Join The Community




Search

Sunday, November 25, 2012

Pre - Swansealona VS Liverpool FC

www.tips-fb.com

Pre - Swansea VS Liverpool


Sejak Swansea City dinaikkan ke liga EPL, Liverpool masih lagi belum mampu mengalahkan team nie walaupun sekali. Swansea City dah 2 kali menang ngan Liverpool, satu lagi keputusan seri. Tue menunjukkan
betapa kuat & konsistennya team angsa nih. Tambah plak cara permainan yg dibawa oleh Swansea nie memang boleh dibanggakan, kononnya digelar Swanselona.

So, agak-agak formation mana yg bagus nak lawan team nie?
4-3-3 or 3-5-2?

--------------PEPE REINA--------------
GLEN--SKRTEL--AGGER--ENRIQUE
---------GERRARD--ALLEN----------
--------------JONJO-------------------
SUSO----LUIS SUAREZ----STERLING


-----------------PEPE REINA--------------
--------WISDOM-SKRTEL-AGGER------
GLEN-GERRARD-JONJO-ALLEN-ENRIQUE
---------STERLING---SUAREZ----------

Personally, aku suka formasi 3-5-2 utk game lawan Swansea. Tengok dulu macam mana 1st half, pastu 2nd half boleh la tukar formasi kalo x cun main.

Walaupun Swansea main lawa, tapi pasukan kita pun apa kurangnya. Aku rasa makin lama cara permainan kita dah makin matang dan serasi. Tak mustahil pasukan kita boleh menang utk game nih.


-pokdin-

Friday, November 23, 2012

[Video] Lihat Abam Lucas Beraksi Kali Pertama Musim Ini

www.tips-fb.com

[Video] Lihat Abam Lucas Beraksi Kali Pertama Musim Ini

Look who's back! It's abam Lucas Leiva. Sudah lama peminat Liverpool menantikan kemunculan semula abam Lucas. Bahagian Midfield Liverpool tidak ceria setelah abam Lucas injured.




Lucas diberi peluang utk bermain dlm U21 Liverpool vs Boro untuk mengembalikan kecergasan beliau serta mendapat game time yg secukupnya sebelum dibawa masuk semula ke Liverpool 1st team. Liverpool U21 menang 1-0.

Bila aku tengok highlight game nie, nampaknya Lucas punya touch masih ada, tak hilang walaupun dah agak lama injured. Seperti biasa Lucas banyak melakukan beberapa simple pass, pass through(yg nie memang dah lama tertunggu-tunggu), creative passing etc. Tackle, tight marking masih lagi kurang kelihatan mungkin kerana nie hanyalah 1st game Lucas setelah sekian lama.

Dah tengok video?





-pokdin-

Friday, November 16, 2012

Liverpool Attacking Trio - Sape Sorang Lagi?

www.tips-fb.com

Liverpool Attacking Trio - Sape Sorang Lagi?


Kita semua dah tengok gandingan Suarez-Sterling kat bahagian atas serangan dan aku boleh katakan agak menjadi.

Suarez mampu menggelicik lawan dan mampu membuat pergerakan yg tidak dijangka oleh pertahanan lawan. Manakala Raheem Sterling mempunyai pace yg laju, baik utk counter-attack, penyudahnya pun agak baik.

Dan memang dijangka January nanti Rodgers akan membeli seorang lagi Striker utk bermain sebagai 1st team, bukan sebagai backup striker.

So, korang rasa sape yg bagus Liverpool beli utk bergandingan dgn Suarez dan Raheem Sterling nanti?


-pokdin-

Saturday, November 3, 2012

EPL 12/13 - Liverpool VS Newcastle {Line Up Aku}

www.tips-fb.com

EPL 12/13 - Liverpool VS Newcastle {Line Up Aku}


Haishh, harapan utk maju ke depan bagi Capital One Cup dah terkubur bila kalah kat tangan Swansea. Kat Anfield plak tue. Tapi, aku dah bajet akan kalah pun sbb squad depth pasukan kesayangan kita memang xder. Habis cerita Capital One Cup.

Berbalik kepada perlawanan EPL minggu nie lawan Newcastle.

Kalo tengok kat kertas, Newcastle memang ada peluang utk tewaskan Liverpool sebab kalo tengok die nyer player yg berpengalaman, sebaliknya Liverpool terdiri dari campuran budak2 muda yg baru nak up, campur 1 2 player berpengalaman. Apapun, harapan utk menang tetap ada.

Nie aku nyer line-up utk perlawanan nie:-



Defender : Aku rasa dah cun dah cuma ketiadaan Johnson sedikit merencatkan. Andre Wisdom aku memang puji tetapi masih lagi mentah. Kalau lawan player yg tricky memang dia xtahu nak buat apa.

