Join The Community




Search

Saturday, March 12, 2011

Liverpool Calon Feveret Utk Sign Bek Kiri Taye Taiwo

www.tips-fb.com

Liverpool Calon Feveret Utk Sign Bek Kiri Taye Taiwo


Pemain Nigeria bertubuh besar yg sekarang sedang bermain di kelab Marseille, Taye Taiwo dikatakan enggan utk menandatangani kontrak baru dgn kelab itu. Taiwo yg tamat kontrak pada akhir musim ini akan menjadi free agent dan berhak utk bercakap dgn mana-mana kelab yg berminat, Liverpool dan Newcastle antara kelab yg berminat mendapatkan khidmat pemain bek kiri itu.


Pengurus Liverpool King Kenny mungkin mengalih perhatiannnya dlm pencarian bek kiri kepada Taiwo, kerana target utama Jose Enrique dijangka akan berpindah ke Milan.

Kelihatannya Liverpool menjadi calon feveret utk sign pemain antarabangsa Nigeria ini. Ini kerana Taiwo pernah berkata "Sekiranya saya ingin berpindah, saya tidak akan menyertai kelab kecil. Saya akan menyertai sama ada Manchester United, Chelsea, Liverpool atau Arsenal" .

"Saya tidak takut akan permainan yg lebih fizikal di England. Saya percaya saya mempunyai tahap pertahanan yg cukup baik utk tahap perlawanan di EPL".


Manchester United tidak mungkin sign pemain baru kerana sudah mempunyai Evra di bek kiri. Ashley Cole pula bek kiri utama Chelsea dan tidak mungkin Taiwo berminat utk menjadi pemain simpanan. Arsenal ada kemungkinan tetapi Liverpool adalah feveret kerana sudah banyak kali dikaitkan dengan pemain ini.



- Bagus pemain nie. Tapi Leighton Baines atau Coentrao calon paling layak. Lagipun Liverpool skrang dah ada duit..

Rumusan Berita LFC Minggu Ini

www.tips-fb.com

Rumusan Berita LFC Minggu Ini

Rumusan berita hangat Liverpool FC pada minggu ini. Mungkin anda terlepas, tengok-tengok la entri kat bawah kalau ada article berkenaan LFC yg belum lg dibaca..

1) Steven Gerrard Out Selama 4/5 Minggu Selepas Operation( source )
-Semuga cepat sembuh...

2) Legenda Uruguay Francescoli - Suarez akan menyinar di Liverpool ( source )
-You got that right..

3) Pep Segura ambil alih tugas sbg Reserve Team Manager berkuatkuasa serta merta ( source )
-Gud Luck and keep up the gud work..

4) Fernando Torres kata dia lebih gembira berada di Chelsea daripada Liverpool ( source )
-Bullshitttt..Baru berada sebulan lebih dah nak judge. Duduk la kat sana dlm 2-3 season, baru la compare dgn Liverpool.

5) Lucas Leiva kata, Andy Carroll perlu masa utk sesuaikan diri dgn permainan LFC ( source )
-Tengok performance Carroll lwn SC Braga, dah OK dah.. ada persefahaman..

6) Fergie kata, tackle Carragher terhadap Nani "disgraceful" ( source )
-Carra patutnya dapat kad merah, Fabio pn patutnya dapat kad merah jgk..

Friday, March 11, 2011

Berita Terkini : Kapten Gerrard Out Selama 4 Minggu Selepas Operation

www.tips-fb.com

Berita Terkini : Kapten Gerrard Out Selama 4 Minggu Selepas Operation


Kaptern fantastik, Steven Gerrard dilaporkan akan berehat selama 4 atau 5 minggu selepas selamat menjalani operation bagi menyelesaikan masalah "groin injury" yang dihadapinya.

Gerrard telah pun berjaya menjalani operation dan mengikut nasihat dari pakar, Gerrard mungkin akan kembali pada pertengahan April.


Sekiranya sesi pemulihan berjalan lancar, Gerrard dilaporkan bakal kembali bermain balik pada April dimana perlawanan menentang Manchester City.


Dia juga akan terlepas 1 perlawanan Europa League, juga perlawanan vs Sunderland dan vs West Brom.


-Semuga cepat sembuh Stevie...Liverpool is not complete without you.

