Join The Community




Search

Thursday, May 5, 2011

LFC Perlu Tawar £20M Utk Mamadou Sakho - Mahalnya

www.tips-fb.com

LFC Perlu Tawar £20M Utk Mamadou Sakho - Sanggup ke Liverpool?



Paris Saint-Germain(PSG) dilaporkan telah meletakkan harga yg tinggi terhadap Arsenal dan Liverpool target, Mamadou Sakho.

Pemain berusia 21-thn ini telah menunjukkan prestasi yg mantap di bahagian pertahanan secara konsisten di kelab PSG sepanjang musim ini.

Liverpool dan Arsenal telah banyak kali dikaitkan dengan Sakho, dan menurut sumber Daily Mail PSG telah memberitahu pihak yg berminat bahawa mereka perlu menawarkan harga sekitar £20M utk mendapatkan khidmat Sakho.

Pemain centre-back France itu telah berada dlm pemerhatian Arsene Wenger dan Damien Comolli sejak beberapa bulan lepas, kedua-dua kelab mungkin akan membuat tawaran pada perpindahan akan datang.


Walaubagaimanapun, harga tinggi yg diletakkan oleh PSG mungkin membuatkan LFC berfikir dua kali utk mendapatkan Sakho pada perpindahan akan datang kerana harga tersebut dianggap terlalu mahal.

Kita semua tahu, mendapatkan pemain centre-back yg mantap antara agenda penting LFC ketika  perpindahan akan datang. Sekiranya harga yg diletakkan oleh PSG tidak dapat dirunding, Comolli & King Kenny mungkin akan mencari target yg lain dan antara nama yg sering disebut ialah Gary Cahill, Simon Kjaer dan Phil Jones.



-Kalo mahal sngt, tukar je target kpd player lain..Kjaer rasenya dlm 10M je,

1 comments:

emm.. Kjaer pon mmpu bwa impak besar kpd bek liverpool. Cam suarez..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...