Midfield : Jonjo mungkin direhatkan dan bagi peluang kat Sahin. Sahin aku masih lagi belum tengok persembahan yg membolehkan dia dianggap berkesan di tengah padang. X banyak pass-through yg dibuat cuma short pass mcm Allen jugak.

Forward/Winger : Assaidi ngan Sterling bagi aku memang perfect utk bergandingan dgn Suarez kat depan.


-pokdin-

Sunday, October 28, 2012

[Video] Oussama Assaidi Yang Awesome Vs Anzhi Makhachkala

www.tips-fb.com

[Video] Oussama Assaidi Yang Awesome Vs Anji

Pergghh!! Memang tertawan aku bila tengok performance yg ditunjukkan oleh Assaidi ketika perlawanan Europa League vs Anzhi Makhachkala.

Dia punya dribbling skill memang power ah. Chemistry Assaidi dgn Glen Johnson dalam game nie nampak mantap. Banyak kali jugak dia memperkotak-katikkan pertahanan Anzhi.

So, aku rasa ada harapan Rodgers akan meletakkan Assaidi bergandingan dgn Glen Johnson di bahagian kiri dlm merseyside derby vs Everton malam nih.

Dah tengok compilation Assaidi vs Anzhi?






-pokdin-

Saturday, October 20, 2012

[Video] Adik Raheem Sterling Mengucar-kacirkan Pertahanan Reading FC

www.tips-fb.com

[Video] Adik Raheem Sterling Mengucar-kacirkan Pertahanan Reading FC

Dah tengok performance adik Raheem ketika menentang Reading? Memang x percaya je tengok budak hingusan umur 17-tahun mengucar-kacirkan pertahanan Reading FC.

Skills ada, kreativiti ada, pace ade, trickery ada, crossing pun OK. So, memang awesome ah ade pemain muda mcm nie kat Liverpool.



-pokdin-


Friday, October 19, 2012

Suso Sign Long-term Kontrak Bersama Liverpool

www.tips-fb.com

Suso Sign Long-term Kontrak Bersama Liverpool


Mamat nie memang aku suka dan aku rasa dari season lepas lagi dah boleh slow2 diangkat ke 1st team Liverpool.

Passing dia memang mantap, terutama long pass, pin-point gitu.

Boleh bermain di tengah dan jugak posisi winger. Ada pace, ada trickery, creative passing. Walaupun fizikal badan x berapa besar, tapi rasanya skills yg dia ada dapat mengatasi fizikal badan yg kecik.

Buat masa nie aku tengok Rodgers memang nk guna Suso utk posisi winger. Tapi bagi aku, utk jangka masa panjang memang sesuai jadi pengganti posisi Xabi Alonso. Master of passing di bahagian midfield.


-pokdin-


p/s : Dah tengok compilation Suso kt youtube? Tajuk dia "fernandez suso passing compilation" . Power giler passing skills.

Wednesday, October 3, 2012

Luis Suarez...Penalty...Referee EPL

www.tips-fb.com

Luis Suarez...Penalty...Referee EPL


Aku rasa referee kat EPL nie memang bias kepada kelab kesayangan kita, Liverpool FC. 
Tak tau la sebab ape. Sejak dari season lepas lagi kebanyakan decision yg dibuat tidak
menyebelahi kita.

Luis Suarez, player yg selalu dibuat naya oleh referee EPL. Walaupun aku kadang2 benci gak
tgk Suarez sbb kadang2 ade jgk dia punya reaction ketika jatuh ditackle macam ada sedikit
mengada-ngada.

Masalahnya bila dia x mengada-ngada pun, referee EPL xlayan jgk. Sama ada jatuh sebab 
disentuh sket ke, ditolak banyak ker, opponent tackle bola x dapat ker tapi dpt 
kaki Suarez ker, semua tue x valid selagi player yg jatuh tue bernama Luis Suarez.

Harap-harap Suarez bersabar dgn referee EPL yg ada sedikit bangang dlm menghadapi situasi penalti/free kick yg melibatkan Suarez nie.


-pokdin-


Friday, September 28, 2012

EPL 12/13 Norwirch vs Liverpool - Pemain Pilihan?

www.tips-fb.com

EPL 12/13 Norwirch vs Liverpool - Pemain Pilihan?

Pasukan kesayangan kita semua masih lagi gagal mencatat sebarang kemenangan dlm perlawanan liga EPL.

Bagi aku kita masih lagi berada dlm landasan yg betul. Lagipun walaupun kita berada dalam top 3 bawah, perbezaan mata utk naik ke mid table liga tue adalah 3 mata je kot. Menang game nie, aku rasa pemain akan lebih bersemangat.

