku memang perfect utk bergandingan dgn Suarez kat depan.


-pokdin-

Sunday, October 28, 2012

[Video] Oussama Assaidi Yang Awesome Vs Anzhi Makhachkala

www.tips-fb.com

[Video] Oussama Assaidi Yang Awesome Vs Anji

Pergghh!! Memang tertawan aku bila tengok performance yg ditunjukkan oleh Assaidi ketika perlawanan Europa League vs Anzhi Makhachkala.

Dia punya dribbling skill memang power ah. Chemistry Assaidi dgn Glen Johnson dalam game nie nampak mantap. Banyak kali jugak dia memperkotak-katikkan pertahanan Anzhi.

So, aku rasa ada harapan Rodgers akan meletakkan Assaidi bergandingan dgn Glen Johnson di bahagian kiri dlm merseyside derby vs Everton malam nih.

Dah tengok compilation Assaidi vs Anzhi?






-pokdin-

Saturday, October 20, 2012

[Video] Adik Raheem Sterling Mengucar-kacirkan Pertahanan Reading FC

www.tips-fb.com

[Video] Adik Raheem Sterling Mengucar-kacirkan Pertahanan Reading FC

Dah tengok performance adik Raheem ketika menentang Reading? Memang x percaya je tengok budak hingusan umur 17-tahun mengucar-kacirkan pertahanan Reading FC.

Skills ada, kreativiti ada, pace ade, trickery ada, crossing pun OK. So, memang awesome ah ade pemain muda mcm nie kat Liverpool.



-pokdin-


Friday, October 19, 2012

Suso Sign Long-term Kontrak Bersama Liverpool

www.tips-fb.com

Suso Sign Long-term Kontrak Bersama Liverpool


Mamat nie memang aku suka dan aku rasa dari season lepas lagi dah boleh slow2 diangkat ke 1st team Liverpool.

Passing dia memang mantap, terutama long pass, pin-point gitu.

Boleh bermain di tengah dan jugak posisi winger. Ada pace, ada trickery, creative passing. Walaupun fizikal badan x berapa besar, tapi rasanya skills yg dia ada dapat mengatasi fizikal badan yg kecik.

Buat masa nie aku tengok Rodgers memang nk guna Suso utk posisi winger. Tapi bagi aku, utk jangka masa panjang memang sesuai jadi pengganti posisi Xabi Alonso. Master of passing di bahagian midfield.


-pokdin-


p/s : Dah tengok compilation Suso kt youtube? Tajuk dia "fernandez suso passing compilation" . Power giler passing skills.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...