Join The Community




Search

Friday, July 8, 2011

Glen Johnson Sign Kontrak Lanjutan Bersama LFC

www.tips-fb.com

Glen Johnson Sign Kontrak Lanjutan Bersama LFC


Bek kanan, Glen Johnson telah bersetuju menandatangani kontrak lanjutan bersama LFC.

Jonhson, 26-thn setakat ini telah membuat 70 penampilan bersama The Reds.

LFC Director of Football Damien Comolli berkata, "Kami sangat gembira kerana mencapai persetujuan utk menandatangani kontrak lanjutan ini. Glen mahu kekal di sini dan LFC juga gembira dan mahu dia kekal di LFC".

Pada musim lepas Johnson telah menunjukkan yg dia adalah seorang pemain yg versetail di mana Kenny Dalglish telah menggunakan khidmatnya utk mengisi slot bek kiri walaupun posisi asalnya ialah bek kanan.

Ternyata  percaturan yg dibuat oleh King Kenny menjadi dimana Glen Johnson dilihat tidak kekok menjalankan tugasnya di posisi bek kiri dan mempamerkan aksi yg boleh dipuji oleh seluruh peminat LFC.

Comolli menganggap Johnson merupakan salah satu aset berharga LFC dan gembira Johnson sudi menandatangani kontrak lanjutan bersama LFC.



-Congrats. Lepas nie belajar sket lagi cara & taktik bertahan dgn lebih baik dgn Steve Clarke.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...