Nie formation aku utk game nih:-


Goalkeeper : Memang dah xder orang lain, Reina je. Brad Jones kalau utk backup boleh la. Kita masih lagi memerlukan gerak refleks Reina serta ball distribution yg baik dari Reina.

Defender: Dengan Kelly injured 6 bulan hingga 9 bulan, aku rasa Glen Johnson boleh la kembali ke posisi asal, bek kanan. Enrique pulak bleh main posisi bek kiri. Lain la kalau Rodgers pikir performance Enrique dh menurun, boleh la die letak Downing atau Jack Robinson. Bek tengah bagi aku Srktel ngan Coates paling OK. Agger dengar kata boleh main tapi dengan rekodnya yg senang nk injured, jgn la bagi main. Carragher pun OK tapi bagi peluang kat Coates lagi afdal.

Midfielder : Jonjo kad merah, Sahin plak perform time lawan West Brom maka secara automatik aku rasa letak Sahin berpasangan ngn Joe Allen kat tengah. Stevie main advance belakang Striker. Kalau 2nd half Rodgers nak masukkan Suso lagi baik.

Attacking/Striker:
Aku cukup tertarik dengan performance Assaidi ketika lawan West Brom. Cukup tricky, ada pace dan passing dia juga mantap.Selain tue, kalau ada peluang nak shoot gol, die shoot xde malu2. So, gandingan Assaidi-Suarez-Sterling adalah gandingan yg ideal.


Pilihan kesebelasan utama korang?


-pokdin-


Sunday, September 23, 2012

MU Penalti......Bullshittt !!!

www.tips-fb.com

Syiaalll!!!

Aku xpaham apsal tiap kali game Liverpool, yg jadi referee utk game nie akan bias utk pihak lawan.

Cam harammmm...

Moral aku memang dh down giler..

Kalau lepas game nie kalah lagi aku xtau la ape nk cakap.

Punca Masalah:-
Performance Reina dh turun, Lucas injured, xder Striker baru masuk, style of play yg baru, jadual perlawanan yg susah utk d perlawanan awal antara penyebab kejatuhan Liverpool setakat nie.

Satu lg aku nk komen tentang Suarez. Tak dinafikan aku suka dgn SKILLS suarez. Tapi biler terlalu banyak guna aku dh jadi menyampah. Setakat 1 2 menyelit tu OK la. Nie dh lepas 2 player pn nk menyelit lagi, mcm dh xder player Liverpool yg lain kt sekeliling die.

So, sehingga game yg seterusnya bermula( tue pn xtaw menang ke kalah ) maka terpaksalah menahan cacian serta makian member2.

Liverpool, kelab yg khabarnya target utk kembali ke top 4 EPL berada antara kelompok terbawah liga. Sad but Truth.

Yg Baik Dari Game Nie:
-Suso main aku memang suka. Kalau la Jonjo xdpt kad merah aku rasa impak Suso lagi hebat kot.
-Sterling menyerlah seperti biasa yg menjadikan dia semakin matang. Itu yg kita perlukan.

-pokdin-

Saturday, September 22, 2012

[Video] Fantastik Suso, Jonjo vs BSC Young Boys

www.tips-fb.com

[Video] Fantastik Suso, Jonjo vs BSC Young Boys

Kire mantap la budak2 muda Liverpool menang 5-3 lawan Young Boys.

Aku suka tengok aksi Suso dan jugak Jonjo Shelvey utk match nie. Memang 2 2 nie patut ada dalam 1st team.

Dah tengok?


Suso vs Young Boys from MostarLFC on Vimeo.



Jonjo Shelvey vs Young Boys from MostarLFC on Vimeo.

Credit to @MostarLFC

Thursday, September 20, 2012

Europa League : Geng Budak LFC vs Geng Budak2 Muda

www.tips-fb.com

Europa League : Geng Budak LFC vs Geng  Budak2 Muda



Mengikut berita, Rodgers telah menggunakan kesempatan Europa League menentang BSC Young Boys utk menguji pemain muda dan meninggalkan pemain utama seperti Gerrard, Suarez, Reina, Glen, Srktel, Agger,Joe Allen serta Martin Kelly kat Melwood.

Sebab apa pemain utama ditinggalkan ? Sebab lepas nie ada game penting vs MU dan diorang semua  nie perlu fit & fokus. Diorang kene bnyk berlatih bersama nk bg serasi, nak bg taktikal serangan menjadi.

