Join The Community




Search

Tuesday, March 8, 2011

Liverpool Sedia Jual 4 Pemain "Gagal" Pada Perpindahan Akan Datang

www.tips-fb.com

Liverpool Sedia Jual 4 Pemain "Gagal" Pada Perpindahan Akan Datang


Kenny Dalglish dan Damien Comolli dilihat sudah bersedia untuk menjual sekurang-kurangnya 4 pemain yg dianggap gagal mempamerkan aksi baik ketika di Anfield. Langkah ini dilihat sebagai langkah yg terbaik kerana pemergian mereka dapat diisi dengan pemain muda yg lebih mantap & berkualiti bg memperkukuhkan skuad Liverpool pada musim yg akan datang.

Kelab dari Bundesliga dipercayai berminat utk mendapatkan khidmat Milan Jovanovic. Antaranya ialah Stuggart dan Wolfsburg yg melihat Jovanovic sebagai penyerang yg berkualiti walaupun gagal beraksi baik di Liverpool.

Bek kanan Phillip Degen, mungkin pemain yg paling teruk dibeli oleh Liverpool ketika zaman Rafa Benitez kerana dia kurang bermain dan sering mengalami kecederaan. Sekarang dipinjamkan ke Stuggart dan mungkin akan kekal di sana selepas tamat tempoh pinjaman.

Seorang lagi pertahanan yg dijangka akan keluar dari Liverpool ialah bek kiri, Paul Konchesky. Bekas pemain Fulham ini dibeli ketika zaman Roy Hogson sbg pengurus Liverpool. Konchesky adalah backup kepada Aurelio tetapi gagal melaksanakan tugasnya dan gagal menunjukkan prestasi yg diinginkan oleh King Kenny. Penyokong Lfc juga tidak berapa menyukai pemain ini. Sekarang dipinjamkan ke Notthingham Forest dan dikatakan bermain baik di sana.

Christian Poulsen juga dijangka akan dijual pada akhir musim ini. Dan kelab Serie A, Udinese menunjukkan minat utk mengambil khidmat pemain ini, bagi menggantikan Gokhan Inler yg dikhabarkan akan berpindah ke kelab Napoli. King Kenny lebih berminat utk menggunakan khidmat Lucas Leiva di bahagian defensive midfielder berbanding Poulsen. Poulsen dilihat tidak seagresif dahulu, kurang melakukan tackle dan memberi tekanan kpd pihak lawan.

Kenny Dalglish dijangka akan menggunakan dana hasil jualan pemain-pemain itu untuk memantapkan barisan pemain Liverpool pada musim akan datang bg mencapai objektif iaitu kelayakan ke Champion League.

4 comments:

patutnya dh lama dh pemain kt atas nih kene jual..
semua x berbaloi utk main kt lfc..
konchesky & poulsen, roy punye keje...amik pemain x berkualiti..sampah..

btw, nice blog bro...keep updating.

jovanovic hasil borongan free dari american owner(dulu) yang kedekut..sama gak ngan degen..cuma degen ok..just injury prone.

memang patut pn jual semua pemain kt atas..

semua x menunjukkan prestasi yg konsisten..

konchesky main cm cibai..
jovanovic main bagus 2 3 game, pastu menggelabah xtentu pasal game yg lain.
poulsen, dh tak larat agaknya nk kejar-mengejar.
degen, ntah.tengok mamat ni main 2 3 kali je.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...