Join The Community




Search

Thursday, May 5, 2011

Ex-LFC, Riise Tidak Nafikan Mungkin Akan Kembali ke Liverpool

www.tips-fb.com

Ex-LFC, Riise Tidak Nafikan Akan Kembali ke Liverpool


Bekas bek kiri Liverpool, John Arne Riise tidak menafikan yang dia mungkin akan kembali ke Anfield.

Riise sekarang akan masuk dalam tahun terakhir kontraknya bersama AS Roma pada June.

Laporan mengatakan Kenny Dalglish mungkin mengambil semula Riise bagi menyelesaikan masalah bek kiri. Riise merupakan antara pemain faveret peminat LFC kerana terkenal dengan sepakan jauh yg kencang, ada pace serta mempunyai teknik overlapping yg baik yg mampu mendatangkan masalah di bahagian kiri kepada pertahanan lawan.

Riise berpindah ke AS Roma bukan kerana mutu permainannya kurang baik, tetapi kerana ketika itu Fabio Aurelio bermain mantap, sepakan free-kick yg baik serta crossing yg tepat. Selain itu Aurelio lebih mendapat tempat di hati Benitez utk posisi bek kiri. Keadaan diburukkan lagi apabila Benitez membeli seorang lagi bek kiri iaitu Andrea Dossena.

Riise ketika ditanya tentang laporan mengaitkannya kembali ke Liverpool berkata "Saya begitu teruja dgn laporan mengaitkan saya kembali ke Liverpool".

"Liverpool sentiasa dekat di hati saya. Ia sebuah kelab yg baik dan saya mempunyai banyak kenangan manis di sana".

LFC Perlu Tawar £20M Utk Mamadou Sakho - Mahalnya

www.tips-fb.com

LFC Perlu Tawar £20M Utk Mamadou Sakho - Sanggup ke Liverpool?



Paris Saint-Germain(PSG) dilaporkan telah meletakkan harga yg tinggi terhadap Arsenal dan Liverpool target, Mamadou Sakho.

Pemain berusia 21-thn ini telah menunjukkan prestasi yg mantap di bahagian pertahanan secara konsisten di kelab PSG sepanjang musim ini.

Liverpool dan Arsenal telah banyak kali dikaitkan dengan Sakho, dan menurut sumber Daily Mail PSG telah memberitahu pihak yg berminat bahawa mereka perlu menawarkan harga sekitar £20M utk mendapatkan khidmat Sakho.

Pemain centre-back France itu telah berada dlm pemerhatian Arsene Wenger dan Damien Comolli sejak beberapa bulan lepas, kedua-dua kelab mungkin akan membuat tawaran pada perpindahan akan datang.


Walaubagaimanapun, harga tinggi yg diletakkan oleh PSG mungkin membuatkan LFC berfikir dua kali utk mendapatkan Sakho pada perpindahan akan datang kerana harga tersebut dianggap terlalu mahal.

Kita semua tahu, mendapatkan pemain centre-back yg mantap antara agenda penting LFC ketika  perpindahan akan datang. Sekiranya harga yg diletakkan oleh PSG tidak dapat dirunding, Comolli & King Kenny mungkin akan mencari target yg lain dan antara nama yg sering disebut ialah Gary Cahill, Simon Kjaer dan Phil Jones.



-Kalo mahal sngt, tukar je target kpd player lain..Kjaer rasenya dlm 10M je,

Wednesday, May 4, 2011

Liverpool Mungkin Terlepas Gary Cahill ke tangan Man. City

www.tips-fb.com

Liverpool Mungkin Terlepas Gary Cahill ke tangan Man. City


Liverpool mungkin terlepas peluang utk membawa in-form defender Gary Cahill ke Anfield kepada kelab Manchester City.

Ini kerana Mancini diberitakan sedia utk menawarkan Craig Bellamy dan Dedryck Boyata kepada Bolton Wanderers utk mendapatkan khidmat Gary Cahill. Mancini memang tahu yang Trotters Bos, Owen Coyle sememangnya berminat utk mendapatkan Bellamy dan Boyata dan "swap deal" yg ditawarkan oleh Mancini mungkin sukar utk ditolak oleh Owen Coyle.

