Join The Community




Search

Tuesday, March 8, 2011

Liverpool Sedia Jual 4 Pemain "Gagal" Pada Perpindahan Akan Datang

www.tips-fb.com

Liverpool Sedia Jual 4 Pemain "Gagal" Pada Perpindahan Akan Datang


Kenny Dalglish dan Damien Comolli dilihat sudah bersedia untuk menjual sekurang-kurangnya 4 pemain yg dianggap gagal mempamerkan aksi baik ketika di Anfield. Langkah ini dilihat sebagai langkah yg terbaik kerana pemergian mereka dapat diisi dengan pemain muda yg lebih mantap & berkualiti bg memperkukuhkan skuad Liverpool pada musim yg akan datang.

Kelab dari Bundesliga dipercayai berminat utk mendapatkan khidmat Milan Jovanovic. Antaranya ialah Stuggart dan Wolfsburg yg melihat Jovanovic sebagai penyerang yg berkualiti walaupun gagal beraksi baik di Liverpool.

Bek kanan Phillip Degen, mungkin pemain yg paling teruk dibeli oleh Liverpool ketika zaman Rafa Benitez kerana dia kurang bermain dan sering mengalami kecederaan. Sekarang dipinjamkan ke Stuggart dan mungkin akan kekal di sana selepas tamat tempoh pinjaman.

Seorang lagi pertahanan yg dijangka akan keluar dari Liverpool ialah bek kiri, Paul Konchesky. Bekas pemain Fulham ini dibeli ketika zaman Roy Hogson sbg pengurus Liverpool. Konchesky adalah backup kepada Aurelio tetapi gagal melaksanakan tugasnya dan gagal menunjukkan prestasi yg diinginkan oleh King Kenny. Penyokong Lfc juga tidak berapa menyukai pemain ini. Sekarang dipinjamkan ke Notthingham Forest dan dikatakan bermain baik di sana.

Christian Poulsen juga dijangka akan dijual pada akhir musim ini. Dan kelab Serie A, Udinese menunjukkan minat utk mengambil khidmat pemain ini, bagi menggantikan Gokhan Inler yg dikhabarkan akan berpindah ke kelab Napoli. King Kenny lebih berminat utk menggunakan khidmat Lucas Leiva di bahagian defensive midfielder berbanding Poulsen. Poulsen dilihat tidak seagresif dahulu, kurang melakukan tackle dan memberi tekanan kpd pihak lawan.

Kenny Dalglish dijangka akan menggunakan dana hasil jualan pemain-pemain itu untuk memantapkan barisan pemain Liverpool pada musim akan datang bg mencapai objektif iaitu kelayakan ke Champion League.

Liverpool Antara Pihak Yg Berminat Utk Sign 12M Spanish Starlet - Sergio Canales

www.tips-fb.com

Liverpool Berminat Utk Sign 12M Spanish Starlet - Sergio Canales


Liverpool dikaitkan dgn perpindahan bintang muda Sepanyol, Sergio Canales.

Pemain muda Real Madrid itu  adalah salah seorang pemain yg dilaporkan akan keluar dari Bernabeu, Pengurus Liverpool King Kenny adalah salah seorang pengurus yg berminat utk menyambar pemain berusia 20-tahun ini.

Florentino Perez, presiden Los Blancos dikhabarkan mahu membuang 7 pemain pada perpindahan akan datang, dlm usaha utk menyediakan dana secukupnya utk Jose Mourinho, mengikut laporan dari Sepanyol. Canales adalah salah seorang yg dijangka akan keluar mengikut laporan tersebut.



Canales dilihat kurang berpuas hati kerana peluang bermain terhad dan kecewa kerana kurang diberi kepercayaan utk bermain.



Sport.Co.uk mendakwa, pemain ini sekarang dianggarkan bernila €12M, dgn Liverpool adalah salah satu kelab yg berminat utk membawa pemain ini ke liga EPL.

Arsenal juga dilihat berminat utk mendapatkan khidmat pemain ini, the Gunners telah dikaitkan pada perpindahan yg lepas.

Liverpool akan menentang kelab-kelab lain utk mendapatkan pemain muda ini ataupun pemain muda berbakat lain. Dan buktinya pada Januari lepas, pemilik Liverpool telah menunjukkan mereka mempunyai dana yg secukupnya utk dibelanja bg membawa pemain muda berkualiti utk membina semula skuad Liverpool.

King Kenny juga telah menyatakan yg dia akan berbelanja lagi pada akhir musim ini, dan Canales adalah salah seorang pemain yg memnuhi kriteria yg pemilik Liverpool mahukan iaitu, muda dan berkualiti.




