Join The Community




Search

Monday, February 28, 2011

Match Report : West Ham 3-1 Liverpool (27/2/2011)

www.tips-fb.com

Match Report : West Ham 3-1 Liverpool (27/2/2011)


Sorry lambat update..masih lagi sedih dgn kekalahan Liverpool ke atas West Ham, kelab tercorot..

Impian seluruh peminat LFC utk melihat rekod 8 perlawanan tidak terkalah King Kenny tidak kesampaian bila Liverpool kalah ke atas West Ham. Kekalahan Liverpool 3-1 ke atas West Ham United itu juga mungkin turut memusnahkan impian tipis kita utk mencapai "Top 4" bagi membolehkan Liverpool bermain Champion League musim depan.

Liverpool ketinggalan 2-0 pada masa pertama, hasil jaringan cantik Kapten West Ham Scott Parker dan penyerang Demba Ba. West Ham dilihat lebih teratur ketika menyerang manakala pertahanan Liverpool kelihatan hilang fokus. Walaupun kita meletakkan 3 pertahanan tengah, tetapi masih belum mampu utk bertahan dgn baik, terutama ketika cuba menangkis serangan dari udara hasil dari hantaran lintang.

Pada masa kedua, Liverpool dilihat bermain lebih tenang dan teratur pada 20 minit terakhir. Lebih banyak hantaran yg sampai kepada bahagian serangan dan Suarez 2 3 kali membuat percubaan bahaya ke gawang lawan. Usaha Liverpool utk mendapatkan gol akhirnya berhasil, Suarez yg bijak mengelirukan pertahanan menghantar bola ke depan gol di mana Glen Johnson berada utk menghadiahkan gol pertama utk Liverpool.

Joe Cole dan David Ngog yg dibawa masuk utk meningkatkan ancaman kpd pihak lawan, ternyata tidak berkesan. Keduanya dilihat tidak banyak membantu Liverpool.

Usaha Liverpool utk menyamakan gol tidak kesampaian bila Carlton Cole menyumbat gol ke-3 West Ham pada minit akhir, berpunca drpd kesalahan Martin Skrtel yg tidak dapat mengawal ketat dan menghalang Carlton Cole daripada melepaskan rembatan ke gawang Liverpool.

Kekalahan Liverpool diburukkan lagi apabila 2 pemain utama terpaksa digantikan. Martin Kelly mengalami kecederaan Hamstring manakala Raul Meireles mengalami kecederaan lutut.

King Kenny yg diinterview selepas perlawanan berkata, "Liverpool berhak kalah perlawanan ini. Pemain tidak melakukan hantaran dengan baik dan gagal memanfaatkan peluang".

Saturday, February 26, 2011

Gabungan Suarez-Kuyt : Gabungan Serangan Terbaru Liverpool?

www.tips-fb.com

Gabungan Suarez-Kuyt : Gabungan Serangan Terbaru Liverpool?



Pemain Belanda, Dirk Kuyt percaya yang dia mampu membentuk kombinasi serangan mantap bersama dengan penyerang terbaru, Luis Suarez kerana kedua-duanya bercakap dalam bahasa yg sama - Belanda.

Pernah bermain utk Feyenoord dlm liga Eredivisie, Kuyt berkata dia dan bekas pemain Ajax, Suarez mampu membentuk kombinasi serangan yang mantap dan berbahaya kerana mampu berkomunikasi baik utk mencipta gol.


Kuyt berkata, "Kadang-kadang ianya membantu jika kita bercakap bahasa yang sama(Dutch) kerana pertahanan lawan tidak akan faham apa yg kita katakan. Komunikasi adalah penting semasa melakukan serangan".

"Saya tahu saya boleh membantu Suarez. Dia mampu bercakap Belanda dan itu adalah sesuatu yg bagus. Setiap minggu saya sentiasa menonton liga Eredivise dan saya tahu betapa bagusnya Suarez ketika dia bermain bersama Ajax. Dan saya harap di Liverpool dia akan bertambah bagus".

