Join The Community




Search

Monday, May 9, 2011

Match Report : Fulham 2 - 5 Liverpool ( Magical Max"THREE" Rodriguez)

www.tips-fb.com

Match Report : Fulham 2 - 5 Liverpool ( Magical Max"THREE" Rodriguez)


Liverpool score 5 dlm perlawanan away? Perggh. Perlawanan away terbaik musim nie kerana biasanya kalo menang away pun jaringan 1-0, 2-0.

Permulaan yg cukup baik utk Liverpool dimana pemain berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa hanya 16 minit.

Maxi sekali lagi meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan hat-trick keduanya utk kelab( 7 gol dlm 3 perlawanan).

Dirk Kuyt juga mencatat nama sebagai penjaring apabila sepakannya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Fulham, Schwarzer walaupun jika dilihat previewnya, sepakan Kuyt itu mampu ditepis/ditangkap oleh penjaga gol. Schwarzer mungkin ketika itu tidak menumpukan perhatian, mungkin fikirannya bercelaru memikirkan bagaimana dia boleh melepaskan 3 gol dlm masa 16 minit..hahah

First class performance daripada Luis Suarez dan menjadi nightmare kepada defender2 Fulham.

Bahagian midfield memang mantap. Gandingan Spearing-Lucas sekali lagi menunjukkan keberkesanannya dalam mengawal bahagian tengah padang. Lucas bagi saya hari ini memang mantap. Pass-through serta long pass nya begitu baik.


-Keep up da gud wok  lads..

Match EPL Preview : Fulham vs Liverpool (9/5/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Fulham vs Liverpool  (9/5/2011)


Andy Carroll dijangka akan kembali ke dalam starting line-up Liverpool utk perlawanan away menentang Fulham.

Carroll diletakkan dibangku simpanan pada separuh masa pertama ketika last game menentang ex-kelab Newcastle United. Ini kerana King Kenny sedikit bimbang dgn tahap kecergasan Carroll.. Penyerang England, Carroll telah akhirnya diberi peluang bermain di masa ke-2 dan dia dilihat tidak mengalami apa-apa masalah.




 Bagaimanapun, keputusan akhir terletak di tangan King Kenny sama ada ingin menurunkan Carroll ataupun menurunkan on-form Maxi Rodriguez.

Fabio Aurelio juga dikhabarkan telah kembali cergas begitu juga Milan Jovanovic. Tetapi King Kenny dijangka tidak akan menurunkan Aurelio utk perlawanan ini dan ingin mengekalkan Glen Johnson di bek kiri dan John Flanagan di bek kanan.


Formasi:-
 (4-3-3)


(4-4-2)

Saturday, May 7, 2011

(Video) Jonjo Shelvey Mantap Dlm Perlawanan Vs MU Reserves

www.tips-fb.com

(Video) Jonjo Shelvey Mantap Dlm Perlawanan Vs MU Reserves


Khamis malam di Anfield menyaksikan perlawanan antara LFC Reserves vs MU Reserves yg berkesudahan 2-2.

Gol -gol Liverpool dijaringkan oleh Joe Cole dan Jonjo Shelvey.

Dalam perlawanan ini, Jonjo telah dinobatkan sebagai Man of The Match. Jonjo yg bermain di posisi central midfield menunjukkan persembahan mantap dimana dia mampu mengasak pihak lawan, marking serta long passing range hantarannya boleh dipuji.

Sememangnya pemain muda yg bakal menyinari pasukan 1st team Liverpool pada masa akan datang, menggantikan kapten Steven Gerrard di bahagian midfield.


Video Jonjo Shelvey vs MU :-


(Video) LFC Player of The Month - Dirk "Energizer" Kuyt

www.tips-fb.com

(Video) LFC Player of The Month - Dirk "Energizer" Kuyt


Kuyt memang layak diberi anugerah "Player of The Month" utk bulan April 2011 kerana menunjukkan prestasi mantap. Selain itu, Kuyt boleh juga diberi anugerah sbg "LFC Penalty King".

Ikuti temubual "Player of The Month" bersama Dirk Kuyt :-

Friday, May 6, 2011

Tahniah Spearing - Sign Kontrak Lanjutan Dgn LFC

www.tips-fb.com

Tahniah Spearing - Sign Kontrak Lanjutan Dgn LFC


Liverpool Midfielder, Jay "Budak Jahat" Spearing telah sign kontrak lanjutan utk kekal bersama LFC.

Pemain midfield berusia 22-thn, yg telah membuat 8 penampilan utk first team musim ini telah mengikut jejak langkah Lucas Leiva dan Dirk Kuyt masing-masing telah menandatangani kontrak lanjutan utk kekal di Anfield.

