Join The Community




Search

Monday, March 21, 2011

Match Report : Sunderland 0-2 LFC (Gol Jaringan Kuyt & Suarez)

www.tips-fb.com

Match Report : Sunderland 0-2 LFC (Gol Jaringan Kuyt & Suarez)



Liverpool FC nampaknya dapat mengatasi kesedihan terkeluar dari Europa League dengan kemenangan away selesa di Stadium of Light dan mendapat 3 mata penting bagi mengejar posisi ke-5 liga EPL.

Gol datangnya dari Dirk Kuyt pada masa pertama, menerusi sepakan penalti selepas Jay Spearing dijatuhkan berdekatan kotak penalti. Keputusan yg dibuat pengadil, menghadiahkan penalti adalah salah kerana ulang-tayang menunjukkan foul ke atas Spearing adalah di luar kotak. Tetapi macam mana pun keputusan pengadil adalah muktamad dan sudah semestinya gol bonus utk Liverpool.
(Padan muka Sunderland. Dulu pasal bola pantai la kita kalah dan pengadil boleh pulak bagi gol. Sekarang pengadil berpihak kpd kita.)


 Gol ke-2 pada separuh masa kedua. Luis Suarez sekali lagi membuktikan yang dia adalah penyerang yg berkualiti dimana penyerang Uruguay itu merembat masuk bola menerusi sudut yg sukar.

The Black Cats terpaksa bermain 10 orang pada minit-minit akhir selepas John Mensah menjatuhkan Suarez. Free kick yang diambil oleh Suarez hampir-hampir memberi gol ke-3 utk Liverpool.

Keputusan sepenuh masa, Sunderland 0-2 LFC. Keputusan ini menyaksikan Liverpool telah merapatkan jurang kepada Spurs di tempat ke-5, dengan perbezaan hanya 4 mata.


-Carroll hampir2 score gol. Tapi Carroll main dah mantap dah bergandingan dgn Suarez...

Sunday, March 20, 2011

Match EPL Preview : Sunderland vs LFC (20/3/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Sunderland vs LFC (20/3/2011)



Harap kesedihan skuad LFC tersingkir dari Europa League tidak berpanjangan. King Kenny dan pembantunya perlu memberi semangat kepada pasukan bimbingannya supaya teruskan perjuangan dalam EPL utk memburu tempat ke-5. 3 mata utk perlawanan ini adalah amat penting sekiranya mahu melihat impian utk mencapai tempat ke-5 terus hidup.



Berita LFC Sebelum Match
Daniel Agger dan Luis Suarez dijangka akan kembali dalam kesebelasan utama LFC.

Kehadiran Suarez ke dalam skuad harapnya dapat memberi kelebihan kpd LFC kerana dia mempunyai pace, gerakan licik serta kreatif.  Ini adalah faktor2 yg LFC tiada ketika melawan SC Braga pada Khamis lepas. Suarez telah kembali dlm pasukan, dan dengan kreativitinya kita mungkin berpeluang cerah utk menang.

Steven Gerrard, Jonjo, Kelly dan Fabio Aurelio tiada dalam skuad kerana masih lagi dalam proses pemulihan. Gerrard dan Jonjo dilihat telah kembali menjalani latihan ringan.

King Kenny mungkin tidak akan menurunkan Andy Carroll pada masa pertama. Ini kerana King Kenny perlu berhati-hati agar Carroll tidak tercedera lagi kerana dia baru sahaja bermain pada Khamis lepas. Bermain 2 perlawanan 90 minit dalam 3 hari mungkin terlalu berisiko utk Carroll yg baru sahaja pulih.


Formasi( Sekiranya Carroll diturunkan ) :-

( Formasi 4-4-2 )


( Formasi 4-3-3 / 4-2-3-1 )


- Kamon LFC..lupakan yg lepas, tumpukan perhatian utk lawan Sunderland..Harap2 xder lagi bola pantai yg berada di tengah padang..