EPL Match Preview : West Ham FC - Liverpool FC (27/2/2011)

www.tips-fb.com

EPL Match Preview : West Ham FC - Liverpool FC (27/2/2011)


Liverpool akan berkunjung ke Upton Park utk perlawanan menentang anak didik Avram Grant. Liverpool dilihat mampu utk mengekalkan prestasi terbaik mereka dikala West Ham sekarang tertekan utk mengelak Zon Penyingkiran.

Berita Dari West Ham United FC

Matthew Upson (Achilles) menjalani sesi latihan ringan pada hari Jumaat tetapi mungkin tidak akan terlibat dlm perlawanan menentang Liverpool.

Victor Obinna dikhabarkan masih lg bergelut dengan kecederaan kaki manakala Robbie Keane juga masih tercedera(calf strain). Kieron Dyer masih tinggal 2 minggu utk pulih sepenuhnya dan Jack Collison masih menjalani pemulihan akibat kecederaan lutut and hanya akan kembali bulan depan.

Danny Gabbidon telah pulih sepenuhnya dan mungkin akan bermain.


Berita Dari LFC
Kapten Liverpool, Steven Gerrard mungkin akan kembali setelah tidak bermain 3 perlawanan akibat kecederaan. King Kenny berkata Stevie sudah hampir utk pulih sepenuhnya.

Martin Kelly dan Daniel Agger masih lagi tidak dapat dipastikan dapat bermain atau tidak kerana telah tercedera ketika perlawanan Europa League menentang Sparta Praha. Glen Johnson dan Fabio Aurelio juga masih lagi tercedera.

Andy Carroll masih meneruskan sesi pemulihan dan King Kenny mengatakan perlawanan menentang West Ham adalah terlalu awal utk Carroll tetapi ada kemungkinan utknya bermain.

Joe Cole dilihat sudah pulih sepenuhnya ketika menentang Sparta Praha dan mungkin diberi peluang utk beraksi oleh King Kenny.

Yang pasti, Luis Suarez kembali utk mengetuai bahagian serangan setelah tidak dapat bermain perlawanan Europa League.


Formasi Kemungkinan LFC(4-2-3-1)/ (4-4-1-1):

Thursday, February 24, 2011

Photo : Gaya Sambutan Gol Oleh Dirk Kuyt

www.tips-fb.com

Photo : Gaya Selepas Menyumbat Gol Oleh Dirk Kuyt

 1) Berlari utk melakukan gaya 1

 2) Gaya 1 - Gaya biasa, Bersorak sambil berlari ke arah peminat.

3) Melompat utk melakukan gaya ke-2 sambutan gol
 


 4) Gaya ke-2 - Skill sambutan gol di udara
5) Berlari lagi sambil diikuti oleh pemain lain utk melakukan gaya terakhir, gaya ke-3


6) Gaya ke-3 - Gaya terulung selepas menjaringkan gol penting. YEAHH!!!

Rating Pemain : Liverpool 1-0 Sparta Prague

www.tips-fb.com

Rating Pemain : Liverpool 1-0 Sparta Prague



Pepe Reina(GK) 7.0 - Ditugaskan sbg Kapten utk perlawanan ini. Solid utk sebahagian besar perlawanan tetapi ada satu ketika di mana Pepe gagal membaca sepakan sudut pihak lawan.Nasib baik bola tersasar tinggi ke atas.

Martin Kelly(RB) 7.0 - Antara salah seorang pemain yg paling menyerlah utk perlawanan ini. Banyak serangan Liverpool datang dari sayap kanan dan kebanyakan hantaran silang dilakukan oleh Kelly. Hantaran silang cantiknya hampir membolehkan Meireles menjaringkan gol. Tercedera pada separuh masa dan digantikan oleh Carra.

