Join The Community




Search

Monday, February 28, 2011

Match Report : West Ham 3-1 Liverpool (27/2/2011)

www.tips-fb.com

Match Report : West Ham 3-1 Liverpool (27/2/2011)


Sorry lambat update..masih lagi sedih dgn kekalahan Liverpool ke atas West Ham, kelab tercorot..

Impian seluruh peminat LFC utk melihat rekod 8 perlawanan tidak terkalah King Kenny tidak kesampaian bila Liverpool kalah ke atas West Ham. Kekalahan Liverpool 3-1 ke atas West Ham United itu juga mungkin turut memusnahkan impian tipis kita utk mencapai "Top 4" bagi membolehkan Liverpool bermain Champion League musim depan.

Liverpool ketinggalan 2-0 pada masa pertama, hasil jaringan cantik Kapten West Ham Scott Parker dan penyerang Demba Ba. West Ham dilihat lebih teratur ketika menyerang manakala pertahanan Liverpool kelihatan hilang fokus. Walaupun kita meletakkan 3 pertahanan tengah, tetapi masih belum mampu utk bertahan dgn baik, terutama ketika cuba menangkis serangan dari udara hasil dari hantaran lintang.

Pada masa kedua, Liverpool dilihat bermain lebih tenang dan teratur pada 20 minit terakhir. Lebih banyak hantaran yg sampai kepada bahagian serangan dan Suarez 2 3 kali membuat percubaan bahaya ke gawang lawan. Usaha Liverpool utk mendapatkan gol akhirnya berhasil, Suarez yg bijak mengelirukan pertahanan menghantar bola ke depan gol di mana Glen Johnson berada utk menghadiahkan gol pertama utk Liverpool.

Joe Cole dan David Ngog yg dibawa masuk utk meningkatkan ancaman kpd pihak lawan, ternyata tidak berkesan. Keduanya dilihat tidak banyak membantu Liverpool.

Usaha Liverpool utk menyamakan gol tidak kesampaian bila Carlton Cole menyumbat gol ke-3 West Ham pada minit akhir, berpunca drpd kesalahan Martin Skrtel yg tidak dapat mengawal ketat dan menghalang Carlton Cole daripada melepaskan rembatan ke gawang Liverpool.

Kekalahan Liverpool diburukkan lagi apabila 2 pemain utama terpaksa digantikan. Martin Kelly mengalami kecederaan Hamstring manakala Raul Meireles mengalami kecederaan lutut.

King Kenny yg diinterview selepas perlawanan berkata, "Liverpool berhak kalah perlawanan ini. Pemain tidak melakukan hantaran dengan baik dan gagal memanfaatkan peluang".

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...