Join The Community




Search

Sunday, March 6, 2011

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester United (6/3/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester United (6/3/2011)



Hari yang ditunggu oleh peminat telah tiba, perlawanan epik Liverpool vs Manchester United. 2 perlawanan terakhir di Anfield, menyaksikan Liverpool berjaya mengalahkan musuh ketat United, di mana Nemanja Vidic telah 2 kali diarah keluar padang kerana kad merah.Terima kasih kpd Torres.

Tetapi kita tidak perlu lagi Torres utk menghalau Vidic keluar dari padang kerana Vidic mahupun Ferdinand kedua-duanya tidak akan bermain utk perlawanan ini. Vidic kerana kad merah ketika pertemuan dgn Chelsea dan Ferdinand masih lg tercedera.Ketiadaan Vidic & Ferdinand mungkin memberi sedikit kelebihan kepada kita kerana pertahanan tengah Manchester mungkin diisi oleh Chris Smalling & Brown.

Adakah Carroll akan diturunkan utk bergandingan dgn Suarez? Mungkin. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga King Kenny mungkin hanya menurunkan Carroll utk masa ke-2 sahaja.Kemasukan Carroll saya lihat akan menambahkan lagi kemungkinan utk Liverpool menjaringkan gol lebih dari 1 kerana Carroll dapat menambah ancaman di udara ke atas United.

King Kenny mungkin akan menggunakan formasi 3-5-2 ataupun formasi asal 4-2-3-1.Sekiranya formasi 3-5-2 digunakan, bagi defend Agger adalah calon sesuai bergandingan Carragher dan Soto.Saya kurang yakin dgn Skrtel dan perlawanan kebelakangan ini menyaksikan Skrtel mempamerkan mutu permainan yg tidak memuaskan & sedikit kelam kabut ketika bertahan.



 
Formasi 3-5-2:


Formasi 4-3-2-1:






-Khabarnya Gerrard injured dlm sesi latihan..xtahu ler boleh diturunkan ke x..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...