Join The Community




Search

Sunday, July 24, 2011

Rayo Mahu Dani Pacheco Secara Pinjaman

www.tips-fb.com

Rayo Mahu Dani Pacheco Secara Pinjaman


Kelab Rayo Vallecano atau nama glamornya Rayo dilaporkan berminat utk mendapatkan penyerang muda Liverpool, Dani Pacheco secara pinjaman.

Rayo adalah kelab Spanish yang bermain di Segunda Division. Tetapi pada kempen 2010/11, Rayo bermain cemerlang dan telah berjaya menghuni tangga ke-2 utk Segunda Division dan telah dipromote utk beraksi di La Liga.

Semua sudah maklum yg King Kenny melihat Pacheco mempunyai masa depan bersama LFC tetapi buat masa ini, Pacheco perlu mendapat regular 1st team sebanyak mungkin utk menambah pengalaman. Musim lepas Pacheco menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang dipinjamkan ke kelab Norwich City.

Pacheco buat masa ini bersama skuad Sepanyol bawah-21, membuat persediaan utk FIFA U20's World Cup Finals di Colombia.

Saturday, July 23, 2011

Liverpool Mahu Beli Wonderkid Mexico - Marco Bueno

www.tips-fb.com

Liverpool Mahu Beli Wonderkid Mexico - Marco Bueno


Liverpool FC diberitakan akan memberi tempoh percubaan selama 10 hari kepada wonderkid Mexico, Marco Bueno di Melwood awal bulan depan.

Pemain berusia 17-tahun itu dijangka akan berlepas ke LFC bulan depan dan sekiranya mempamerkan aksi cemerlang ketika tempoh percubaan, Bueno akan menandatangani kontrak kekal bersama LFC utk tempoh 5 tahun.

Bueno adalah antara pemain yg menyerlah ketika Piala Dunia utk pasukan Mexico bawah 17-thn.

Menurut kelabnya, Pachuca perbincangan telah pun diadakan dgn LFC berkenaan bayaran serta cadangan kontrak selama 5-tahun sekiranya Bueno lulus tempoh percubaan.Menurut wakil kelab Pachuca, mungkin pada 1 Ogos Marco Bueno akan melawat LFC.

Bueno juga dilabel sebagai "New Chicarito" ekoran aksi cemerlangnya bersama skuad bawah 17 Mexico.

Chris Mavinga Berpindah ke Kelab Perancis Rennes

www.tips-fb.com

Chris Mavinga Berpindah ke Kelab Perancis Rennes


Kelab dari League 1 Rennes telah mengesahkan bahawa menandatangani perjanjian membawa masuk Chris Mavinga, pemain muda Liverpool utk kontrak selama 4 tahun.
 
Mavinga, 20-tahun pemain muda yg bermain di posisi bek kiri berpindah ke Rennes utk yuran perpindahan yg tidak dinyatakan tetapi dipercayai dalam linkungan €1million . Mavinga berpindah ke Rennes setelah gagal membuat penampilan 1st team utk The Reds.

Mavinga menghabiskan separuh musim lepas secara pinjaman ke kelab Belgium, Genk.

Dia menjadi pemain ke-4 pembelian Rennes utk perpindahan ini setelah membeli Benoit Costil (Goalkeeper), Julien Feret dan Jonathan Pitroipa ( pemain tengah ).



-Selamat Maju Jaya

KD Target Pemain Muda, Alexander Milosevic Utk Posisi Center Back

www.tips-fb.com

KD Target Pemain Muda, Alexander Milosevic Utk Posisi Center Back


Laporan mengatakan Kenny Dalglish berminat untuk membawa pemain muda Swedish berprofail tinggi, Alexander Milosevic dari AIK ke Anfield bagi mengisi posisi center back.

Milosevic adalah antara center back top prospek di Sweden dan dilaporkan beberapa kelab besar juga memantau prestasi serta situasi terkini Milosevic.

Rumor mendapati LFC scouts telah memantau aksi & prestasi Milosevic sejak kebelakangan ini.

Pemain berusia 19-thn ini telah menunjukkan prestasi memberangsangkan utk pasukan Sweden bawah-21 serta di kelabnya terkini iaitu AIK. Milosevic dianggarkan bernilai sekitar £2 - £4M sebelum ini telah dikaitkan dengan kelab Arsenal dan juga Sunderland.

Milosevic boleh dibandingkan dengan center back Sotirios Kyrgiakos(Soto) kerana mempunyai susuk tubuh yg besar serta tinggi (6ft 3') dan KD melihat Milosevic sebagai pengganti jangka panjang utk Soto.



-Bagus la kalo nk beli. Tapi jgn jadi mcm Danny Wilson sudah. Beli, pastu jarang diberi peluang.

Friday, July 15, 2011

(Video) Charlie Adam Pass vs Guangdong China

www.tips-fb.com

(Video) Charlie Adam Pass vs Guangdong China


Charlie Adam telah membuat debut pertamanya memakai jersey LFC pada masa ke-2 ketika perlawanan pre-season di China.

King Kenny berkata dia amat gembira dgn debut Charlie Adam dan ternyata Adam telah menunjukkan prestasi bagus, telah membuat beberapa hantaran cantik serta pass through utk Carroll dan juga Dirk Kuyt.

Tengok C.Adam beraksi dlm video kat bwh :-


-Sayang, passing dah mantap. Tapi hantaran kepada Kuyt xboleh disambut baik kerana Kuyt xder pace utk mengejar bola. Dengan kemasukan Downing akan menjadikan hantaran Adam lebih sempurna.

Tuesday, July 12, 2011

Charlie Adam Passing VS Fernandez Suso Passing : Mana Lebih Handal?

www.tips-fb.com

Charlie Adam Passing VS Fernandez Suso Passing : Mana Lebih Handal?

Kedua-dua pemain ini mempunyai long range passing mirip pemain kesayangan kita, Xabi Alonso.

Charlie Adam - pemain yg baru masuk LFC, yg diharap mampu mengisi posisi Alonso di bahagian tengah.





Suso - Pemain muda yg bakal menggegar EPL sedikit masa lagi. Juga mempunyai long range passing berkualiti. Harap-harap season baru nie, Suso dapat peluang beraksi 1st team utk 5/6 kali pn dah cukup.





- Long pass dah mantap. Harap2 lepas nie berlatih utk through pass plak.

Friday, July 8, 2011

Musim Pemain Sign Kontrak : Wisdom, Flanagan Sign Kontrak Baru

www.tips-fb.com

Musim Pemain Sign Kontrak : Wisdom, Flanagan Sign Kontrak Baru

Nampaknya tahun nie memang musim pemain LFC sign kontrak baru. Sebelum nie Spearo, Kuyt dan Glen Johnson.

Dan minggu nie pula 2 youngsters dah sign kontrak baru, Andre Wisdom dan John Flanagan.


Andre Wisdom adalah antara salah seorang pemain pertahanan muda yg menyerlah. Wisdom telah dilantik sbg reserve-team kapten untuk musim 2011-11 selepas pemain itu membantu England mencapai kejayaan pada U17s European Championships yang lepas.



John Flanagan aka Flanno, pemain berusia 18-thn yg diberi kepercayaan oleh KD utk mengisi posisi bek kanan ketika Glen Johnson diberi tugas utk mengisi posisi bermasalah bek kiri.

Walaupun muda, Flanno telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan sepanjang 7 penampilan 1st team LFC pada penghujung musim 2011-11.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...