Sebab apa bagi pemain muda diberi peluang? Sebab Rodgers nak diorang menunjukkan bakat terpendam mereka & berharap akan ada 2/3 player lg akan diangkat ke 1st team Liverpool seperti adik Raheem Sterling. So, jimat la duit FSG xyah nak beli pemain dari luar.

Khabarnya nama2 yg tersenarai berikut:-
Jones, Wisdom, Carragher, Coates, Enrique, Shelvey, Sahin, Henderson, Downing, Yesil, Morgan, Gulacsi, Robinson, Coady, Suso, Sterling, Pacheco, Assaidi.


Berdasarkan senarai, aku suka kalau Rodgers pakai line-up :-
----------Jones-----------
Flano-Carra-Coates-Enrique
---Hendo--Sahin--Jonjo--
Sterling--Yesil--Assaidi



Keeper : Aku xleh nk komen bnyk sebab aku xberapa tahu. Jones or Gulacsi aku OK je mana2.

Defender : Pasangan Skrtel-Agger xder. So yg paling afdal adalah menggandingkan Carra-Coates. Coates sngt2 memerlukan game time, barulah layak mencabar Agger & Skrtel. Enrique kalo dah fit seelok-eloknya diturunkan. Flanno OK je.

Midfielder : Hendo-Sahin-Jonjo memang cun giler. Kalau gandingan Sahin-Jonjo-Suso pun OK jgk.Aku memang teringin tgk Suso main daripada Hendo.Passing skills dia ckp mantap. Jonjo juga perlu bnyk main dekat belakang striker so dia akan lebih serasi kt posisi tue.Sahin perlu main supaya lebih faham cara permainan yg Rodgers mahukan di bahagian midfield.

Attacking :
Sterling-Yesil-Assaidi. Fuh, walaupun bukan nama2 besar tapi kalau ketiga-tiga pemain nie mantap main memang Joe Cole, Downing lepas nie dok kat bangku simpanan la jawabnya. Maybe Dani Pacheco, maybe Assaidi utk posisi left winger/striker.



So, rasa2 korang line up yg mcm mana korang nk time lawan BSC Young Boys pagi nanti?



-pokdin-


Sunday, September 16, 2012

Season 12/13 Match 4 : Sunderland 1-1 Liverpool - Same Old Same Old

www.tips-fb.com

Season 12/13 Match 4 : Sunderland 1-1 Liverpool - Same Old Same Old



Possession? Dah banyak drpd Sunderland.
Attacking Threat ? Based on corner kick, kita lagi banyak dari Sunderland. Based on Shot on Target ? Memang lebih banyak dari Sunderland.

So, kenapa xleh MENANG? ape yg same old same old nyer? Jawapannya ialah, gagal menjaringkan gol walaupun opportunity dh ada. Rasanya banyak kot peluang kita dapat utk jaringkan gol tapi masih xdapat.

Aku memang dah agak 4/5 game pertama Liverpool memang susah. Pertama sebab manager baru masuk, maka nak implement cara bermain yg baru, take time. Kedua, dengan tiada Striker yg finishing power memang sukar nk jaringkan gol.Suarez lebih banyak menyelit celah kaki pemain, dari shoot terus ke gol.Borini plak aku tengok dia lebih kepada Poacher.SO, striker yg jenis Higuan,Falcao kita memang xder.Ketiga, kita dh kene lawan top team mcm Arsenal,Mancity, MU.Team2 nie diorang xder tukar manager so xyah nk tukar style of play so kelebihan kt pihak diorang.Kekurangan kt team kita sbb bila tkr cara bermain sesetengah pemain terkapai-kapai mencari rentak.


Nampaknya sorang2 kene mandi bunga. Dari Reina sampai la ke Borini.

Keeper
Reina xbanyk kerja pun. Cuma aku rasa kalau Reina fokus aku rasa dia boleh baca kot hantaran lintang Cardner.Boleh tepis dan mungkin kita boleh menang walaupun menang 1-0.

Defender
Martin Kelly nampak mantap game nih.Berjaya mengekang James McClean. Agger-Skrtel bermain baik mcm biasa cuma bila kita melepaskan 1 gol & Liverpool gagal menang game nie, nampak mcm defender kita plak yg salah.Johnson main bek kiri, gagal mengekang pergerakan Gardner tu yg menyebabkan Sunderland bleh gol.Selebihnya, mantap. Sayang sket lg nk score, kene palang.

Midfield
Memang dh agak Sahin xkan bermain. Kombinasi Gerrard-Allen-Jonjo nampak mantap. Allen lebih bnyk main short pass, Gerrard lebih bnyk buat pass through, Jonjo plak lebih banyak shoot. Sayang utk Jonjo, mungkin belajar x habis lg kot dari Stevie cara mcm mana nk shoot jauh. Ada 2/3 peluang utk Jonjo menjaringkan gol tapi gagal.

