Agger, Jonjo - Kembali Berlatih di Melwood
Liverpool duo, Daniel Agger dan Jonjo Shelvey dilaporkan telah kembali berlatih bersama rakan sepasukan yg lain, sebagai persediaan utk menghadapi SC Braga pada hari khamis ini.
Kedua pemain ini mengalami kecederaan lutut pada Februari lepas, kini dilaporkan semakin pulih dan menjalani latihan ringan di Melwood, sememangnya berita baik utk King Kenny.
Mengikut Kenny Dalglish, pertahanan Denmark Daniel Agger mungkin kembali beraksi dalam pasukan lebih cepat berbanding Jonjo Shelvey.
Walaupun telah semakin pulih, kedua-duanya tidak akan bermain dalam perlawanan Europa League menentang SC Braga.
Dalglish yg memberitahu laman rasmi kelab, "Agger kembali menjalani latihan. Jonjo juga telah kembali berlatih. Tetapi Agger mempunyai peluang lebih cerah utk pulih lebih awal".
Full bek Martin Kelly dan Fabio Aurelio masih lagi tercedera dan mengikut Kenny mereka lambat lagi utk pulih.
-Elok sangat la Agger dah OK. Tak tahan tengok skrtel main..
0 comments:
Post a Comment