Sotirios Kyrgiakos(CB) 6.5 - Bertugas utk menahan serangan dari udara terutamanya dari sepakan sudut dan ternyata berjaya. Hampir mendapatkan gol utk Liverpool tetapi tandukan padunya ditepis oleh penjaga gol Sparta, Blazek.

Daniel Agger(CB) 6.5 - Agger kembali dalam skuad dan ternyata berjaya membaca rentak permainan pihak lawan dengan baik. Solid bertahan dan dapat mengatasi asakan & tekanan daripada Kweuke dengan baik.

Danny Wilson(LB) 6.0 - Pemain muda Scotland selesa & solid bermain sbg left-back utk malam ini walaupun posisi asalnya adalah center-back. Agak baik menahan asakan & serangan dari Sionko. Jarang naik ke atas utk membantu Joe Cole.

Lucas Leiva(MF) 6.5 - Hantaran pendek yang kemas. Bertenaga dan melakukan tackle dgn baik utk mendapatkan kembali bola.

Christian Poulsen(MF) 5.0 - Bergandingan dgn Lucas di bahagian tengah. Tidak konsisten dan kebanyakan masa dilihat gagal mengawal dan menangkis pergerakan bola pihak lawan. Cuai dan banyak juga melakukan "sloppy pass".

Dirk Kuyt(MF) 7.5 - Nampak bertenaga sepanjang perlawanan. Terlepas beberapa peluang cantik di masa pertama. Hantarannya kpd Ngog hampir memberi Liverpool gol tetapi gagal disempurnakan Ngog. Tandukan Kuyt pd minit 85 memberi kemenangan berharga utk Liverpool.

Raul Meireles(MF) 6.5 - Nampak bertenaga dan begitu menyerlah. Melakukan beberapa larian cantik dan hantaran yg kreatif. Terlepas peluang utk menjaringkan gol apabila sepakan half-volley tersasar.


Joe Cole(MF) 6.0 - Bermula dengan baik.Melakukan larian cantik dan membuat beberapa percubaan ke arah pintu gol. Keupayaan masih belum ditahap 100% cergas, hilang rentak dlm perlawanan.

David Ngog(ST) 5.5 - Terlepas peluang cantik hasil dari hantaran Kuyt. Sepatutnya dapat melorong bola ke tepi sudut gawang tetapi sebaliknya menyepak tepat ke arah penjaga gol. Kurang keyakinan di depan gol walaupun dilihat mempunyai larian yg cantik dan hantaran kemas.

Pemain Gantian:
Jamie Carragher(CB) - Pembantu kapten Liverpool bermain sebagai right-back menggantikan Martin Kelly yg tercedera. Memberikan persembahan yg mantap seperti biasa. Ini adalah penampilan beliau ke 137 dlm perlawanan Eropah - British record.

Martin Skrtel(CB) - Menggantikan Agger yg tercedera lima minit sblm perlawanan tamat. Melakukan tugas bertahan dengan  baik.

Jay Spearing(MF) - Masuk menggantikan Poulsen. Suka bermain simple passing dan juga melakukan hantaran tepat utk membantu menggerakkan bahagian tengah.

Match Report : Liverpool 1-0 Sparta Prague (Europa League 2nd League)

www.tips-fb.com

Match Report : Liverpool 1-0 Sparta Prague (Europa League 2nd League)


Overview:
King Kenny menggunakan formasi asal 4-2-3-1 utk perlawanan ini.
Pertahanan : Kelly, Soto, Agger, Danny Wilson
Tengah : Kuyt, Lucas, Poulsen, Joe Cole, Meireles
Striker : Ngog

Liverpool mara ke dalam kelompok 16 kumpulan dlm Europa League, terima kasih kepada gol lewat minit 85, tandukan Dirk Kuyt hasil daripada sepakan sudut Raul Meireles. Dan juga kemenangan pertama utk King Kenny dlm Europa League.