Attacking Winger, Striker
Sterling main belah kanan utk game nih. Memang mantap lah.Boleh kata gol Suarez berpunca dari gerakan/skill yg Sterling buat dari belah kanan padang. Suarez walaupun menjaringkan gol, aku kurang suka la dgn performance dia utk game nih.Borini ada 2/3 pelaung nk jaringkan gol, selebihnya senyap.

Aku rasa masalah striker gagal menjaringkan gol akan berpanjangan selagi striker2 yg ada nie gagal membaca pergerakan bola ketika menyerang serta posisi pemain lain ketika menyerang. Chemistry ketika menyerang dh ada tapi chemistry ketika nk menjaringkan gol masih xder.


My Man of the Match : adik Raheem Sterling.

Haishhh...bila la kemenangen pertama Liverpool dlm ELP akan menjelma.


-pokdin-


p/s : Keep the faith

Friday, September 14, 2012

Joe Allen - Standard Chartered Player of the Month : August

www.tips-fb.com

Joe Allen - Standard Chartered Player of the Month : August


Layakkah Joe Allen menang anugerah nie bulan lepas? Sememangnya YA.

Kalau ikut kiraan, Joe Allen dipilih peminat 38%, adik Raheem Sterling dapat 26% dan abam Luis Suarez dapat 18%.

Walaupun sedih tengok Lucas xder kat bahagian enjin Liverpool, tapi kemasukan Allen sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan aku. Cara dia short passing, pressing nampak menarik. Allen jgk aku tengok berani utk bergerak ke hadapan bila Liverpool dlm mode serangan. Selain tue, sedikit sebanyak ada jgk la dia membuat passing ala2 Lucas.

Kalau Sahin dah settle down, aku rasa gandingan Sahin-Allen akan menjadi kat bahagian tengah. Kalau Sahin still  x settle down, aku suggest Rodgers drop Gerrard main deep bergandingan dgn Allen. Aku nak2 sangat Jonjo main kt bhgn belakang Striker.

Nie antara performance Joe Allen yg aku kire agak mantap walaupun baru 2/3 game die main utk Liverpool:-



Congrats to Joe Allen. You deserve it. Setuju?


-pokdin-

Patut ke Bagi Peluang 1st Team kat Samed Yesil ?

www.tips-fb.com

Patut ke Bagi Peluang kat Samed Yesil?

Saperkah Samed Yesil? Alaa pemain muda 18-tahun yg Brendan Rodgers beli dari kelab Bayern Leverkusen tu la, yg main kat posisi Striker. Beli dgn harga £1M je.



Pada mulanya, aku rasa Rodgers nak letak pemain 18-thn nie bermain kat reserve dulu kot sebelum masuk 1st team. Ye la masa tue Rodgers yakin kita akan sign seorang lg Striker sebelum musim perpindahan tutup. Tup tup sorang pun tarak. Hampeh.

Bila lepasnya musim perpindahan & sorang striker pun tarak di sign, maka Rodgers perlu memikirkan idea macam mana nak menampung kekurangan pemain di barisan hadapan. Sama ada sign free agent Striker ataupun bagi peluang kt pemain muda. Dan bila Rodgers pilih mahu bagi peluang kat pemain muda, aku memang setuju sangat2.

OK berbalik pada Samed Yesil.Masa International break ari tue, si Samed Yesil nie ada international game utk Germany U19, begitu jgk Jonjo utk England.

Germany U19 menang 3-1 lawand England & menang 1-0 lawan Wales. Yang menariknya 2 gol Germany masa lawan England datangnya dari Striker muda yg baru kita beli, Samed Yesil. Samed jgk membuat 1 assist utk membolehkan Germany score sebijik lagi gol. Utk lawan Wales, Germany menang kerana satu-satunya gol yg disumbat oleh Samed Yesil.

Cuba tgk video Samed Yesil beraksi kat bawah nie:-



Kalau Rodgers tengok kedua-dua game nie, aku rasa dia dah boleh lapang dada sket sebab xyah nk carik backup striker yg mantap. Samed Yesil pastinya boleh menggalas tugas backup striker, malahan main striker pun aku yakin dia pun boleh.

Bukannya aku terlalu positif, tapi berdasarkan fizikal badan Samed, composure,
sedikit sebanyak skills yg dia tunjukkan, memang ada potensi utk jadi center forward yg mantap utk Liverpool.

Harap dalam game2 selepas nie, Samed Yesil akan dinamakan selaku pemain Striker  di bangku simpanana. Sebelum nie, xder pun striker kat banngku simpanan.


Rodgers, take note of this guy.