"Jay telah bekerja keras dan telah melakukan tugasnya dengan baik", kata Damien Comolli.

"Komitmen serta work rate yg ditunjukkan oleh Jay begitu baik dan sejak dia bermain dalam first team, saya rasa dia telah banyak improvement".


Apa yang dikata oleh Comolli tue memang betul. Sejak diberi peluang bermain dalam first team, Jay Spearing telah menunjukkan peningkatan yg boleh dibanggakan. Selain mampu mengasak serta tackle lawan, kualiti passing nya telah bertambah baik. Dia juga dilihat tidak takut utk bergerak lebih ke hadapan dan melakukan sepakan volley jarak jauh bila diperlukan utk membantu serangan.

Sejak ketiadaan kapten Steven Gerrard, gandingan Jay Spearing-Lucas yg diguna King Kenny utk mengawal bahagian midfield dilihat begitu berkesan. Bahagian midfield Liverpool dilihat mampu mengekang pergerakan pihak lawan kerana workrate yg ditunjukkan oleh Spearing-Lucas sepanjang perlawanan.




-Tahniah Jay Spearing..Keep up da gud work..

Thursday, May 5, 2011

Ex-LFC, Riise Tidak Nafikan Mungkin Akan Kembali ke Liverpool

www.tips-fb.com

Ex-LFC, Riise Tidak Nafikan Akan Kembali ke Liverpool


Bekas bek kiri Liverpool, John Arne Riise tidak menafikan yang dia mungkin akan kembali ke Anfield.

Riise sekarang akan masuk dalam tahun terakhir kontraknya bersama AS Roma pada June.

Laporan mengatakan Kenny Dalglish mungkin mengambil semula Riise bagi menyelesaikan masalah bek kiri. Riise merupakan antara pemain faveret peminat LFC kerana terkenal dengan sepakan jauh yg kencang, ada pace serta mempunyai teknik overlapping yg baik yg mampu mendatangkan masalah di bahagian kiri kepada pertahanan lawan.

Riise berpindah ke AS Roma bukan kerana mutu permainannya kurang baik, tetapi kerana ketika itu Fabio Aurelio bermain mantap, sepakan free-kick yg baik serta crossing yg tepat. Selain itu Aurelio lebih mendapat tempat di hati Benitez utk posisi bek kiri. Keadaan diburukkan lagi apabila Benitez membeli seorang lagi bek kiri iaitu Andrea Dossena.

Riise ketika ditanya tentang laporan mengaitkannya kembali ke Liverpool berkata "Saya begitu teruja dgn laporan mengaitkan saya kembali ke Liverpool".

"Liverpool sentiasa dekat di hati saya. Ia sebuah kelab yg baik dan saya mempunyai banyak kenangan manis di sana".

LFC Perlu Tawar £20M Utk Mamadou Sakho - Mahalnya

www.tips-fb.com

LFC Perlu Tawar £20M Utk Mamadou Sakho - Sanggup ke Liverpool?



Paris Saint-Germain(PSG) dilaporkan telah meletakkan harga yg tinggi terhadap Arsenal dan Liverpool target, Mamadou Sakho.

Pemain berusia 21-thn ini telah menunjukkan prestasi yg mantap di bahagian pertahanan secara konsisten di kelab PSG sepanjang musim ini.

Liverpool dan Arsenal telah banyak kali dikaitkan dengan Sakho, dan menurut sumber Daily Mail PSG telah memberitahu pihak yg berminat bahawa mereka perlu menawarkan harga sekitar £20M utk mendapatkan khidmat Sakho.

Pemain centre-back France itu telah berada dlm pemerhatian Arsene Wenger dan Damien Comolli sejak beberapa bulan lepas, kedua-dua kelab mungkin akan membuat tawaran pada perpindahan akan datang.


Walaubagaimanapun, harga tinggi yg diletakkan oleh PSG mungkin membuatkan LFC berfikir dua kali utk mendapatkan Sakho pada perpindahan akan datang kerana harga tersebut dianggap terlalu mahal.

Kita semua tahu, mendapatkan pemain centre-back yg mantap antara agenda penting LFC ketika  perpindahan akan datang. Sekiranya harga yg diletakkan oleh PSG tidak dapat dirunding, Comolli & King Kenny mungkin akan mencari target yg lain dan antara nama yg sering disebut ialah Gary Cahill, Simon Kjaer dan Phil Jones.



-Kalo mahal sngt, tukar je target kpd player lain..Kjaer rasenya dlm 10M je,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...