Sumber mengatakan "player exchange deal" yg dibuat oleh Mancini sudah cukup utk mendapatkan Cahill, seterusnya menutup peluang utk Liverpool & Tottenham mendapatkan pemain pada perpindahan akan datang.

Owen Coyle memang menjangkakan yg Cahill akan berpindah ke kelab lain musim depan, dan Man. City mungkin destinasi yg ideal kerana dikhabarkan Cahill ingin bermain utk pasukan Champion League musim depan.

Selain Bellamy dan Boyata, Mancini juga gembira utk memberikan Shaun Wright-Phillips kepada Bolton. SWP juga antara salah satu pemain yg Coyle minat utk mendapatkannya pada musim perpindahan lepas tetapi Man City tidak menyetujuinya. Ketika itu Man City kekurangan pemain winger kerana Adam Johnson tercedera.


-Adesss...xpe xpe..khabarnya King Kenny tengah usha Phil Jones..defender muda berbakat.

Ex-Liverpool Sami Hyypia Bersara Pada Usia 37-Tahun

www.tips-fb.com

Ex-Liverpool Sami Hyypia Bersara Pada Usia 37-Tahun

Bekas kapten Liverpool, Sami Hyypia telah mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak pada usia 37-tahun.

Hyypia, mungkin center-back yg terbaik pernah Liverpool ada selain Jamie Carragher, telah berkihdmat utk LFC selama lebih sedekad sebelum membuat keputusan utk berpindah ke kelab German, Bayer Leverkusen.

Selama berada di Anfield, Hyypia adalah sebahagian daripada pemain yg menang kejuaraan treble  bersejarah FA Cup, League Cup dan Uefa Cup pada tahun 2001, dan juga Champion League di Istanbul pada 2005.

Hyypia
akan bersara di akhir musim ini dan akan mengambil lesen kejurulatihan bersama Bayer Leverkusen dan juga akan menimba pengalaman kejurulatihan bersama skuad kebangsaan Finland.


Semoga lepas dapat lesen nanti, jgn lupa bg ilmu utk defender muda kt Anfield..


Sami Hyypia Farewell - Last Game Hyypia Bersama LFC

Sunday, May 1, 2011

Match Report : Liverpool 3-0 Newcastle United (Yeahh Tempat ke-5)

www.tips-fb.com

 Match Report : Liverpool 3-0 Newcastle United (Comfortable Victory)

 3-0? Huhu, kita boleh kata "a very comfortable victory". Tidak dapat disangkal lagi, King Kenny telah kembali membawa penyatuan di dalam kelab Liverpool dimana para pemain telah menunjukkannya di atas padang. Para pemain dilihat bermain begitu baik dan pergerakan bola di antara pemain tampak begitu lancar. Tidak hairanlah penyokong kelab lain telah mula berasa risau kerana  kelab kesayangan kita telah benar2 berubah sejak diambilalih oleh King Kenny, bukannya kelab seperti ketika di bwh kendalian Pak Cik Roy.

Dari bottom 3 EPL kepada top 5 EPL sejak pelantikan sementara King Kenny sbg pengurus pada Januari lepas.Dan kita adalah satu-satunya kelab yg telah menjaringkan gol utk setiap perlawanan utk tahun 2011 nie dlm liga EPL.

Carroll dibangku simpanan.Glen Johnson kembali ke dlm skuad dan mengisis posisi bek kiri yg sebelum ini diberi peluang kpd Jack Robinson.Maxi sekali lagi diberi peluang selepas persembahan mantap vs Birmingham minggu lepas.

The Reds hanya memerlukan 10 minit utk memecah benteng pertahanan Newcastle United melalui hantaran silang pemain muda, John Flanagan. Gol pertama hasil jaringan hero hat-trick minggu lepas, Maxi Rodriguez.

Sementara itu, gandingan Lucas dan Spearing di bahagian midfield sekali lagi menunjukkan persembahan mantap, mengawal bahagian tengah dgn baik.


Gol ke-2 adalah hasil sepakan penalti oleh Dirk Kuyt. Penalti dihadiahkan kpd Liverpool berpunca asakan pertahanan Newcastle ke atas Luis Suarez. Keputusan penalti boleh dikatakan 50/50 dan keputusan dari pengadil adalah muktamad.


