Join The Community




Search

Tuesday, September 4, 2012

FSG Kedekut kat Anfield, Tapi Nak Belanja Besar kat Red Sox?

www.tips-fb.com

FSG Kedekut kat Anfield, Tapi Nak Belanja Besar kat Red Sox?

Kalau la berita yg aku bace nie betul, aku sebagai peminat tegar Liverpool FC memang hanging. Panassss!!!!




Mengikut berita, Owner FSG John W Henry telah memberikan komitmen kepada penyokong Boston Red Sox (kelab Baseball milik owner) yang dia akan berbelanja besar utk team tu tahun nie.

Henry berkata dlm satu surat terbuka, "Baseball adalah sukan 365 hari utk kita. Komitmen & matlamat kami adalah utk menang piala bersama Red Sox.

Kami akan meneruskan utk berbelanja besar seperti tahun2 lepas, menjadi pasukan  Red Sox yg ke-2 payroll tertinggi di antara 30 kelab yg lain".


Then what about Liverpool FC?? Bengom la FSG nih.
Dah la buat disaster masa musim perpindahan, xboleh nak backup financial utk Rodgers sign player baru. Pastu nak buat2 concern, tulis la surat kat peminat2 Liverpool seluruh dunia. Aku bace surat tue, boleh gelak je la. Cara surat tu ditulis, memang nk cover salah sendiri & point finger to other person. Budus.


Cara Liverpool spending season lepas pun aku boleh kata salah FSG. Start dari dia lantik Damien Comolli lagi. Konon nak oversee semua transfer activity.Bajet nak amik pemain muda, tapi harga berlebihan bayar kat kelab lain. Sebab tu la season nie, kalo kelab lain dengar Liverpool berminat dgn pemain diorang, terus harga jadi lain.


Harap musim perpindahan January nie FSG akan bagi duit secukupnya utk Brendan Rodgers spend utk pemain berkualiti.

Jangan plak January nie FSG masih buat budus, x nak bagi duit , pastu alasan nak promote pemain muda. Pemain muda xsalah nak bg peluang pemain muda tapi pemain senior/muda yg dah establish perlu jgk dibeli utk mendidik pemain muda nie disamping dapat menambah kualiti dalam skuad. Setakat bersaing dgn pemain muda, aku rasa skuad senior yg sekarang nie xkan improve sebab diorang tau diorang lebih berpengalaman & dh banyak main dari pemain muda. Of course la Rodgers akan pilih diorang dlm kesebelasan utama.


Harap FSG jgn menjadi macam Tom Hicks & George Gillet. Nak tengok fans seluruh dunia mengamuk sekali lagi ker?




-pokdin-



p/s : To Rodgers, don't worry you'll never work alone. You'll never walk alone.



3 comments:

belang owner sudah nampak.... aku tgk muka dia sampai skang aku rasa dia masih tak paham macam mana permainan bola sepak ni sebenarnya....mungkin dia pikir kan senang kepit bola kat ketiak kemudian bawak lari bola

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...