Join The Community




Search

Sunday, March 6, 2011

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester United (6/3/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester United (6/3/2011)



Hari yang ditunggu oleh peminat telah tiba, perlawanan epik Liverpool vs Manchester United. 2 perlawanan terakhir di Anfield, menyaksikan Liverpool berjaya mengalahkan musuh ketat United, di mana Nemanja Vidic telah 2 kali diarah keluar padang kerana kad merah.Terima kasih kpd Torres.

Tetapi kita tidak perlu lagi Torres utk menghalau Vidic keluar dari padang kerana Vidic mahupun Ferdinand kedua-duanya tidak akan bermain utk perlawanan ini. Vidic kerana kad merah ketika pertemuan dgn Chelsea dan Ferdinand masih lg tercedera.Ketiadaan Vidic & Ferdinand mungkin memberi sedikit kelebihan kepada kita kerana pertahanan tengah Manchester mungkin diisi oleh Chris Smalling & Brown.

Adakah Carroll akan diturunkan utk bergandingan dgn Suarez? Mungkin. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga King Kenny mungkin hanya menurunkan Carroll utk masa ke-2 sahaja.Kemasukan Carroll saya lihat akan menambahkan lagi kemungkinan utk Liverpool menjaringkan gol lebih dari 1 kerana Carroll dapat menambah ancaman di udara ke atas United.

King Kenny mungkin akan menggunakan formasi 3-5-2 ataupun formasi asal 4-2-3-1.Sekiranya formasi 3-5-2 digunakan, bagi defend Agger adalah calon sesuai bergandingan Carragher dan Soto.Saya kurang yakin dgn Skrtel dan perlawanan kebelakangan ini menyaksikan Skrtel mempamerkan mutu permainan yg tidak memuaskan & sedikit kelam kabut ketika bertahan.



 
Formasi 3-5-2:


Formasi 4-3-2-1:






-Khabarnya Gerrard injured dlm sesi latihan..xtahu ler boleh diturunkan ke x..

Thursday, March 3, 2011

Liverpool Calon Feveret Utk Dapatkan Moussa Sissoko

www.tips-fb.com

Liverpool Calon Feveret Utk Dapatkan Moussa Sissoko


Liverpool, Manchester United dan Tottenham Spurs adalah antara kelab yang berminat utk mendapatkan pemain muda berprofail tinggi, Moussa Sissoko yg sekarang sedang bermain utk kelab Toulouse di Perancis. Namun mengikut laporan, Liverpool adalah calon feveret utk mendapatkan pemain ini.

Sissoko, 21-tahun telahpun dipantau oleh beberapa kelab elit EPL sejak beberapa musim kebelakangan ini dan hampir menyertai Spurs pada perpindahan terdahulu ketika Comolli masih di sana, tetapi Spurs tidak menyetujui harga bayaran ke atas pemain itu.

Sissoko difahamkan lebih berminat utk berpindah ke Anfield daripada kelab-kelab lain. Dia juga telah menyatakan telah dihubungi oleh beberapa kelab EPL terutamanya Liverpool.

Moussa Sissoko adalah seorang pemain box-to-box midfielder, berupaya utk bermain sama ada sebagai "holding midfielder" ataupun "attacker". Sissoko digambarkan sebagai "pemain tengah serba boleh" kerana keupayaan dribbling, tackle etc. Caranya bermain serta keupayaan kerap dibandingkan dengan Mahamadou Diarra dan bekas pemain antarabangsa Perancis Patrick Vieira.

Dianggarkan bernilai £10million.


-Hrmm. Nampak mcm prospek yg bagus utk  masa depan Liverpool.

Comolli Mahu Bintang Barca Bojan Krkic di Anfield

www.tips-fb.com

Comolli Mahu Bintang Barca Bojan Krkic di Anfield


Rumor hari ini berkenaan Bojan Krkic. Surat khabar di Sepanyol melaporkan yang Liverpool Director of Football Strategy, Damien Comolli begitu berminat utk membawa penyerang muda Barcelona, Bojan Krkic ke Anfield pada musim perpindahan akan datang.

Berdasarkan laporan, Comolli telah menjadikan pemain berusia 20-tahun itu antara target utama dan juga dimaklumkan bintang muda Barca itu juga berminat dgn idea utk berpindah ke Anfield.

Bojan dikhabarkan tidak sanggup lagi selalu ditinggalkan di bangku simpanan di Nou Camp dan menyebabkannya kurang peluang aksi "first team". Dia sanggup mempertimbangkan idea utk berpindah dari Sepanyol pada perpindahan akan datang supaya mendapat peluang bermain dlm kesebelasan utama dgn lebih kerap.


- Bagus la. Mungkin akan menjadi gandingan penyerang Liverpool di masa depan bersama dgn Dani Pacheco.

Wednesday, March 2, 2011

Andy Carroll Sudah Bersedia Gempur Kubu Man. United

www.tips-fb.com

Andy Carroll Sudah Bersedia Gempur Kubu Man. United


Yeahh...Berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat Liverpool seluruh dunia. Andy Carroll, no. 9 telah membuktikan kepada jurulatih Liverpool bahawa dia sudah pulih sepenuhnya


The Mirror berkata Carroll telah bersedia utk melakukan Liverpool debutnya di Anfield pada minggu ini

Pemain yg paling mahal dalam sejarah British itu berkemungkinan besar akan bermain menentang seteru utama Liverpool, Manchester United FC selepas melakukan sesi latihan intensif kelmarin.