Jualan Lelong Pemain Dari LFC Di Akhir Musim

www.tips-fb.com

Jualan Lelong Pemain Dari LFC Di Akhir Musim


Pada akhir musim, ini adalah muka-muka pemain yg akan meninggalkan Liverpool. King Kenny sudah tentu ingin menjual pemain yg dah tak diperlukan lagi oleh LFC. Ini bg memberi ruang utk pemain baru yg lebih muda dapat masuk ke LFC.

1)Milan Jovanovic( Striker )
-Seorang pemain yg bagus tetapi bukan di tahap kualiti yg Liverpool mahukan.
- Nilai dianggar 4M - 6M

2)Christian Poulsen ( Defensive Midfielder )
-Sudah tidak seagresif dahulu. Bukan standard yg Liverpool mahukan.
- Nilai dianggar 3M

3)Phillip Degen ( Right-back )
-Injury prone dan jarang bermain. Sekarang dipinjamkan ke kelab lain.Lagipun LFC sudah ada Glen Johnson dan Martin Kelly di bek kanan.
- Nilai dianggar 1M - 2M

 4)Paul Konchesky ( Left-back )
-Pemain yg dibeli di era Pak Cik Roy bg mengisi bek kiri. Prestasi tak konsisten dan dibenci peminat Liverpool.
- Nilai dianggar 3M

5) Nabil El-Zhar ( Winger )
-Jarang digunakan kerana posisi winger sudah ramai pemain senior yg lain. Juga dipinjamkan ke kelab lain hingga akhir musim.
- Nilai dianggar 1M - 1.5M


-Joe Cole, Aquilani mungkin juga akan dijual di akhir musim..

Match Report : SC Braga 1-0 Liverpool fc (Europa League)

www.tips-fb.com

Match Report : SC Braga 1-0 Liverpool fc (Europa League)


Bila kalah je terasa malas nak update blog.

Dengan Gerrard tiada utk mengawal bola di bahagian tengah, midfield Liverpool bagaikan tak berfungsi.

Gandingan Lucas-Poulsen-Spearing di bahagian midfield kerap kali dibuli pihak lawan, sering terlepas bola terutama ketika pihak lawan mengikut rapat di belakang lalu membuat pressure. Selain itu, susuk fizikal pemain pihak lawan sedikit sebanyak membantu mereka dalam mengekang pergerakan bola di bahagian midfield.

Suarez yg tiada di bahagian depan memburukkan lagi keadaan. Kita jarang sekali mendapat peluang menyerang, dan bila ada peluang sering kali disiakan. Selepas kemasukan Carroll, bahagian serangan baru dilihat memberi ancaman kepada pertahanan lawan.

Pengurus Liverpool King Kenny berkata, pihak kita bermain teruk pada separuh masa pertama. SC Braga mendapat gol hasil daripada foul yg dilakukan oleh Sotirios Kyrgiakos terhadap Mossoro. Pemain midfield Braga, Alan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-17.

Kenny berkata, "Pada 35 minit masa pertama, kita bermain teruk. Sering kali membiarkan pihak lawan menyerang dan cuai dalam pengawalan bola".

"Kita bernasib baik kerana hanya ketinggalan 1-0. Kalau diikutkan cara permainan Liverpool yg teruk, kita mungkin melepaskan lebih daripada 1 gol ".

"Tetapi pada masa ke-2 kita bermain lebik baik. Kita mampu meningkatkan tempo permainan dan bermain lebih kemas bagi mendapatkan gol penyamaan".

Yang positifnya dalam perlawanan ini adalah kemasukan Andy Carroll di masa ke-2 dimana dia telah menunjukkan kekuatannya di udara. SC Braga dilihat begitu susah mengawal pergerakan Carroll.

King Kenny juga memuji Carroll, "Terbukti kemasukan Carroll telah mengubah cara permainan kita. Dia bagus dan banyak membuat sumbangan kepada pasukan dan meningkatkan mutu permainan Liverpool pada masa ke-2".

Nampaknya King Kenny perlu menilai semula strategy yg akan digunakan ketika menanti kunjungan SC Braga ke Anfield minggu hadapan. Beberapa aspek perlu diperbaiki, bahagian depan perlu lebih menyerang dan harapannya kita dapat menang 2-0 ketika di Anfield.


