Join The Community




Search

Thursday, May 5, 2011

Ex-LFC, Riise Tidak Nafikan Mungkin Akan Kembali ke Liverpool

www.tips-fb.com

Ex-LFC, Riise Tidak Nafikan Akan Kembali ke Liverpool


Bekas bek kiri Liverpool, John Arne Riise tidak menafikan yang dia mungkin akan kembali ke Anfield.

Riise sekarang akan masuk dalam tahun terakhir kontraknya bersama AS Roma pada June.

Laporan mengatakan Kenny Dalglish mungkin mengambil semula Riise bagi menyelesaikan masalah bek kiri. Riise merupakan antara pemain faveret peminat LFC kerana terkenal dengan sepakan jauh yg kencang, ada pace serta mempunyai teknik overlapping yg baik yg mampu mendatangkan masalah di bahagian kiri kepada pertahanan lawan.

Riise berpindah ke AS Roma bukan kerana mutu permainannya kurang baik, tetapi kerana ketika itu Fabio Aurelio bermain mantap, sepakan free-kick yg baik serta crossing yg tepat. Selain itu Aurelio lebih mendapat tempat di hati Benitez utk posisi bek kiri. Keadaan diburukkan lagi apabila Benitez membeli seorang lagi bek kiri iaitu Andrea Dossena.

Riise ketika ditanya tentang laporan mengaitkannya kembali ke Liverpool berkata "Saya begitu teruja dgn laporan mengaitkan saya kembali ke Liverpool".

"Liverpool sentiasa dekat di hati saya. Ia sebuah kelab yg baik dan saya mempunyai banyak kenangan manis di sana".

1 comments:

right time and right decision... go on daglish!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...