Berita Buruk : Aurelio Out Selama Sebulan
The Brazilian terpaksa dikeluarkan pada minit ke-24 perlawanan dan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan pada Selasa, kelab telah mengesahkan yg Aurelio terpaksa berehat sekurang-kurangnya 4 minggu.
Ketua Perubatan LFC, Dr Peter Brukner telah memberitahu website liverpoolfc.tv : "Aurelio mengalami kecederaan hamstring. Sebelum ini dia telah sihat dan mengikuti latihan tanpa ada apa-apa masalah. Malangnya kecederaan yg sama datang lagi tanpa diundang ketika perlawanan ahad lepas".
Dia kelihatan murung dan sedih kerana dia baru sahaja sembuh dari kecederaan terdahulu. Kini dia terpaksa berehat balik dan tidak dapat beraksi utk pasukan. Dia kecewa kerana dia bermain baik ahad lepas dan kecederaan hamstring datang secara tiba-tiba.
Dr Brukner juga berkata defender Daniel Agger masih dalam proses pemulihan dari kecederaan lutut dan mungkin terlepas peluang beraksi pada hari Khamis dlm Europa League, di mana Liverpool akan menentang Braga di tempat lawan.
Agger dilihat masih belum 100% cergas dan doktor akan meneliti tahap kecergasannya utk melihat sama ada Agger cergas atau tidak utk perlawanan minggu ini.Tetapi mengikut keadaan sekarang, mungkin minggu seterusnya diramalkan baru 100% cergas.
Martin Kelly juga mengalami kecederaan sama seperti Aurelio iaitu hamstring manakala Jonjo Shelvey kecederaan lutut, mereka semua tidak akan terbang ke Portugal utk perlawanan Europa League.
-Alahai..main dah terbaik, tapi injury prone la plak. Nasib nasib..
3 comments:
kaki reput..
dah hampir tarikh luput.
Tu lah..
Mudah sangat injured..bukannya tua sangat.
Roberto Carlos jgk mantap..sampai skang boleh main lg..
Post a Comment