-pokdin-


p/s : Konpem Samed Yesil lepas nie dapat 1st team action. Samed will be joining Sterling sooner rather than later. Bila lagi nk bagi peluang kat Suso? Power kot passing adik Suso nih.

Tuesday, September 4, 2012

FSG Kedekut kat Anfield, Tapi Nak Belanja Besar kat Red Sox?

www.tips-fb.com

FSG Kedekut kat Anfield, Tapi Nak Belanja Besar kat Red Sox?

Kalau la berita yg aku bace nie betul, aku sebagai peminat tegar Liverpool FC memang hanging. Panassss!!!!



Mengikut berita, Owner FSG John W Henry telah memberikan komitmen kepada penyokong Boston Red Sox (kelab Baseball milik owner) yang dia akan berbelanja besar utk team tu tahun nie.

Henry berkata dlm satu surat terbuka, "Baseball adalah sukan 365 hari utk kita. Komitmen & matlamat kami adalah utk menang piala bersama Red Sox.

Kami akan meneruskan utk berbelanja besar seperti tahun2 lepas, menjadi pasukan  Red Sox yg ke-2 payroll tertinggi di antara 30 kelab yg lain".


Then what about Liverpool FC?? Bengom la FSG nih.
Dah la buat disaster masa musim perpindahan, xboleh nak backup financial utk Rodgers sign player baru. Pastu nak buat2 concern, tulis la surat kat peminat2 Liverpool seluruh dunia. Aku bace surat tue, boleh gelak je la. Cara surat tu ditulis, memang nk cover salah sendiri & point finger to other person. Budus.


Cara Liverpool spending season lepas pun aku boleh kata salah FSG. Start dari dia lantik Damien Comolli lagi. Konon nak oversee semua transfer activity.Bajet nak amik pemain muda, tapi harga berlebihan bayar kat kelab lain. Sebab tu la season nie, kalo kelab lain dengar Liverpool berminat dgn pemain diorang, terus harga jadi lain.


Harap musim perpindahan January nie FSG akan bagi duit secukupnya utk Brendan Rodgers spend utk pemain berkualiti.

Jangan plak January nie FSG masih buat budus, x nak bagi duit , pastu alasan nak promote pemain muda. Pemain muda xsalah nak bg peluang pemain muda tapi pemain senior/muda yg dah establish perlu jgk dibeli utk mendidik pemain muda nie disamping dapat menambah kualiti dalam skuad. Setakat bersaing dgn pemain muda, aku rasa skuad senior yg sekarang nie xkan improve sebab diorang tau diorang lebih berpengalaman & dh banyak main dari pemain muda. Of course la Rodgers akan pilih diorang dlm kesebelasan utama.


Harap FSG jgn menjadi macam Tom Hicks & George Gillet. Nak tengok fans seluruh dunia mengamuk sekali lagi ker?




-pokdin-



p/s : To Rodgers, don't worry you'll never work alone. You'll never walk alone.



Sunday, September 2, 2012

Temubual B.Rodgers - Kalah dgn Arsenal & Musim Perpindahan yg Mengecewakan

www.tips-fb.com

Temubual B.Rodgers - Kalah dgn Arsenal & Musim Perpindahan yg Mengecewakan


Brendan Rodgers berkata pemainnya akan improve bila masing2 faham dengan sistem yg dia nak aplikasikan.

Bila ditanya tentang kekalahan kat Anfield 2-0 di tangan Arsenal, Rodgers kata ini disebabkan  'poor decision making' oleh para pemain. Goal dilepaskan tiada kene mengena dgn sistem, tiada kene mengena dgn elemen taktikal semasa permainan. Cuma pemain mudah terlepas bola / gave ball away dan bila terlepas pemain tidak melakukan tindakan susulan yg sepatutnya utk mendapatkan balik bola yg terlepas. -Di sinilah perlunya defensive mid. Oh Lucas kepulanganmu ku tunggu.


Selain itu, Rodgers juga berkata kita masih lagi tidak clinical di depan gol. Peluang yg dicipta tue dah banyak tapi finishing masih lagi di takuk lama. No end product.   -Sama la macam season lepas. Bersepah kene tiang gol season lepas. Berlatih pakai tiang gol kot. Season nie xtau lagi berlatih mcm mana.

Komen Rodgers tentang pemain:-
1-Raheem Sterling memang terbaik malam nie. Pace yg dimiliki sedikit sebanyak mengharu-birukan defend lawan walau badan kecik.
2-Joe Allen & Santi Cazorla mendominate midfield. 2 player yg terbaik utk game nie.


