Join The Community




Search

Friday, July 15, 2011

(Video) Charlie Adam Pass vs Guangdong China

www.tips-fb.com

(Video) Charlie Adam Pass vs Guangdong China


Charlie Adam telah membuat debut pertamanya memakai jersey LFC pada masa ke-2 ketika perlawanan pre-season di China.

King Kenny berkata dia amat gembira dgn debut Charlie Adam dan ternyata Adam telah menunjukkan prestasi bagus, telah membuat beberapa hantaran cantik serta pass through utk Carroll dan juga Dirk Kuyt.

Tengok C.Adam beraksi dlm video kat bwh :-


-Sayang, passing dah mantap. Tapi hantaran kepada Kuyt xboleh disambut baik kerana Kuyt xder pace utk mengejar bola. Dengan kemasukan Downing akan menjadikan hantaran Adam lebih sempurna.

Tuesday, July 12, 2011

Charlie Adam Passing VS Fernandez Suso Passing : Mana Lebih Handal?

www.tips-fb.com

Charlie Adam Passing VS Fernandez Suso Passing : Mana Lebih Handal?

Kedua-dua pemain ini mempunyai long range passing mirip pemain kesayangan kita, Xabi Alonso.

Charlie Adam - pemain yg baru masuk LFC, yg diharap mampu mengisi posisi Alonso di bahagian tengah.





Suso - Pemain muda yg bakal menggegar EPL sedikit masa lagi. Juga mempunyai long range passing berkualiti. Harap-harap season baru nie, Suso dapat peluang beraksi 1st team utk 5/6 kali pn dah cukup.





- Long pass dah mantap. Harap2 lepas nie berlatih utk through pass plak.

Friday, July 8, 2011

Musim Pemain Sign Kontrak : Wisdom, Flanagan Sign Kontrak Baru

www.tips-fb.com

Musim Pemain Sign Kontrak : Wisdom, Flanagan Sign Kontrak Baru

Nampaknya tahun nie memang musim pemain LFC sign kontrak baru. Sebelum nie Spearo, Kuyt dan Glen Johnson.

Dan minggu nie pula 2 youngsters dah sign kontrak baru, Andre Wisdom dan John Flanagan.


Andre Wisdom adalah antara salah seorang pemain pertahanan muda yg menyerlah. Wisdom telah dilantik sbg reserve-team kapten untuk musim 2011-11 selepas pemain itu membantu England mencapai kejayaan pada U17s European Championships yang lepas.



John Flanagan aka Flanno, pemain berusia 18-thn yg diberi kepercayaan oleh KD utk mengisi posisi bek kanan ketika Glen Johnson diberi tugas utk mengisi posisi bermasalah bek kiri.

Walaupun muda, Flanno telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan sepanjang 7 penampilan 1st team LFC pada penghujung musim 2011-11.

Glen Johnson Sign Kontrak Lanjutan Bersama LFC

www.tips-fb.com

Glen Johnson Sign Kontrak Lanjutan Bersama LFC


Bek kanan, Glen Johnson telah bersetuju menandatangani kontrak lanjutan bersama LFC.

Jonhson, 26-thn setakat ini telah membuat 70 penampilan bersama The Reds.

LFC Director of Football Damien Comolli berkata, "Kami sangat gembira kerana mencapai persetujuan utk menandatangani kontrak lanjutan ini. Glen mahu kekal di sini dan LFC juga gembira dan mahu dia kekal di LFC".

Pada musim lepas Johnson telah menunjukkan yg dia adalah seorang pemain yg versetail di mana Kenny Dalglish telah menggunakan khidmatnya utk mengisi slot bek kiri walaupun posisi asalnya ialah bek kanan.

Ternyata  percaturan yg dibuat oleh King Kenny menjadi dimana Glen Johnson dilihat tidak kekok menjalankan tugasnya di posisi bek kiri dan mempamerkan aksi yg boleh dipuji oleh seluruh peminat LFC.

Comolli menganggap Johnson merupakan salah satu aset berharga LFC dan gembira Johnson sudi menandatangani kontrak lanjutan bersama LFC.



-Congrats. Lepas nie belajar sket lagi cara & taktik bertahan dgn lebih baik dgn Steve Clarke.

Stephen Darby Dipinjamkan ke Rochdale Selama 1 Musim

www.tips-fb.com

Stephen Darby Dipinjamkan ke Rochdale Selama 1 Musim


LFC telah mengesahkan Stephen Darby akan menyertai Rochdale selama 1 musim. Darby akan bersama kelab dari League One, Rochdale itu sehingga Jun 2012.

Darby telah menghabiskan kebanyakan musim lepas, dipinjamkan ke Notts County dan sebelum itu dipinjamkan ke Meadow Lane pada November 2010.

Pemain berusia 22-thn itu hanya sempat membuat 6 penampilan utk first team Liverpool, dan yg terakhirnya bermain ketika Europa League menentang FK Rabotnicki di Macedonia.

Selamat maju jaya Stephen Darby.

Thursday, July 7, 2011

[Photo] Charlie Adam di Melwood Gym Hari Pertama

www.tips-fb.com

[Photo] Charlie Adam di Melwood Gym Hari Pertama

Seperti yg semua LFC fans tahu, C.Adam telahpun lulus ujian kesihatan. Pada hari pertama dimana C.Adam juga telah menandatangani kontrak LFC, Adam juga telah dibawa utk berlatih di gym Melwood.





Wednesday, July 6, 2011

Akhirnya Persetujuan Dicapai : Charlie Adam Msk LFC

www.tips-fb.com

Akhirnya Persetujuan Dicapai : Charlie Adam Msk LFC


Setelah berhempas-pulas melayan kerenah pengerusi Blackpool, akhirnya persetujuan telah dicapai setelah Blackpool setuju dengan tawaran yg dikemukakan oleh LFC utk membeli Charlie Adam.

Sekarang hanya menunggu Charlie Adam utk menjalani medical di Melwood. Adam akan menjadi pemain ke-2 yg dibawa oleh Kenny Dalglish setelah KD membawa masuk pemuda muda berbakat, Jordan Henderson dari kelab Sunderland.

Tidak dapat dinafikan C.Adam adalah seorang pemain berkualiti and mempunyai tendangan left-foot yg berkualiti terutamanya daripada long pass serta set-piece. Kemasukannya ke LFC diharap dapat membantu LFC kembali ke top 4 liga EPL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...