Thursday, March 17, 2011

Match Report : LFC 0-0 SC Braga ( The Reds Tersingkir )

www.tips-fb.com

Match Report : LFC 0-0 SC Braga ( The Reds Tersingkir )


LFC tersingkir dari Europa League kerana gagal memanfaatkan peluang bermain di Anfield, hanya sekadar mampu seri 0-0 dgn SC Braga. Braga menang dengan secara aggregate 1-0.


Liverpool menggunakan formasi 4-4-2 utk perlawanan ini. Gle Johnson-Carra-Skrtel-Wilson di bahagian pertahanan, Joe Cole-Lucas-Meireles-Maxi di bahagian tengah dan Andy Carroll bergandingan dgn Kuyt di bahagian depan.

LFC bermain agak baik di babak masa pertama. Johnson dan Danny Wilson beberapa kali cuba naik ke atas membantu serangan. Andy Carroll sebagai target man dilihat banyak memberi ancaman kepada Braga di mana Carroll dilihat banyak mendapat bola menerusi header terutama ketika hantaran tinggi dilakukan.

Carroll mencipta peluang kpd Joe Cole pada minit ke-8 utk menyumbat gol tetapi sepakan Cole berjaya diselamatkan penjaga gawang Braga.

Liverpool sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti kerana Carroll telah ditolak dlm kotak penalti. Tetapi pengadil nampaknya agak bangang hari ini tidak mengendahkan tolakan itu, sebaliknya menyalahkan Carroll kerana foul.

15 minit terakhir Liverpool FC melakukan pertukaran. Jay Spearing menggantikan Maxi dan Ngog masuk menggantikan Joe Cole. Liverpool dilihat bermain secara ball possesion dan kita dapat lihat pada 10 minit terakhir LFC telah berjaya mencipta sebanyak 2 atau 3 peluang utk menjaringkan gol.

Pertama, header dari Carroll hasil sepakan sudut Raul Meireles. Kedua, hantaran Carragher disambut Skrtel dan sepakannya dihadang oleh penjaga gawang. Peluang ketiga datang ketika masa tambahan di mana Ngog dilihat gagal menyambut sepakan percuma cantik dari Raul Meireles.


Berakhir sudah jelajah Europa League utk Liverpool FC. Hakikatnya LFC telah bermain baik tetapi gagal memanfaatkan peluang terhidang. Selain itu, Carroll nampaknya sudah bersedia utk membentuk gandingan mantap di bahagian serangan sama ada dgn Suarez mahupun Dirk Kuyt.

Sekarang masa utk LFC tumpukan kpd liga EPL..Come on LFC..


-King Kenny nampaknya kene suruh Meireles, Johnson, Maxi, Kuyt hantar banyak2 cross kepada Andy Carroll. Semakin banyak cross sampai ke Andy Carroll, semakin tinggi peluang nk score gol..haha

Match Preview : LFC vs SC Braga (Europa League - 2nd Leg)

www.tips-fb.com

Match Preview : LFC vs SC Braga (Europa League - 2nd Leg)


Liverpool FC
menanti kunjungan SC Braga ke Anfield pagi ini. Perlawanan ini penting kerana LFC perlu menang utk melangkah ke pusingan sepenuhnya dalam Europa League.

Pasukan bimbingan King Kenny kalah 1-0 kepada Braga pada perlawanan pertama, dan hanya kemenangan pada malam ini yg membolehkan mereka mara ke pusingan seterusnya. Oleh itu LFC perlu meningkatkan mutu permainan utk mengatasi Braga pagi ini, dan LFC juga turun tanpa kelibat Kapten fantastic, Steven Gerrard yg baru sahaja menjalani operation.

Daniel Agger kembali berlatih dan dijangka akan bermain utk perlawanan ini. Tetapi Jonjo, Kelly dan Aurelio masih lagi belum pulih.

Luis Suarez tidak dapat beraksi, dan kemungkinan Dirk Kuyt akan bermain di bahagian hadapan sebagai lone striker.

Andy Carroll dijangka berada di bangku simpanan dan King Kenny tidak mahu terburu-buru memberikan Carroll perlawanan 90 minit kerana dia masih dalam proses mendapatkan kembali kecergasannya dlm perlawanan.


