Pepe Reina Bangga Capai Penampilan ke-300
Pepe Reina berkata dia bangga dan telah bersedia utk membuat penampilan ke-300 utk Liverpool FC ketika perlawanan menentang SC Braga khamis ini. Penjaga gawang ke-2 Sepanyol itu percaya dia bernasib baik dan bangga kerana mendapat peluang utk mewakili Liverpool dan tidak menyangka dapat mencapai sehingga penampilan ke-300 utk kelab.
"Saya percaya kepada diri sendiri dan yakin dapat menjadi penjaga gol yg baik. Tetapi, dpt bermain sebanyak 300 perlawanan - Saya rasa saya memang bernasib baik dan bangga dpt bermain utk setiap perlawanan", kata Reina kepada laman web rasmi Liverpool FC.
Prestasi Reina yang begitu cemerlang sejak kedatangannya pada 2005 telah menjadikannya antara penjaga gawang terbaik EPL dan mungkin penjaga gawang yg terbaik Liverpool pernah ada.
-Teruskan menjaga gawang Liverpool FC utk musim seterusnya. Jangan bimbang, kita akan kembali ke Champion League..
0 comments:
Post a Comment