Join The Community




Search

Sunday, March 6, 2011

Match Report : Liverpool 3-1 MU - United Tersungkur di Anfield

www.tips-fb.com

Match Report : Liverpool 3-1 MU - United Tersungkur di Anfield




TERBAIKKK!!!..Itulah yg dapat dikatakan kepada team kesayangan kita, Liverpool fc. Tiada berita yg lebih gembira daripada dapat mengalahkan musuh ketat, Manchester United di Anfield dengan kemenangan 3-1.

King Kenny baru sahaja menyambut harijadinya ke-60 dan saya rasa ini adalah hadiah terbaik dari pemain2 buat beliau.

Liverpool bermain dengan baik, kawalan bola yg kemas dan mempunyai corak serangan yg teratur baik dari kiri mahupun kanan. LFC acap kali menyerang United, sambil bermain "ball possession".

Sepakan volley Berbatov dari jarak 20-ela terkena palang, hampir memberikan gol pd United pd minit ke-16.Kawalan serta marking yg ketat oleh pertahanan menyukarkan pemain United utk masuk ke kotak penalti sekaligus mengurangkan peluang Rooney dan Berbatov utk menjaringkan gol.

Nasib malang kepada pemain bek kiri terbaik LFC,  Fabio Aurelio yg baru shj sembuh dari kecederaan, terpaksa dikeluarkan pd minit ke-24 kerana sekali lg mengalami kecederaan. Kyrgiakos masuk menggantikan Aurelio. Jamie Carragher bertukar posisi ke bek kanan dan Glen ke bek kiri bagi memberi laluan Kyrgiakos bergandingan dgn Skrtel di tengah.Ternyata kemasukan Kyrgiakos dilihat berbaloi kerana banyak menghalang serangan dari udara yg dilakukan oleh United. Glen Johnson juga dilihat bermain dgn begitu baik di posisi bek kiri.


Gol pertama Liverpool hadir pada minit ke-34 hasil gerakan menarik yg ditunjukkan oleh Luis Suarez No.9, berjaya menggelecek pertahanan United sblm melorong bola kpd Dirk Kuyt.

Gol ke-2 LFC adalah kesilapan pemain United sendiri. Hantaran silang Suarez berjaya ditanduk oleh Nani tetapi malangnya Nani menanduk bola itu ke arah pintu gol sendiri, di mana telah Kuyt pada posisi tepat utk menanduk masuk bola tersebut melepasi Van der Saar.


Dirk Kuyt melengkapkan hat-tricknya utk kelab pada minit ke-65, hasil daripada sepakan percuma yg diambil oleh Luis Suarez.

Seperti yg dijangka, Andy Carroll membuat penampilan pertama utk Liverpool pd pelawanan ini. Carroll dimasukkan pada separuh masa ke-2 bagi menambah ancaman kepada pihak lawan.



90 minit berakhir dan ianya adalah hari yg sempurna buat peminat Liverpool FC seluruh dunia. Manchester United rebah tersungkur di Anfield...



-Kalau ikutkan, rasanya lebih 3 gol LFC dapat score...
-Dah lama x tengok Gerrard try sepak volley..terubat hati dpt tengok dlm match nie walaupun x masuk gol.

4 comments:

padan muka setan hahahaha!

long live the king..

fans siap nyanyi heppi besday kt kenny..kenny senyum n angkat tgn..

ferguson terkedu..xtaw nk bgtaw anak buah mcm mn nk haang lfc..

tp zaman carragher dah berlalu..dia dah x relevan untuk modern game liverpool. Azam Taib

Carra mungkin larat utk 1 season lg..tp baik sediakan backup dari sekarang.

Kene cari defender tengah yg mantap sorang lg..

Apapun..Suarez mantap utk game nie..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...