Join The Community




Search

Wednesday, March 30, 2011

Lucas Sign Kontrak Baru Bersama LFC

www.tips-fb.com

Lucas Sign Kontrak Baru Bersama LFC


Liverpool FC hari ini telah mengesahkan Lucas Leiva telah menandatangani kontrak baru jangka masa panjang bersama the Reds.

Pemain berusia 24-tahun itu tiba di Anfield pada July 2007 dari kelab Gremio dan setakat ini telah membuat lebih daripada 100 penampilan utk LFC. Dia pada awal penampilan dilihat gagal memberi impak yg diharapkan tetapi pada season 2010/11, Lucas dilihat telah menjadi salah seorang pemain penting LFC.

Pengurus LFC, King Kenny juga gembira dengan berita ini dan mengatakan Lucas berhak mendapat kontrak baru berdasarkan prestasi yg ditunjukkannya musim ini. Kata Kenny, "Sambutan gol semasa perlawanan Sunderland sebelum ini yg didedikasikan khas buat Lucas menunjukkan pemain lain gembira bermain bersama Lucas".

Director of football Damien Comolli juga berpuas hati kerana Lucas telah selamat sign kontrak baru bersama LFC. Comolli berkata, "Lucas telah bermain baik dan kita tidak sanggup kehilangan salah satu aset penting LFC. Sebab itu LFC harus bertindak cepat dgn memberikannya kontrak baru".

Lucas yg menunjukkan prestasi yg baik dgn LFC pada musim ini telah membolehkannya dipanggil utk mewakili skuad Brazil pada tahun ini.



-Tahniah Lucas.. Lepas nie harap dapat main dgn lebih baik. Bagi pengkritik2 kat luar sana diam..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...