Join The Community




Search

Monday, March 21, 2011

Match Report : Sunderland 0-2 LFC (Gol Jaringan Kuyt & Suarez)

www.tips-fb.com

Match Report : Sunderland 0-2 LFC (Gol Jaringan Kuyt & Suarez)



Liverpool FC nampaknya dapat mengatasi kesedihan terkeluar dari Europa League dengan kemenangan away selesa di Stadium of Light dan mendapat 3 mata penting bagi mengejar posisi ke-5 liga EPL.

Gol datangnya dari Dirk Kuyt pada masa pertama, menerusi sepakan penalti selepas Jay Spearing dijatuhkan berdekatan kotak penalti. Keputusan yg dibuat pengadil, menghadiahkan penalti adalah salah kerana ulang-tayang menunjukkan foul ke atas Spearing adalah di luar kotak. Tetapi macam mana pun keputusan pengadil adalah muktamad dan sudah semestinya gol bonus utk Liverpool.
(Padan muka Sunderland. Dulu pasal bola pantai la kita kalah dan pengadil boleh pulak bagi gol. Sekarang pengadil berpihak kpd kita.)


 Gol ke-2 pada separuh masa kedua. Luis Suarez sekali lagi membuktikan yang dia adalah penyerang yg berkualiti dimana penyerang Uruguay itu merembat masuk bola menerusi sudut yg sukar.

The Black Cats terpaksa bermain 10 orang pada minit-minit akhir selepas John Mensah menjatuhkan Suarez. Free kick yang diambil oleh Suarez hampir-hampir memberi gol ke-3 utk Liverpool.

Keputusan sepenuh masa, Sunderland 0-2 LFC. Keputusan ini menyaksikan Liverpool telah merapatkan jurang kepada Spurs di tempat ke-5, dengan perbezaan hanya 4 mata.


-Carroll hampir2 score gol. Tapi Carroll main dah mantap dah bergandingan dgn Suarez...

2 comments:

Awesome ah liver..
Sayang Carroll sket lg nk score..

YWNA.

yes...REDS menang..YNWA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...