Lucas Puji Impak Suarez Ke Atas LFC

www.tips-fb.com

Lucas Puji Impak Suarez Ke Atas LFC


Pemain tengah Liverpool FC, Lucas Leiva percaya Liverpool telah menemui "catalyst" atau pemangkin, yg dapat merubah cara permainan ke arah yg lebih positif, iaitu Luis Suarez.

Pemain antarabangsa Uruguay hanya baru bermain 4 perlawanan utk Liverpool sejak £22.8M perpindahan dari Ajax pada akhir Januari lepas. Walaupun hanya bermain beberapa permainan dlm jersey Liverpool, dia telah menunjukkan bahawa dia mempunyai kelas tersendiri, mempunyai mentaliti penyerang bermutu dan telah menunjukkan persembahan yg baik terutamanya ketika perlawanan menentang Manchester United pada ahad lepas.

"Saya tidak rasa Liverpool akan bayar 25M euros utk pemain yg tidak bagus", kata Lucas. "Suarez telah pun boleh menyesuaikan diri dgn keadaan di sini. Kami sepasukan telahpun menolongnya menyesuaikan diri terutamanya di luar padang dan dia gembira di sini".



"Kami gembira dgn kedatangan Suarez kerana bila Fernando Torres meninggalkan kelab, pemain lain menjangkakan penyerang baru mempunyai kualiti seperti Torres, malah mungkin lebih daripada itu".

"Ternyata nilai Suarez berbaloi kerana kualiti yg dimilikinya. Dia seorang pejuang, pantas, cerdik mengelirukan lawan serta mampu mengubah permainan di padang."

"Apa yg dilakukan oleh Suarez ketika menentang United memang menakjubkan, terutama peranannya utk memberikan Liverpool gol pertama. Sememangnya usaha yg mantap ditunjukkan, berjaya mengelirukan pertahanan United sebelum melorong bola kepada Kuyt".

Kareer Luis Suarez di Liverpool bermula baik, di mana dia masuk sbg pemain gantian ketika debutnya menentang Stoke City dan menyumbat gol  dlm 15 minit bermain di padang.

Peranannya ketika menentang United adalah yg terbaik setakat ini kerana membantu Dirk Kuyt menjaringkan hat-trick. Suarez memperlihatkan persembahan menarik dan merupakan orang yg bertanggungjawab dlm kesemua gol Liverpool ke atas United.

Sunday, March 6, 2011

Match Report : Liverpool 3-1 MU - United Tersungkur di Anfield

www.tips-fb.com

Match Report : Liverpool 3-1 MU - United Tersungkur di Anfield




TERBAIKKK!!!..Itulah yg dapat dikatakan kepada team kesayangan kita, Liverpool fc. Tiada berita yg lebih gembira daripada dapat mengalahkan musuh ketat, Manchester United di Anfield dengan kemenangan 3-1.

King Kenny baru sahaja menyambut harijadinya ke-60 dan saya rasa ini adalah hadiah terbaik dari pemain2 buat beliau.

Liverpool bermain dengan baik, kawalan bola yg kemas dan mempunyai corak serangan yg teratur baik dari kiri mahupun kanan. LFC acap kali menyerang United, sambil bermain "ball possession".

Sepakan volley Berbatov dari jarak 20-ela terkena palang, hampir memberikan gol pd United pd minit ke-16.Kawalan serta marking yg ketat oleh pertahanan menyukarkan pemain United utk masuk ke kotak penalti sekaligus mengurangkan peluang Rooney dan Berbatov utk menjaringkan gol.

Nasib malang kepada pemain bek kiri terbaik LFC,  Fabio Aurelio yg baru shj sembuh dari kecederaan, terpaksa dikeluarkan pd minit ke-24 kerana sekali lg mengalami kecederaan. Kyrgiakos masuk menggantikan Aurelio. Jamie Carragher bertukar posisi ke bek kanan dan Glen ke bek kiri bagi memberi laluan Kyrgiakos bergandingan dgn Skrtel di tengah.Ternyata kemasukan Kyrgiakos dilihat berbaloi kerana banyak menghalang serangan dari udara yg dilakukan oleh United. Glen Johnson juga dilihat bermain dgn begitu baik di posisi bek kiri.


Gol pertama Liverpool hadir pada minit ke-34 hasil gerakan menarik yg ditunjukkan oleh Luis Suarez No.9, berjaya menggelecek pertahanan United sblm melorong bola kpd Dirk Kuyt.

Gol ke-2 LFC adalah kesilapan pemain United sendiri. Hantaran silang Suarez berjaya ditanduk oleh Nani tetapi malangnya Nani menanduk bola itu ke arah pintu gol sendiri, di mana telah Kuyt pada posisi tepat utk menanduk masuk bola tersebut melepasi Van der Saar.


Dirk Kuyt melengkapkan hat-tricknya utk kelab pada minit ke-65, hasil daripada sepakan percuma yg diambil oleh Luis Suarez.

