Join The Community




Search

Wednesday, March 16, 2011

Agger, Jonjo - Kembali Berlatih di Melwood

www.tips-fb.com

Agger, Jonjo - Kembali Berlatih di Melwood

Liverpool duo, Daniel Agger dan Jonjo Shelvey dilaporkan telah kembali berlatih bersama rakan sepasukan yg lain, sebagai persediaan utk menghadapi SC Braga pada hari khamis ini.



Kedua pemain ini mengalami kecederaan lutut pada Februari lepas, kini dilaporkan semakin pulih dan menjalani latihan ringan di Melwood, sememangnya berita baik utk King Kenny.

Mengikut Kenny Dalglish, pertahanan Denmark Daniel Agger mungkin kembali beraksi dalam pasukan lebih cepat berbanding Jonjo Shelvey.


Walaupun telah semakin pulih, kedua-duanya tidak akan bermain dalam perlawanan Europa League menentang SC Braga.


Dalglish yg memberitahu laman rasmi kelab, "Agger kembali menjalani latihan. Jonjo juga telah kembali berlatih. Tetapi Agger mempunyai peluang lebih cerah utk pulih lebih awal".

Full bek Martin Kelly dan Fabio Aurelio masih lagi tercedera dan mengikut Kenny mereka lambat lagi utk pulih.


-Elok sangat la Agger dah OK. Tak tahan tengok skrtel main..

Winger Diego Perotti Menarik Perhatian LFC

www.tips-fb.com

Winger Diego Perotti Menarik Perhatian LFC


Pemain muda berbakat, Diego Perotti yg bermain selaku winger kiri utk kelab Sevilla telah menarik perhatian Liverpool FC. Perotti, 22-tahun dilaporkan telah menunjukkan persembahan yg baik utk  Sevilla sepanjang kempen 2010/11.

Perotti memulakan karier professional dgn kelab Deportivo Moron dan berpindah ke Sevilla pada tahun 2007. Sejak itu, dia telah menunjukkan kebolehan yg mantap dan menjadi antara pemain yg penting utk Sevilla sejak 2 musim yg lalu.

Pemain yg berasal dari Argentina itu, dibawah kontrak Sevilla sehingga 2015, tetapi dilaporkan tawaran sekitar €10 million telah cukup utk membawanya keluar dari Sevilla.

Liverpool sebelum ini telah dikaitkan dgn beberapa nama utk mengisi posisi left-winger pada perpindahan akan datang. Antara pemain yg telah dikaitkan dgn The Reds ialah Ashley Young(Aston Villa), Sylvain Marveaux(Rennes), dan  Balazs Dzsudzsak(PSV Eindhoven).

Tuesday, March 15, 2011

Pepe Reina Bangga Capai Penampilan ke-300

www.tips-fb.com

Pepe Reina Bangga Capai Penampilan ke-300


Pepe Reina berkata dia bangga dan telah bersedia utk membuat penampilan ke-300 utk Liverpool FC ketika perlawanan menentang  SC Braga khamis ini. Penjaga gawang ke-2 Sepanyol itu percaya dia bernasib baik dan bangga kerana mendapat peluang utk mewakili Liverpool dan tidak menyangka dapat mencapai sehingga penampilan ke-300 utk kelab.

"Saya percaya kepada diri sendiri dan yakin dapat menjadi penjaga gol yg baik. Tetapi, dpt bermain sebanyak 300 perlawanan - Saya rasa saya memang bernasib baik dan bangga dpt bermain utk setiap perlawanan",  kata Reina kepada laman web rasmi Liverpool FC.


Prestasi Reina yang begitu cemerlang sejak kedatangannya pada 2005 telah menjadikannya antara penjaga gawang terbaik EPL dan mungkin penjaga gawang yg terbaik Liverpool pernah ada.



-Teruskan menjaga gawang Liverpool FC utk musim seterusnya. Jangan bimbang, kita akan kembali ke Champion League..

Steve Clarke Bakal Diberi Kontrak Jangka Panjang?

www.tips-fb.com

Steve Clarke Bakal Diberi Kontrak Jangka Panjang?


Liverpool First Team Coach Steve Clarke akan diberi kontrak jangka panjang oleh pengurusan Liverpool FC, berdasarkan laporan Daily Mirror.

Sumber berkata Clarke akan diberi sambungan kontrak yang akan melebihi kontrak yg ditawarkan kepada King Kenny.

