Join The Community




Search

Thursday, February 24, 2011

Match Report : Liverpool 1-0 Sparta Prague (Europa League 2nd League)

www.tips-fb.com

Match Report : Liverpool 1-0 Sparta Prague (Europa League 2nd League)


Overview:
King Kenny menggunakan formasi asal 4-2-3-1 utk perlawanan ini.
Pertahanan : Kelly, Soto, Agger, Danny Wilson
Tengah : Kuyt, Lucas, Poulsen, Joe Cole, Meireles
Striker : Ngog

Liverpool mara ke dalam kelompok 16 kumpulan dlm Europa League, terima kasih kepada gol lewat minit 85, tandukan Dirk Kuyt hasil daripada sepakan sudut Raul Meireles. Dan juga kemenangan pertama utk King Kenny dlm Europa League.

Liverpool dilihat bermain lebih teratur dan hasilnya banyak peluang diperoleh Liverpool utk mendapatkan gol tetapi disia-siakan oleh pemain.Antara peluang-peluang cantik Liverpool :

Pada minit 16, tandukan Kyrgiakos hampir memberi mata kpd Liverpool hasil sepakan sudut Raul Meireles.

Pada minit 21, hantaran silang cantik dari Martin Kelly menemui Raul Meireles yg berada di hadapan gol. Sepakan padu Meireles tersasar ke atas.

Pada minit 35, hantaran jauh Daniel Agger menemui Kuyt di bahagian kanan padang, sblm menggelecek dan melorong bola kpd David Ngog. Peluang baik yang sepatutnya gol, tapi Ngog hanya melakukan sepakan yg perlahan dan tepat ke penjaga gol lawan.

Pada minit 78, Kuyt berada di posisi terbaik utk melakukan gol tetapi sekadar mampu utk merembat perlahan, mudah tangkap penjaga gol.

Akhirnya pada minit 85, sepakan sudut Meireles singgah di kepala Kuyt dan seterusnya Kuyt menanduk masuk bola ke gawang lawan. Sebahagian besar 43000 penyokong di Anfield bersorak gembira dengan gol hasil dari tandukan Dirk Kuyt.

Pada minit 90, Joe Cole berpeluang utk menambah gol hasil dari counter-attack, tetapi sepakannya tersasar, akibat asakan dari pertahanan lawan.

King Kenny berkata " Para pemain seharusnya diberikan kredit kerana usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan dlm perlawanan ini. Mereka akhirnya dihadiahkan gol dan saya gembira kita mara ke pusingan seterusnya".

Liverpool akan berdepan SC Braga, dan akan bermain 1st leg di Anfield pada 10 Mac 2011 sebelum terbang ke Portugal seminggu selepas itu.

-Agger tercedera lagi. Martin Kelly pun tercedera jgk.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...