Formasi 4-2-3-1 :-




-Jangan la Poulsen main..kalo dia main pn, mcm xder jer..Kita perlu menang game nie..

Wednesday, March 16, 2011

Liverpool Target Nolito Ingin Tinggalkan Barcelona Akhir Musim Ini

www.tips-fb.com

Liverpool Target Nolito Ingin Tinggalkan Barcelona Akhir Musim Ini


Liverpool target penyerang Nolito, dikhabarkan akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini.

Pemain berusia 24-tahun dikatakan hanya mempunyai peluang yg sedikit utk membuat penampilan di first team, hanya 2 kali bermain utk first team di bawah kendalian Pep Guardiola. Liverpool FC dilaporkan berminat utk membawa pemain ini ke England.

Nolito bermain mantap di pasukan Barca B, di mana telah menjaringkan 13 gol utk pasukan pada musim ini dlm Spanish Segunda.

Club vice president Josep Maria Bartomeu telah melakukan beberapa usaha utk mengelak dari Nolito berpindah, tetapi mengaku kemungkinan yg Nolito akan berpindah akan terjadi selepas gagal memenuhi beberapa syarat & terma yg ditetapkan oleh pemain itu.

"Kami telah menawarkannya lanjutan kontrak tetapi dia tidak menerimanya".


Liverpool telah banyak kali memantau aksi pemain ini dan berminat utk mendapatkan khidmatnya pada perpindahan akan datang.

Kenny Dalglish walaupun telah berbelanja besar pada perpindahan lepas, membawa masuk penyerang Andy Carroll dan Luis Suarez ( total £55M ), masih berhasrat utk membawa seorang lagi penyerang  bagi memantapkan barisan hadapan skuad Liverpool FC pada musim 2011/12.

NESV dijangka akan menyokong keputusan Kenny dan akan menyediakan dana yg secukupnya utk Kenny utk perpindahan akan datang.


-Hrmm..kenapa King Kenny xberikan sahaja peluang kpd Dani Pacheco utk beraksi first-team. Rasanya Pacheco pn bagus..Skali Pacheco yg blah sebab xdapat peluang beraksi..

Antara Pemain Dari Ligue 1 Yg Dikaitkan Dgn Liverpool

www.tips-fb.com

Antara Pemain Dari Ligue 1 Yg Dikaitkan Dgn Liverpool

Semenjak pelantikan Damien Comolli di LFC, kebanyakan pemain yg dipantau dan disenarai pendek adalah pemain dari Ligue 1 Perancis. Tidak dapat dinafikan pemain muda Perancis memang berbakat dan berpotensi utk muncul sebagai pemain bintang di masa akan datang.

Ini adalah antara pemain-pemain yg dikaitkan dgn perpindahan ke Liverpool pada perpindahan akan datang :-








Juventus Tak Mahu Sign Aquilani Secara Kekal

www.tips-fb.com

Juventus Tak Mahu Sign Aquilani Secara Kekal


Laporan di Italy mengatakan Juventus telah memutuskan utk tidak mahu sign Alberto Aquilani secara kekal, sebaliknya akan menghantarnya balik ke Liverpool di akhir musim.

Pemain midfielder kreatif, Aquilani dipinjamkan ke Juve sewaktu zaman Roy Hodgson dan telah menunjukkan mutu permainan yg baik di sana. Tetapi Juve menganggap €15m price-tag adalah terlalu tinggi. Selain itu, Juve juga dilaporkan mengalami kerugian dan mungkin tidak mempunyai dana mencukupi.

Berdasarkan SkySport Italia, Juve directors telah membuat keputusan yang mereka tidak akan sign Aquilani, kecuali harga perpindahan Aquilani diturunkan.

Sekiranya Aquilani dihantar balik ke Anfield, keadaan itu dijangka tidak kekal lama. Ini kerana rumor mengatakan AC Milan  berminat utk mendapatkan khidmat Aquilani, sebai pengganti Andrea Pirlo yang dikaitkan akan berpindah ke Juventus.


-Aquilani dah sihat spt sediakala. Baik jangan jual. Buat backup utk Gerrard yg dah selalu injured skrang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...