Carroll dilaporkan telah kembali menyertai pemain Liverpool yg lain utk sesi latihan di Melwood dan King Kenny juga sempat mengadakan perlawanan singkat selepas itu. Selepas terlibat dalam perlawanan singkat, Carroll menyatakan pehanya tidak merasa sakit dan kelihatan tiada masalah.

Perlawanan itu mungkin antara persiapan yg disediakan Kin Kenny bg menghadapi Manchester United kerana dlm perlawanan itu menyaksikan Kenny menggandingkan Luis Suarez dgn Carroll di bahagian serangan.



-Sekarang terpulang kpd King Kenny sama ada nk bg Carroll main 90 minit penuh atau main utk masa ke-2. Vidic & Ferdinand xde kat tengah, peluang terbaik utk Carroll buat gol.

Udinese Memantau Situasi Christian Poulsen di Liverpool

www.tips-fb.com

Udinese Memantau Situasi Christian Poulsen di Liverpool


Kelad Seria A, Udinese dilaporkan sedang memantau situasi terkini pemain midfield Liverpool, Christian Poulsen dan dikhabarkan berminat utk membeli pemain ini pada musim perpindahan akan datang.

Mengikut laporan, situasi pemain berusia 31-tahun ini dipantau Udinese kerana mereka menganggap Poulsen sebagai calon pengganti yg sesuai kepada Gokhan Inler, yg mungkin akan berpindah ke kelab Napoli pada perpindahan akan datang.

Pemain antarabangsa Denmark ini telah menyatakan yng dia akan mempertimbangkan pilihannya di akhir musim ini sama ada ingin berpindah atau tidak. Dia juga menyatakan yg dia sekarang gembira berada di Anfield walaupun kurang bermain sejak King Kenny mengambil alih tugas.

Udinese dikatakan bersedia utk menawarkan £3 million utk pemain ini. Kontraknya bersama The Reds akan tamat pada June 2013.

Poulsen menyertai Liverpool dari Juventus, dibeli £4.5M semasa Pak Cik Roy menjadi pengurus Liverpool.

-Pak Cik Roy dh jadi manager WBA sekarang. Xnak beli ke Poulsen utk WBA Pak Cik Roy?



Tuesday, March 1, 2011

Rumor : Liverpool Mahukan Brazilian Left-Back Michel Bastos?

www.tips-fb.com

Rumor : Liverpool Mahukan Brazilian Left-Back Michel Bastos?


Khabar angin mengatakan Liverpool berminat membawa pemain sayap Lyon, Michel Bastos ke Anfield bagi mengisi posisi bek kiri yg bermasalah sehingga sekarang.

Berdasarkan laporan di France, pihak pengurusan Liverpool telah mengenal pasti Michel Bastos, 27 sebagai salah satu target utama pada musim perpindahan akan datang. Bastos mempunyai attacking mentaliti, mampu utk bermain sama ada sebagai bek kiri mahupun sayap kiri dan telah menyumbat 7 gol utk Lyon pada musim ini.

Pemain antarabangsa Brazil itu berhijrah ke Olympique Lyon pada 2009 dgn harga €18 million dan Lyon dijangka akan meminta harga yg sama sekiranya ingin mendapatkan khidmat Bastos.

Liverpool bakal berdepan halangan utk mendapatkan Bastos kerana Real Madrid dan Juventus juga dikhabarkan berminat terhadap pemain versetail ini.Real Madrid mungkin akan membeli Bastos sekiranya mereka gagal mendapatkan pertahanan Benfica, Fabio Coentrao pada perpindahan akan datang.

Martin Kelly Out Selama Sebulan

www.tips-fb.com

Martin Kelly Out Selama Sebulan
Pertahanan Liverpool, Martin Kelly akan berehat selama sebulan ekoran kecederaan yg dialami ketika Liverpool kalah 3-1 di tangan West Ham United.

Pemain yang berusia 20-tahun telah menjadi pilihan King Kenny sebagai bek kanan utama sejak beliau mengambil alih tugas sbg pengurus Liverpool. Ia adalah satu kehilangan besar kepada kelab Liverpool kerana Kelly telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan dan mampu mencabar Glen Johnson utk posisi bek kanan pd masa akan datang.

Ketua perubatan LFC, Dr Peter Brukner telah mengesahkan Kelly akan berehat selama 4 minggu, selepas memeriksa kecederaannya dgn lebih lanjut di Melwood.

Kelly akan terlepas peluang utk beraksi beberapa perlawanan penting, bermula dgn Manchester United pada hari Ahad, dan kedua-dua perlawanan Europa League melawan Braga SC dan juga melawan Suderland.

-Kelly injured, Glen Johnson akan main bek kanan balik. Siapa akan jadi bek kiri? Aurelio dah sihat ke? Ke nak bg kat Wilson?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...