Kontrak bekas jurulatih Chelsea dan West Ham  akan tamat pada akhir musim ini tetapi Liverpool Director of Football Strategy Damien Comolli telah tertarik & impress dgn apa yg telah Clarke lakukan kepada pasukan. Jadi, pengurusan LFC sanggup memberikan kontrak yg lebih panjang kepada Clarke selaku jurulatih utama utk First Team.


-Memang bagus pn..

Sylvain Marveaux Nafi Telah Sign Pre-Kontrak Dgn LFC

www.tips-fb.com

Sylvain Marveaux Nafi Telah Sign Pre-Kontrak Dgn LFC


Rennes midfielder Sylvain Marveaux telah menafikan laporan yg dia telah menandatangani pre-kontrak utk berpindah ke Liverpool FC di akhir musim ini.

Marveaux, akan tamat kontrak dgn Rennes di akhir musim ini beberapa kali dikaitkan dgn LFC berikutan telah dijemput oleh Comolli menghadiri perlawanan di Anfield.

Bagaimanapun, Marveaux baru-baru ini menafikan yg dia telah membuat keputusan utk berpindah ke Liverpool.

"Saya tidak pernah bercakap kepada mana-mana wartawan English yg saya akan berpindah ke LFC".

"Sehingga hari ini, saya masih belum memutuskan kelab mana yg akan saya masuk utk musim seterusnya".


-Nampak memang kualiti player.Tapi kalo injury prone xde guna jgk...Baik Comolli cari player lain..

Sunday, March 13, 2011

Liverpool Target Balazs Dzsudzsak Mahu Pindah ke EPL

www.tips-fb.com

Liverpool Target Balazs Dzsudzsak Mahu Pindah ke EPL



Liverpool FC target Balazs Dzsudzsak mengaku dia telah bersedia utk meninggalkan PSV Eindhoven dan berpindah ke liga EPL.

Pemain winger berusia 24-tahun itu juga telah dikaitkan dgn Arsenal, dan terbaru Everton juga sedang memantau situasi semasa Dzsudzsak. Bekas midfielder Debreceni telah menunjukkan prestasi memberangsangkan di PSV musim ini, 18 gol dalam 33 perlawanan.

Dzsudzsak berkata, "Liga EPL adalah antara yg terbaik. dan ianya sesuatu yg bagus dapat bermain di sana ".

Pada usia 24-tahun, Dzsudzsak adalah calon yg baik utk Liverpool berdasarkan polisi yg pemilik Liverpool mahukan. Pemain yg muda dan mempunyai re-sale value sekiranya mahu dijual kemudian.

Dzsudzsak juga dapat memberikan apa yg Liverpool FC kurang selama ini di padang, iaitu pace, width and creativity di bahagian tengah.


-Bagus pemain nie..antara target yg perlu di consider oleh Comolli..

Kontrak 2 Tahun Utk Kenny + Transfer Fund

www.tips-fb.com

Kontrak 2 Tahun Utk Kenny + Transfer Fund


Laporan menyatakan lagenda Kop, Kenny Dalglish telah ditawarkan kontrak selama 2 tahun dan jumlah transfer fund yg mencukupi utk perpindahan akan datang bagi membawa Liverpool FC kembali ke tahap yg sepatutnya, iaitu Top 4 di dalam liga EPL.

Sebagaimana yg kita tahu, King Kenny telah membawa tranformasi yg begitu besar kpd LFC sejak dilantik menjadi pengurus sementara. Beliau berjaya mengubah pasukan yg suram kembali ceria dan berjaya menerapkan mentaliti yg betul bg menghadapi sesebuah perlawanan. Selain itu, formasi dan taktikal yg diaplikasikannya telah diterima baik oleh pemain. Buktinya kita berada di posisi ke-6 dan kembali kompetitif.


Selain itu, owner Liverpool juga telah memastikan yg transfer fund yg secukupnya akan disediakan utk musim perpindahan akan datang bagi menguatkan pasukan di musim baru 2011/12.

Dalglish telah diberitahu yg beliau akan mempunyai transfer fund yg banyak - Dan Comolli dilihat sibuk menyediakan short list pemain bagi membeli beberapa pemain bintang di akhir musim ini.


-Berita yg ditunggu peminat. Xder orang lain yg lebih memahami LFC selain Kenny. Peminat pn suka..Congrats and keep up the gud work..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...