Join The Community




Search

Wednesday, March 2, 2011

Udinese Memantau Situasi Christian Poulsen di Liverpool

www.tips-fb.com

Udinese Memantau Situasi Christian Poulsen di Liverpool


Kelad Seria A, Udinese dilaporkan sedang memantau situasi terkini pemain midfield Liverpool, Christian Poulsen dan dikhabarkan berminat utk membeli pemain ini pada musim perpindahan akan datang.

Mengikut laporan, situasi pemain berusia 31-tahun ini dipantau Udinese kerana mereka menganggap Poulsen sebagai calon pengganti yg sesuai kepada Gokhan Inler, yg mungkin akan berpindah ke kelab Napoli pada perpindahan akan datang.

Pemain antarabangsa Denmark ini telah menyatakan yng dia akan mempertimbangkan pilihannya di akhir musim ini sama ada ingin berpindah atau tidak. Dia juga menyatakan yg dia sekarang gembira berada di Anfield walaupun kurang bermain sejak King Kenny mengambil alih tugas.

Udinese dikatakan bersedia utk menawarkan £3 million utk pemain ini. Kontraknya bersama The Reds akan tamat pada June 2013.

Poulsen menyertai Liverpool dari Juventus, dibeli £4.5M semasa Pak Cik Roy menjadi pengurus Liverpool.

-Pak Cik Roy dh jadi manager WBA sekarang. Xnak beli ke Poulsen utk WBA Pak Cik Roy?



1 comments:

bagusla kalo udinese nk beli..
kenny kene clearkan pemain2 yg jarang dipakai/ x seswai yg cara liverpool main...kalo x mcm mana player baru nk masuk...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...