Liverpool dilihat bermain lebih teratur dan hasilnya banyak peluang diperoleh Liverpool utk mendapatkan gol tetapi disia-siakan oleh pemain.Antara peluang-peluang cantik Liverpool :

Pada minit 16, tandukan Kyrgiakos hampir memberi mata kpd Liverpool hasil sepakan sudut Raul Meireles.

Pada minit 21, hantaran silang cantik dari Martin Kelly menemui Raul Meireles yg berada di hadapan gol. Sepakan padu Meireles tersasar ke atas.

Pada minit 35, hantaran jauh Daniel Agger menemui Kuyt di bahagian kanan padang, sblm menggelecek dan melorong bola kpd David Ngog. Peluang baik yang sepatutnya gol, tapi Ngog hanya melakukan sepakan yg perlahan dan tepat ke penjaga gol lawan.

Pada minit 78, Kuyt berada di posisi terbaik utk melakukan gol tetapi sekadar mampu utk merembat perlahan, mudah tangkap penjaga gol.

Akhirnya pada minit 85, sepakan sudut Meireles singgah di kepala Kuyt dan seterusnya Kuyt menanduk masuk bola ke gawang lawan. Sebahagian besar 43000 penyokong di Anfield bersorak gembira dengan gol hasil dari tandukan Dirk Kuyt.

Pada minit 90, Joe Cole berpeluang utk menambah gol hasil dari counter-attack, tetapi sepakannya tersasar, akibat asakan dari pertahanan lawan.

King Kenny berkata " Para pemain seharusnya diberikan kredit kerana usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan dlm perlawanan ini. Mereka akhirnya dihadiahkan gol dan saya gembira kita mara ke pusingan seterusnya".

Liverpool akan berdepan SC Braga, dan akan bermain 1st leg di Anfield pada 10 Mac 2011 sebelum terbang ke Portugal seminggu selepas itu.

-Agger tercedera lagi. Martin Kelly pun tercedera jgk.

Wednesday, February 23, 2011

Match Preview : Liverpool - Sparta Prague (2nd Leg)

www.tips-fb.com

Match Preview : Liverpool - Sparta Prague (2nd Leg)



Overview
Perlawanan timbal-balik Europa League akan berlangsung di padang Anfield, di mana Liverpool akan menentang Sparta Prague. Perlawanan pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal utk merebut peluang, menyumbat gol dalam masa 90 minit.

Bermain di tempat sendiri, harapan sememangnya diletakkan kepada kelab Liverpool utk memenangi perlawanan ini. Liverpool mengharapakan kemenangan utk membolehkan pasukan masuk ke suku akhir kerana mungkin piala Europa League shj yang akan dapat dimenangi utk musim ini.

Berita Terkini Pasukan Liverpool
Kapten Liverpool, Steven Gerrard masih lg belum sembuh sepenuhnya dan King Kenny tidak akan mengambil risiko utk memasukkan Stevie ke dlm barisan kesebelasan utama walaupun namanya ada di dalam skuad. Andy Carroll masih lagi meneruskan proses pemulihannya manakala Luis Suarez pula tidak dapat beraksi dlm Europa League.

Berita baiknya, Daniel Agger, Martin Kelly dan juga Martin Skrtel akan kembali ke dlm skuad.

Barisan Pemain:-
Reina, Kyrgiakos, Carragher, Wilson, Agger, Skrtel, Kelly, Johnson, Rodriguez, Meireles, Lucas, Gerrard, Cole, Spearing, Kuyt, Ngog, Pacheco, Jovanovic, Poulsen, Gulacsi.


Formasi Kemungkinan :-
 (3-5-1-1)

atau

(4-4-2)


Ramalan Keputusan :-
2-0
King Kenny dan Steve Clarke mungkin telah merangka strategi terbaik utk pasukan bagi membolehkan kita menang perlawanan ini. Walaupun Kapten Steven Gerrard tiada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...