Seperti yg dijangka, Andy Carroll membuat penampilan pertama utk Liverpool pd pelawanan ini. Carroll dimasukkan pada separuh masa ke-2 bagi menambah ancaman kepada pihak lawan.



90 minit berakhir dan ianya adalah hari yg sempurna buat peminat Liverpool FC seluruh dunia. Manchester United rebah tersungkur di Anfield...



-Kalau ikutkan, rasanya lebih 3 gol LFC dapat score...
-Dah lama x tengok Gerrard try sepak volley..terubat hati dpt tengok dlm match nie walaupun x masuk gol.

Liverpool Berminat Utk Bawa Fernando Gago ke Anfield

www.tips-fb.com

Liverpool Berminat Utk Bawa Fernando Gago ke Anfield


Liverpool dipercayai berminat utk membawa pemain pertahanan tengah Real Madrid, Fernando Gago ke Anfield.

Pemain Argentina berusia 24-tahun sebelum ini dilaporkan bergaduh dgn rakan sepasukan Pedro Leon ketika sesi latihan. Selain itu, kesukaran utk mendapat tempat dlm kesebelasan utama di bawah kendalian Jose Mourinho juga memungkinkan pemain ini akan mencari jalan utk keluar dari Real Madrid pada musim perpindahan akan datang. Buat masa ini, Mourinho lebih suka menggunakan khidmat Xabi Alonso, Sami Khedira atau Lassana Diarra utk posisi Defensive midfileder.

Dan sekarang dilaporkan Real Madrid sudah bersedia utk menjual pemain ini sekiranya kelab yg berminat menawarkan harga yg sesuai. Nilai Gago dianggarkan £10 million manakala the Reds melihat tawaran sebanyak £8m sudah cukup utk membawa pemain ini ke Anfield pada perpindahan akan datang.


-Hrmm. Memang pemain berkualiti tapi tak berapa minat kpd Gago. Lebih baik LFC beli Steven Defour or Ever Banega or Moussa Sissoko

Liverpool Pembida Rahsia Alexis Sanchez - £27.5m

www.tips-fb.com

Liverpool Pembida Rahsia Alexis Sanchez - £27.5m 


Sumber di Italy telah membocorkan rahsia di mana Liverpool FC adalah kelab yang telah membuat tawaran kepada penyerang sayap Udinese, Alexis Sanchez.

Liverpool dilihat cuba utk menyelesaikan perpindahan dengan segera dan secara diam-diam bg mengelak daripada dihidu oleh musuh ketat seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United.

Tawaran dianggarkan £27.5m  dan ini menunjukkan pemilik Liverpool, John W Henry sememangnya mengotakan janji dan ingin menaikkan kembali Liverpool ke tahap yg lebih cemerlang, tidak seperti pemilik sebelumnya. 


Berita ini kemungkinan benar kerana Udinese juga pernah berhubung dngn Liverpool utk bertanyakan ttng Christian Poulsen.

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester United (6/3/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester United (6/3/2011)



Hari yang ditunggu oleh peminat telah tiba, perlawanan epik Liverpool vs Manchester United. 2 perlawanan terakhir di Anfield, menyaksikan Liverpool berjaya mengalahkan musuh ketat United, di mana Nemanja Vidic telah 2 kali diarah keluar padang kerana kad merah.Terima kasih kpd Torres.

Tetapi kita tidak perlu lagi Torres utk menghalau Vidic keluar dari padang kerana Vidic mahupun Ferdinand kedua-duanya tidak akan bermain utk perlawanan ini. Vidic kerana kad merah ketika pertemuan dgn Chelsea dan Ferdinand masih lg tercedera.Ketiadaan Vidic & Ferdinand mungkin memberi sedikit kelebihan kepada kita kerana pertahanan tengah Manchester mungkin diisi oleh Chris Smalling & Brown.

Adakah Carroll akan diturunkan utk bergandingan dgn Suarez? Mungkin. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga King Kenny mungkin hanya menurunkan Carroll utk masa ke-2 sahaja.Kemasukan Carroll saya lihat akan menambahkan lagi kemungkinan utk Liverpool menjaringkan gol lebih dari 1 kerana Carroll dapat menambah ancaman di udara ke atas United.

King Kenny mungkin akan menggunakan formasi 3-5-2 ataupun formasi asal 4-2-3-1.Sekiranya formasi 3-5-2 digunakan, bagi defend Agger adalah calon sesuai bergandingan Carragher dan Soto.Saya kurang yakin dgn Skrtel dan perlawanan kebelakangan ini menyaksikan Skrtel mempamerkan mutu permainan yg tidak memuaskan & sedikit kelam kabut ketika bertahan.



 
Formasi 3-5-2:


Formasi 4-3-2-1:






-Khabarnya Gerrard injured dlm sesi latihan..xtahu ler boleh diturunkan ke x..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...