Join The Community




Search

Sunday, May 1, 2011

Match Report : Liverpool 3-0 Newcastle United (Yeahh Tempat ke-5)

www.tips-fb.com

 Match Report : Liverpool 3-0 Newcastle United (Comfortable Victory)

 3-0? Huhu, kita boleh kata "a very comfortable victory". Tidak dapat disangkal lagi, King Kenny telah kembali membawa penyatuan di dalam kelab Liverpool dimana para pemain telah menunjukkannya di atas padang. Para pemain dilihat bermain begitu baik dan pergerakan bola di antara pemain tampak begitu lancar. Tidak hairanlah penyokong kelab lain telah mula berasa risau kerana  kelab kesayangan kita telah benar2 berubah sejak diambilalih oleh King Kenny, bukannya kelab seperti ketika di bwh kendalian Pak Cik Roy.

Dari bottom 3 EPL kepada top 5 EPL sejak pelantikan sementara King Kenny sbg pengurus pada Januari lepas.Dan kita adalah satu-satunya kelab yg telah menjaringkan gol utk setiap perlawanan utk tahun 2011 nie dlm liga EPL.

Carroll dibangku simpanan.Glen Johnson kembali ke dlm skuad dan mengisis posisi bek kiri yg sebelum ini diberi peluang kpd Jack Robinson.Maxi sekali lagi diberi peluang selepas persembahan mantap vs Birmingham minggu lepas.

The Reds hanya memerlukan 10 minit utk memecah benteng pertahanan Newcastle United melalui hantaran silang pemain muda, John Flanagan. Gol pertama hasil jaringan hero hat-trick minggu lepas, Maxi Rodriguez.

Sementara itu, gandingan Lucas dan Spearing di bahagian midfield sekali lagi menunjukkan persembahan mantap, mengawal bahagian tengah dgn baik.


Gol ke-2 adalah hasil sepakan penalti oleh Dirk Kuyt. Penalti dihadiahkan kpd Liverpool berpunca asakan pertahanan Newcastle ke atas Luis Suarez. Keputusan penalti boleh dikatakan 50/50 dan keputusan dari pengadil adalah muktamad.


Suarez akhirnya berjaya mencatat nama sbg penjaring gol ke-3. Bola hantaran Suarez tertampan pertahanan Newcastle United dan menuju ke arah Kuyt. Kuyt terus melorong bola ke arah tempat kosong di mana Suarez telah berlari menuju ke tempat tersebut seterusnya menjaringkan gol ke-3 Liverpool.

Andy Carroll, Jonjo Shelvey and Joe Cole
dimasukkan pada masa kedua, menggantikan Maxi, John Flanagan dan Luis Suarez. Walaubagaimanapun, score 3-0 tetap tidak berubah sehingga wisel penamat.

Dapat clean sheet, dapat 3 mata dan dapat naik ke tempat ke-5 EPL.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...