Komen Rodgers tentang musim perpindahan:-
1-Semua sudah berlalu. Rodgers kata semua memang dah tahu LFC memang perlukan pemain2 baru di bahagian serangan malangnya kita tidak berjaya sign 1 pun player di saat2 akhir utk cover bhgn serangan.
2-We've got what we've got. What has happened has happened.  -Ayat nie memang sedih aku dengar. Nampak sangat Rodgers kecewa ngn management.



-pokdin-

Mencari Missing Person. Nama : Striker

www.tips-fb.com

Mencari Missing Person. Nama : Striker
Kepada sesiapa yg terjumpa orang yg bernama Striker nie, sila lah kembalikan pihak pengurusan Liverpool.
Keluarga Liverpool sangat2 merindukan Striker. Semenjak dua menjak nie memang terasa kehilangan Striker.
-pokdin-
P/s : post melalui mobile. Xleh nk tido. Terbayang kekalahan di Anfield.

Season 12/13 Match 3 : Liverpool 0-3 Arsenal - Dah Agak Attacking X Menjadi

www.tips-fb.com

2-0 : Optimistik, Tapi Dah Agak Attacking X Menjadi.



Haishh..Nie main kat Anfield ker main kat tempat lawan? Time Dalglish in charge pun, takde tiki-taka, xder main ball posession pn boleh menang kot. Team2 besar, Dalglish nie tau mcm mana nak tackle, lebih2 lagi kalo main kat Anfield.

Time Dalglish pun masalah dia sama, "Cara Nak Menghasilkan Gol". Tue masalah die. Nampaknya Rodgers masih xjumpe jalan penyelesaian. Style of play yg menarik, tue aku kata Rodgers dah sedikit sebanyak dh bawak dlm perlawanan Liverpool. In term of cara nak score gol, style of play masa attacking tue aku kata x bnyak pn perubahan.


Malas nak tulis panjang2 dah xder mood. Bila kalah, keciwa, berjela-jela la message kat pesbuk, kat phone geng2 aku mengutuk Liverpool FC.

Kata diorang, Liverpool dh jadi mid table EPL team. Nak buat mcm mana, in term of cara bermain, aku tengok Manciteh, MU, Arsenal, Chelsea, Newcastle, Swansea, Spurs diorang semua memang lebih ke depan drpd kita kot. Nie bukan komen nk kutuk team kesayangan, tapi komen berpijak di bumi yg nyata. Tapi kalo kat depan2 member, aku x la cakap mcm ni. Giler ko nak kutuk team sendiri, mesti la defend sket2 walaupun kalah.

Haishhhh, harap kesabaran menunggu perubahan yg dibawa oleh Brendan Rodgers nie berbaloi.



Kesimpulan game hari nie:-
1-Joe Allen giler mantap, sayang Nuri Sahin malam nie main safe je. X banyak pass forward yg dia bawak. Nampak loss, mcm xtau lagi nak buat apa. Nervous lg kot. Man of the Match, definitely Joe Allen.
2-Steven Gerrard, Luis Suarez, korang nie xkan x berlatih bersama kot cara2 time nak menyerang mcm mana? Nak main one-two pass pun fail. Fail!!!! Mana chemistry?
3-Jonjo Shelvey, mamat nie aku suka bila dia masuk. Shoot dari jauh, pass pun terbaik, link up play pun OK, energy pun ada. Kalau la Sahin main OK malam nie, aku rasa baik Rodgers gantikan Gerrard dgn Jonjo. Gerrard mcm dh xbermaya sket.
4-Hahaha, xder Striker kat dalam sub. Korang perasan?????
5-Its obvious Abou Diaby is Arsenal Yaya Toure utk malam nie. Xder orang pn nak close marking die.
6-Memang nampak bila kita xder defensive mid. Joe Allen main central, xkan dia jgk nak cover tackling. Sket2 boleh la. Time lawan tengah serang, tue kerja defensive mid utk break up play. Recover ball.
7-Dah 7 gol dh dilepaskan sejak start season baru nih. Lepas Steve Clarke cabut, memang cara defend nampak dah goyang. Reina nie sampai bila kita boleh bersabar yer?? Dah mandi bunga ke blom?



Apa pendapat anda game nih? Sama-sama kita lepaskan ketidakpuasan kt dlm ruang komen.



-pokdin-


p/s : Fantasy EPL aku ade Santi Cazorla. Yeah banyak dapat point.

Saturday, September 1, 2012

Sama2 Pikir : Kedalaman Skuad LFC 2012/13

www.tips-fb.com

Sama2 Pikir : Kedalaman Skuad LFC 2012/13

Pagi tadi secara rasminya perpindahan sudah ditutup & Liverpool gagal utk menambah 1/2 players utk posisi winger/attacking and striker.

