Join The Community




Search

Wednesday, April 27, 2011

Reina Berkemungkinan Besar Kekal di Anfield Musim Depan

www.tips-fb.com

Reina Berkemungkinan Besar Kekal di Anfield Musim Depan


Penjaga gol LFC, Pepe Reina telah memberikan petunjuk awal yg mengatakan bahawa dia akan kekal di Anfield utk musim depan.

Reina sebelum ini berkata dia mungkin akan meninggalkan LFC kerana tidak gembira dgn prestasi tidak menentu LFC, selain melihat rakan senegaranya pergi satu demi satu dari kelab ini. Reina juga tidak gembira kerana LFC tidak membawa pemain berkualiti ke dalam skuad supaya lebih kompetitif.

Walaubagaimanapun, keadaan dilihat telah berubah sejak diambilalih oleh Kenny Dalglish. Liverpool kembali berada di tahap sepatutnya, menunjukkan permainan mantap serta corak taktikal yg bagus selain dilihat mampu mencabar pasukan top 4 EPL.

Reina melihat LFC dibawah kendalian Dalglish telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan serta janji positif yg ditunjukkan oleh FSG dimana mereka sanggup berbelanja utk membawa pemain berkualiti ke dalam skuad LFC utk musim depan.

Reina berkata ketika ditemubual oleh radio Sepanyol, yg dia sekarang gembira berada di Anfield. Dan ketika ditanya tentang rumor mengaitkannya dgn Man. United, Reina menajwab, "Saya tidak akan pergi ke Man. United, itu bukan niat saya".

1 comments:

harap sgt2 liverpool dpt beli player muda yg b'kualiti & sign ja kontrak kenny..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...