-Diorang xla hebat mana, cuma banyak buat pressure kt pemain. Tue yg membuatkan pemain kelam-kabut, pass bola pun x tepat..

Thursday, March 10, 2011

Lagi Berita Buruk : Gerrard Mungkin Perlu Jalani Operation

www.tips-fb.com

Lagi Berita Buruk : Gerrard Mungkin Perlu Jalani Operation


Liverpool mungkin bakal kehilangan Kapten Steven Gerrard sehingga akhir musim ini sekiranya dia perlu menjalani pembedahan.

Gerrard tidak ikut serta ke Portugal utk Europa League dan mungkin juga akan terlepas perlawanan kelayakan Euro, England vs Wales kerana kecederaan terdahulu( groin ) masih lagi berterusan.

Staf perubatan di Anfield menyatakan Gerrard dapat bermain baik tanpa rasa sakit ketika menentang Manchester United ahad lepas, walaupun sewaktu menjalani pra-latihan dia masih terasa kesakitan.

Gerrard akan dipantau rapi oleh staf perubatan dan Liverpool akan mendapatkan khidmat nasihat pakar bagi memastikan kaedah terbaik utk mengatasi masalah ini.

Sekiranya pakar menyarankan dia perlu jalani operation, Gerrard mungkin tidak dapat lagi bermain sehingga akhir musim.


-Kene buat operation mcm tahun 2008 la nie, time tu groin injury jgk.
-Apapun diharap cepat kembali sihat, tanpa Gerrard kesebelasan Liverpool tak meriah, xde mood.

Match Preview : SC Braga vs Liverpool (Europa League - 10/3/2011)

www.tips-fb.com

Match Preview : SC Braga vs Liverpool (Europa League - 10/3/2011)



Liverpool akan ke Portugal, utk perlawanan Europa League menentang SC Braga. Ini adalah pertemuan kali pertama utk kedua-dua kelab dalam perlawanan Eropah.

Liverpool buat masa ini dlm keadaan baik  dari segi emosi mahupun cara bermain kerana baru sahaja menang bergaya 3-1 ketika menentang Manchester United. Jika Liverpool berjaya menunjukkan mutu permainan yg sama ketika mereka menentang United, tidak mustahil Liverpool akan menang perlawanan ini.

Liverpool mungkin sekali lagi membuat pertukaran di bahagian pertahanan. Di mana Carragher akan bermain di kanan dan Johnson di bek kiri. Soto dan Skrtel dijangka di tengah.King Kenny juga mungkin menggunakan khidmat Danny Wilson di bek kiri.

SC Braga juga tidak boleh dipandang rendah. Braga berada di posisi ke-2 musim lepas dlm Liga Sagres Portugese. Utk musim ini, sama seperti kita berada di kedudukan ke-6 liga . Braga dijangka akan bermain secara counter-attack sambil memberi fokus utk tidak melepaskan sebarang gol kepada Liverpool. Mereka mampu bermain dgn baik dan hantaran kemas di bahagian tengah terutama melalui Hugo Viana, pemain central midfielder Braga.


Berita LFC Sblm Perlawanan:-
-Kapten Steven Gerrard, Agger dan Fabio Aurelio tidak ikut sama kerana kecederaan.
-Jonjo dan Martin Kelly walaupun cedera tetapi dimasukkan ke dalam skuad.
-Suarez walaupun tidak dapat bermain juga berada di Braga utk latihan bersama pemain lain.
-Andy Carroll mungkin akan berada di bangku simpanan utk separuh masa pertama.
-Hat-trick hero, Dirk Kuyt mungkin akan start sebagai lone striker.


Senarai 21 Pemain ke Portugal:-
Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Wilson, Lucas, Poulsen, Kuyt, Meireles, Cole, Ngog, Jones, Gulacsi, Hansen, Kyrgiakos, Spearing, Rodriguez, Carroll, Pacheco, Flanagan, Mendy


Formasi Kemungkinan(4-2-3-1):




-Harap2 Joe Cole dah fit betul2 dan boleh bagi sumbangan bermakna utk game nie kalau dia main..
-Jovanovic xder dlm skuad? EPL xmain, Europa League xmain..
-Mungkin Meireles boleh bg sedikit info kt pemain2 lain pasal SC Braga, saper key player etc..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...