Agak2 korang, berdasarkan skuad yg ada skang nie boleh challenge title or even top 4 EPL? Bagi aku, title memang xdapat lah. Top 4 pun 50/50 chance. Unless player yg ada skrang nie memang improve & taktikal yg Rodgers pakai menjadi, maka possible la top 4.

Walaupun aku peminat tegar LFC, tapi kene jugak berpijak pada bumi yg nyata.
So, yg nyata skang nie kita xder skuad depth aka kedalaman skuad yg membolehkan kita menjadi pencabar EPL title utk musim ini.

So, mari kaji sket pemain2 yg available utk setiap posisi.

Goal Keeper :
( Pepe Reina & Brad Jones )

-Reina harap2 lepas nie xbuat lagi kesalahan bodoh yg boleh memberi gol percuma utk lawan. You're Spain no. 2 for god sake. Dont make silly mistake. Ball distribution dari bawah, reflex yg bagus memang kepakaran Reina.
-Brad Jones boleh la as a backup.

Right-Back  :
(Glen Johnson, Martin Kelly & Flanno)

-Kalau Johnson jarang injured, kepakaran Johnson dlm dribbling, shoot dari jauh, attack from the back, memang sangat2 diperlukan. Glen pn nampak makin bagus dlm bertahan.
-M.Kelly memang OK main, pace pun ada. Cuma aku tengok dia sesuai main utk certain2 game je. Dribbling xberapa power sangat.
-Flanno memang OK utk  buat backup.

Center Back :
( Agger, Skrtel, Carra, Coates, Kelly )

-Rasanya dah cukup cover utk defender tengah nie. Harap2 Coates main banyak season nie.
-Martin Kelly pun boleh jadi center back.

Left-Back :
( Jose Enrique, Johnson  & Jack Robinson )

- Enrique xder pencabar. So perform ke x perform dia akan diturunkan jugak which is bad news. Luckily B.Rodgers ada idea menarik, meletakkan Downing utk posisi left-back. So mungkin Downing akan mencabar Enrique utk posisi nie.
Kalo die improve cara die marking, pressing apa salahnya letak Downing kat posisi nie.
-Glen Johnson pun boleh main posisi nie kalau diperlukan.
-Jack Robo mungkin perlu lagi banyak experience kot utk mencabar Enrique. Bakat tue dah ada, x dinafikan.

Defensive Midfield :
( Lucas, Joe Allen, Nuri Sahin )

-Malangnya kita akan hilang khidmat Lucas nie dalam 2/3 bulan. Haissh, berehat panjang lagi nampaknya Lucas. Luckily kita ada Sahin.
-Joe Allen ngan abam Sahin mungkin akan jadi partner utk masa yg lama sbb ketiadaan Lucas. Harap injury abam Sahin tidak lagi berulang, dan dijangka akan membentuk partnership yg mantap
dengan Joe Allen.

Central Midfield / Attacking :


( Joe Allen, Jonjo Shelvey, Hendo, Steven Gerrard )

-Rasanya dah cukup cover. Cover memang dah cukup, harapannya ialah pemain utk posisi nie lebih kreatif dlm ball distribution.
-Kalau ada peluang volley luar kotak penalti, amik je.

Winger / Front Attacking Trio :

( Fabio Borini, Raheem Sterling, Assaidi, Luis Suarez, Joe Cole, Samed Yesil, Pacheco, Downing )


-Rasanya posisi attacking winger kita boleh harapkan Suarez ngan adik Raheem.
Raheem ada pace, trickery. Sama jugak Suarez, kalau suka sangat nk main celah kaki orang instead of shooting, lebih baik main winger.
-Joe Cole masih lagi injury doubt. Rodgers mungkin pikir dia nie sesuai utk posisi attacking winger.
-Borini pn kadang2 main winger, tapi aku harapkan die main kat atas.
-Assaidi pun belum tengok lagi cara dia bermain. Nampak macam kualiti player jgk dia nie.
-Samed Yesil, harap diberi peluang utk budak nie.
-Pacheco xsempat berpindah ke mana2 kelab. Mungkin ade jgk role dalam Rodgers punya plan. mana tau kan.




#Kesimpulannya :-
Nampak macam LF boleh cover keseluruhan posisi utk musim nie. Tapi masalahnya x semua posisi di'cover' oleh pemain berkualiti.

Setiap posisi yg mempunyai cover pemain berkualiti bakal menentukan nasib kita dalam perlawanan. Injury sentiasa ada. So, bila player utama injured, cover player haruslah step up dan mampu mempersembahkan mutu kualiti permainan yg hampir sama dgn player utama.


-pokdin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...