Join The Community




Search

Saturday, August 25, 2012

[Video] Performance Joe Allen vs Hearts

www.tips-fb.com

[Video] Performance Joe Allen vs Hearts

Dah tengok permainan Joe Allen semasa Europa League lawan Hearts? Nah nie dia.


Europa League : Hearts 0 - 1 Liverpool

www.tips-fb.com

Europa League : Hearts 0 - 1 Liverpool 

Ada tengok match nie? Aku tengok haha.

1st Half:-
Kalau tengokkan line up 1st eleven tue, aku memang x berapa suka. Dah la star player direhatkan utk mendapatkan rehat secukupnya bg menghadapi perlawanan menentang Man City.

Jamie Carragher lebih diberi peluang berbanding Coates. Bagi aku, B.Rodgers perlu lebih realistik sket. Lebih banyak Coates main, maka lebih bersedia utk dia main dlm kesebelasan utama dlm EPL.
Carra plak, lebih banyak bagi dia main maka lebih banyak mistake dia buat. Aku admit la dia memang Legend tapi peluang sebegini Rodgers patutnya bagi kat Coates utk tambah pengalaman. Sampai bila dia nak duduk kat bangku simpanan. Satu masa Carra pass ke belakang, nasib baik Reina cepat kalau x memang terlepas kat pemain lawan.

Kat tengah plak, Jay Spearing & Charlie Adam sebagai central midfield dan Jonjo sebagai Attacking midfield. Seperti yg aku post sebelum nie, Jay Spearing memang teruk bab positioning. Bagi Rodgers yg style dia memerlukan pemain2 yg pandai bertukar2 posisi, Spearing bukanlah pemain yg sesuai utk style mcm nie. Charlie Adam pun sama masih tercari-cari rentak. Marking & tackling pon xberapa bagus lagi, bnyak main langgar player je dari betul2 tackle. Sangat tak kreatif bahagian tengah masa 1st half.

Nasib baik ada Jonjo yg memang lebih matang permainannya. Cara dia mengawal bola, membahagi bola, menghubungkan bahagian pertahanan dgn bahagian serangan cukup aku suka. Cuma satu je lagi dia kene banyak berlatih, volleh luar kotak penalti. Masih lagi fail.

Hendo, Sterling, Borini trio serangan. Hendo & Jonjo nampak comfortable saling bertukar posisi. Raheem memang terbaik. Pace, trickery semua ada. Tengok dia bermain, membuatkan aku rindu betapa kita perlu pemain seperti abam Raheem sebagai winger utk 1st team.

2nd half:-
Raheem masih menunjukkan prestasi yg baik, out-pace right back, cutting inside utk shot goal etc.
Permainan masa kedua nie aku tengok memang lebih baik terutama bila kemasukan Joe Allen kat tengah ganti Spearing, Downing masuk ganti Jack Robinson. Haha Downing masuk ganti Jack jadi left-back kejap. Mungkin Rodgers tengok Hearts memang dah xboleh serang dari kanan sebab diorang dok busy jaga Raheem Sterling yg selalu bikin susah kat pemain diorang.

Joe Allen memang terbaik. Positioning, passing dia tue yg membuatkan midfield Liverpool lebih fluid. Ball distribution pn lebih baik.



Apapaun walaupun menang 1 goal je, menang tetap menang. Lagi2 gol nie di tempat lawan.


-pokdin-

Thursday, August 23, 2012

Nuri Sahin X Jadi ke Arsenal? Mungkin ke Liverpool?

www.tips-fb.com

Nuri Sahin X Jadi ke Arsenal? