Join The Community




Search

Friday, March 11, 2011

Match Report : SC Braga 1-0 Liverpool fc (Europa League)

www.tips-fb.com

Match Report : SC Braga 1-0 Liverpool fc (Europa League)


Bila kalah je terasa malas nak update blog.

Dengan Gerrard tiada utk mengawal bola di bahagian tengah, midfield Liverpool bagaikan tak berfungsi.

Gandingan Lucas-Poulsen-Spearing di bahagian midfield kerap kali dibuli pihak lawan, sering terlepas bola terutama ketika pihak lawan mengikut rapat di belakang lalu membuat pressure. Selain itu, susuk fizikal pemain pihak lawan sedikit sebanyak membantu mereka dalam mengekang pergerakan bola di bahagian midfield.

Suarez yg tiada di bahagian depan memburukkan lagi keadaan. Kita jarang sekali mendapat peluang menyerang, dan bila ada peluang sering kali disiakan. Selepas kemasukan Carroll, bahagian serangan baru dilihat memberi ancaman kepada pertahanan lawan.

Pengurus Liverpool King Kenny berkata, pihak kita bermain teruk pada separuh masa pertama. SC Braga mendapat gol hasil daripada foul yg dilakukan oleh Sotirios Kyrgiakos terhadap Mossoro. Pemain midfield Braga, Alan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-17.

Kenny berkata, "Pada 35 minit masa pertama, kita bermain teruk. Sering kali membiarkan pihak lawan menyerang dan cuai dalam pengawalan bola".

"Kita bernasib baik kerana hanya ketinggalan 1-0. Kalau diikutkan cara permainan Liverpool yg teruk, kita mungkin melepaskan lebih daripada 1 gol ".

"Tetapi pada masa ke-2 kita bermain lebik baik. Kita mampu meningkatkan tempo permainan dan bermain lebih kemas bagi mendapatkan gol penyamaan".

Yang positifnya dalam perlawanan ini adalah kemasukan Andy Carroll di masa ke-2 dimana dia telah menunjukkan kekuatannya di udara. SC Braga dilihat begitu susah mengawal pergerakan Carroll.

King Kenny juga memuji Carroll, "Terbukti kemasukan Carroll telah mengubah cara permainan kita. Dia bagus dan banyak membuat sumbangan kepada pasukan dan meningkatkan mutu permainan Liverpool pada masa ke-2".

Nampaknya King Kenny perlu menilai semula strategy yg akan digunakan ketika menanti kunjungan SC Braga ke Anfield minggu hadapan. Beberapa aspek perlu diperbaiki, bahagian depan perlu lebih menyerang dan harapannya kita dapat menang 2-0 ketika di Anfield.


-Diorang xla hebat mana, cuma banyak buat pressure kt pemain. Tue yg membuatkan pemain kelam-kabut, pass bola pun x tepat..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...