Suarez akhirnya berjaya mencatat nama sbg penjaring gol ke-3. Bola hantaran Suarez tertampan pertahanan Newcastle United dan menuju ke arah Kuyt. Kuyt terus melorong bola ke arah tempat kosong di mana Suarez telah berlari menuju ke tempat tersebut seterusnya menjaringkan gol ke-3 Liverpool.

Andy Carroll, Jonjo Shelvey and Joe Cole
dimasukkan pada masa kedua, menggantikan Maxi, John Flanagan dan Luis Suarez. Walaubagaimanapun, score 3-0 tetap tidak berubah sehingga wisel penamat.

Dapat clean sheet, dapat 3 mata dan dapat naik ke tempat ke-5 EPL.

Friday, April 29, 2011

Match EPL Preview : Liverpool vs Newcastle (30/4/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview Week 35 : Liverpool vs Newcastle  (30/4/2011)


King Kenny dan seluruh peminat Liverpool tentunya mahukan penyerang no.9 Hadi Khairul aka Andy Carroll cergas agar dia dapat kembali ke dalam skuad utk menentang bekas pasukan lamanya, Newcastle United FC.

Carroll tidak beraksi ketika LFC menang bergaya 5-0 ke atas Birmingham City minggu lepas ekoran kecederaan lutut yg dialaminya. Sama ada dia cukup cergas utk menghadapi kelab lamanya akan ditentukan oleh pasukan medical di Melwood.

Sekiranya diturunkan, formasi yg akan diguna mungkin 4-3-3 di mana Carroll bergandingan dgn Suarez dan Dirk Kuyt ataupun 4-4-2. Hero hat-trick LFC utk minggu lepas, Maxi akan kembali ke bangku simpanan.

Jika didapati Carroll tidak cergas sepenuhnya, King Kenny sudah tentu akan menggunakan formasi yg menghadiahkan LFC 5 gol pd minggu lepas, iaitu formasi diamond 4-3-1-2.

Pemain muda Flanagan dan Jack Robinson dijangka akan sekali lagi diberi peluang utk mengisi posisi bek kiri dan kanan kerana pemain utama Glen Johnson dan Fabio Aurelio masih lagi injured. Walau bagaimanapun, Glen dilihat sudah kembali berlatih bersama skuad utama LFC.



Formasi vs Newcastle:-

(Formasi 4-3-3)
 

(Formasi 4-4-2)
 

(Formasi 4-3-1-2 Diamond)

-Xkiralah formasi apapun guna, yang penting bg persembahan yg mantap..Kali nie nak tengok Suarez score plak.

Wednesday, April 27, 2011

Mana Satu Pilihan Center-Back LFC Musim Depan?

www.tips-fb.com

Mana Satu Pilihan Center-Back LFC Musim Depan?

Liverpool akan berbelanja pada musim perpindahan akan datang dan salah satu posisi yg perlu diperkuatkan adalah posisi center-back(CB). Buat masa ini, LFC hanya ada Daniel Agger, Martin Skrtel, Jamie Carragher, Sotirios Kyrgiakos serta pemain muda Danny Wilson.

Agger walaupun bagus tetapi sering dihantui kecederaan. Carragher memang berpengalaman dalam membaca pergerakan pihak lawan tetapi dia sudah tua dan tidak mungkin dapat bermain utk setiap perlawanan musim depan. Kyrgiakos pula handal dalam menangkis serangan udara tetapi kerap melakukan kesilapan, terutama ketika berdepan dengan penyerang yg mempunyai pace dan dribbling skill yg baik. Skrtel seorang pemain yg baik tetapi ada masanya dia juga tidak berapa konsisten.

Kyrgiakos mungkin akan dijual musim depan dan akan digantikan dengan pemain muda yg lebih mantap utk bergandingan dengan pemain sedia ada.

Antara pemain CB terkini yang dikaitkan dgn perpindahan ke Liverpool FC musim depan adalah :

Gary Cahill

Mamadou Sakho

Per Mertesacker

Scott Dann
 
Simon Kjaer

Phil Jones




-King Kenny & Comolli tengah scouting Phil Jones mase perlawanan Balckburn vs Man City. Man United pn khabarnya berminat dgn Phil Jones..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...