Join The Community




Search

Thursday, March 17, 2011

Match Report : LFC 0-0 SC Braga ( The Reds Tersingkir )

www.tips-fb.com

Match Report : LFC 0-0 SC Braga ( The Reds Tersingkir )


LFC tersingkir dari Europa League kerana gagal memanfaatkan peluang bermain di Anfield, hanya sekadar mampu seri 0-0 dgn SC Braga. Braga menang dengan secara aggregate 1-0.


Liverpool menggunakan formasi 4-4-2 utk perlawanan ini. Gle Johnson-Carra-Skrtel-Wilson di bahagian pertahanan, Joe Cole-Lucas-Meireles-Maxi di bahagian tengah dan Andy Carroll bergandingan dgn Kuyt di bahagian depan.

LFC bermain agak baik di babak masa pertama. Johnson dan Danny Wilson beberapa kali cuba naik ke atas membantu serangan. Andy Carroll sebagai target man dilihat banyak memberi ancaman kepada Braga di mana Carroll dilihat banyak mendapat bola menerusi header terutama ketika hantaran tinggi dilakukan.

Carroll mencipta peluang kpd Joe Cole pada minit ke-8 utk menyumbat gol tetapi sepakan Cole berjaya diselamatkan penjaga gawang Braga.

Liverpool sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti kerana Carroll telah ditolak dlm kotak penalti. Tetapi pengadil nampaknya agak bangang hari ini tidak mengendahkan tolakan itu, sebaliknya menyalahkan Carroll kerana foul.

15 minit terakhir Liverpool FC melakukan pertukaran. Jay Spearing menggantikan Maxi dan Ngog masuk menggantikan Joe Cole. Liverpool dilihat bermain secara ball possesion dan kita dapat lihat pada 10 minit terakhir LFC telah berjaya mencipta sebanyak 2 atau 3 peluang utk menjaringkan gol.

Pertama, header dari Carroll hasil sepakan sudut Raul Meireles. Kedua, hantaran Carragher disambut Skrtel dan sepakannya dihadang oleh penjaga gawang. Peluang ketiga datang ketika masa tambahan di mana Ngog dilihat gagal menyambut sepakan percuma cantik dari Raul Meireles.


Berakhir sudah jelajah Europa League utk Liverpool FC. Hakikatnya LFC telah bermain baik tetapi gagal memanfaatkan peluang terhidang. Selain itu, Carroll nampaknya sudah bersedia utk membentuk gandingan mantap di bahagian serangan sama ada dgn Suarez mahupun Dirk Kuyt.

Sekarang masa utk LFC tumpukan kpd liga EPL..Come on LFC..


-King Kenny nampaknya kene suruh Meireles, Johnson, Maxi, Kuyt hantar banyak2 cross kepada Andy Carroll. Semakin banyak cross sampai ke Andy Carroll, semakin tinggi peluang nk score gol..haha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...