Join The Community




Search

Friday, August 12, 2011

Sah Jose Enrique Milik Liverpool

www.tips-fb.com

Sah Jose Enrique Milik Liverpool


Liverpool FC secara rasminya telah membeli bek kiri Newcastle United, Jose Enrique. Enrique, 25-tahun dikhabarkan telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab tersayang kita LFC.

Liverpool diberitakan telah membayar sekitar £6M utk mendapatkan khidmat Enrique.

Enrique berkata " Ini adalah salah satu hari paling bahagia dlm hidup saya. Saya telah berhijrah ke salah sebuah kelab terbesar bukan saja di England malah di dunia. Saya begitu gembira sekali ".

Enrique adalah pembelian ke-5 Kenny Dalglish utk musim perpindahan ini, selepas Jordan Henderson, Charlie Adam, Stewart Downing and Alexander Doni. Enrique akan sekali lagi bergabung dengan bekas rakannya di Newcastle iaitu Andy Carroll, yg telah berpindah ke LFC pada Januari lepas.


Dengan pembelian ini, posisi bek kiri yg bermasalah sejak sekian lama diharap akan dapat diatasi. Enrique dapat bertahan dengan baik, mempunyai attacking mentality utk membantu bahagian serangan, mempunyai pace serta physical body yg mantap.

Posisi bek kiri tidak lagi akan menjadi masalah sekiranya Enrique cedera kerana kita masih lg mempunyai Fabio Aurelio sbg backup, yg pada saya mampu bermain lebih baik dari Enrique sekiranya dia jarang cedera dan sentiasa cergas.





Selamat datang diucapkan kepada Jose Enrique.

2 comments:

Permainan mantap yang ditunjukkan Liverpool malam nie ...

Blog Tuan saya dah linkkan ke blog saya...

Saya berpendapat bahawa adalah menandatangani yang baik, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Jose Enrique, dia masih di Anfield??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...