Join The Community




Search

Monday, March 28, 2011

Aston Villa & West Ham Berebut Mahu Sign Liverpool Flop - Joe Cole

www.tips-fb.com


Aston Villa dan West Ham United adalah antara pasukan yg dikenalpasti berminat utk sign pemain midfield Liverpool, Joe Cole.

Pemain berusia 29-tahun itu berpindah ke Anfield pada awal sesi 2010/11 secara percuma. Dia dilaporkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Anfield.

Selama berada di Anfield, Joe Cole banyak mengalami kecederaan dan tahap prestasi menurun. Oleh itu dia tidak banyak diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama sama ada ketika masih di bawah pimpinan Roy Hodgson mahupun King Kenny. King Kenny lebih suka menggunakan khidmat Maxi dan Dirk Kuyt utk bahagian sayap.

Liverpool yg dalam proses mengembalikan pasukan ke tahap sepatutnya iaitu Top 4 EPL dijangka akan menjual Joe Cole kerana mahu menggantikannya dgn pemain muda yg lebih cergas dan mampu mempamerkan aksi yg baik sehebat pemain kesebelasan utama sekiranya mereka tercedera.

Liverpool dilaporkan bersedia utk mendengar tawaran dari kelab yg berminat. Joe Cole sekarang dibayar £90,000/minggu, angka yg agak tinggi bagi membayar gaji utk pemain yg jarang-jarang dapat beraksi.

Pengurus Villa, Gerrard Houllier mahu Joe Cole ke dalam skuadnya kerana mahu menjadi pengganti kepada Ashley Young yg bakal berpindah ke kelab lain. Houllier mahu Cole bermain di posisi kegemarannya iaitu di belakang penyerang, posisi yg dijangka mampu menarik minat Joe Cole utk mendengar tawaran dari Aston Villa.


West Ham juga berminat utk sign Joe Cole. Cole mungkin juga berminat utk kembali ke kelab yg disertainya semasa kecil. Avram Grant berminat utk bekerja kembali dgn Cole dimana mereka pernah bersama semasa di Stamford Bridge.



-Kalau Aston Villa mahu sign Joe Cole, terima je. Boleh la kita buat tawaran utk Ashley Young. 
Cole + duit utk dapatkan Young. Jimat duit sket..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...