Join The Community




Search

Tuesday, March 1, 2011

Martin Kelly Out Selama Sebulan

www.tips-fb.com

Martin Kelly Out Selama Sebulan

Pertahanan Liverpool, Martin Kelly akan berehat selama sebulan ekoran kecederaan yg dialami ketika Liverpool kalah 3-1 di tangan West Ham United.

Pemain yang berusia 20-tahun telah menjadi pilihan King Kenny sebagai bek kanan utama sejak beliau mengambil alih tugas sbg pengurus Liverpool. Ia adalah satu kehilangan besar kepada kelab Liverpool kerana Kelly telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan dan mampu mencabar Glen Johnson utk posisi bek kanan pd masa akan datang.

Ketua perubatan LFC, Dr Peter Brukner telah mengesahkan Kelly akan berehat selama 4 minggu, selepas memeriksa kecederaannya dgn lebih lanjut di Melwood.

Kelly akan terlepas peluang utk beraksi beberapa perlawanan penting, bermula dgn Manchester United pada hari Ahad, dan kedua-dua perlawanan Europa League melawan Braga SC dan juga melawan Suderland.

-Kelly injured, Glen Johnson akan main bek kanan balik. Siapa akan jadi bek kiri? Aurelio dah sihat ke? Ke nak bg kat Wilson?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...