Join The Community




Search

Tuesday, March 8, 2011

Lucas Puji Impak Suarez Ke Atas LFC

www.tips-fb.com

Lucas Puji Impak Suarez Ke Atas LFC


Pemain tengah Liverpool FC, Lucas Leiva percaya Liverpool telah menemui "catalyst" atau pemangkin, yg dapat merubah cara permainan ke arah yg lebih positif, iaitu Luis Suarez.

Pemain antarabangsa Uruguay hanya baru bermain 4 perlawanan utk Liverpool sejak £22.8M perpindahan dari Ajax pada akhir Januari lepas. Walaupun hanya bermain beberapa permainan dlm jersey Liverpool, dia telah menunjukkan bahawa dia mempunyai kelas tersendiri, mempunyai mentaliti penyerang bermutu dan telah menunjukkan persembahan yg baik terutamanya ketika perlawanan menentang Manchester United pada ahad lepas.

"Saya tidak rasa Liverpool akan bayar 25M euros utk pemain yg tidak bagus", kata Lucas. "Suarez telah pun boleh menyesuaikan diri dgn keadaan di sini. Kami sepasukan telahpun menolongnya menyesuaikan diri terutamanya di luar padang dan dia gembira di sini".



"Kami gembira dgn kedatangan Suarez kerana bila Fernando Torres meninggalkan kelab, pemain lain menjangkakan penyerang baru mempunyai kualiti seperti Torres, malah mungkin lebih daripada itu".

"Ternyata nilai Suarez berbaloi kerana kualiti yg dimilikinya. Dia seorang pejuang, pantas, cerdik mengelirukan lawan serta mampu mengubah permainan di padang."

"Apa yg dilakukan oleh Suarez ketika menentang United memang menakjubkan, terutama peranannya utk memberikan Liverpool gol pertama. Sememangnya usaha yg mantap ditunjukkan, berjaya mengelirukan pertahanan United sebelum melorong bola kepada Kuyt".

Kareer Luis Suarez di Liverpool bermula baik, di mana dia masuk sbg pemain gantian ketika debutnya menentang Stoke City dan menyumbat gol  dlm 15 minit bermain di padang.

Peranannya ketika menentang United adalah yg terbaik setakat ini kerana membantu Dirk Kuyt menjaringkan hat-trick. Suarez memperlihatkan persembahan menarik dan merupakan orang yg bertanggungjawab dlm kesemua gol Liverpool ke atas United.

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...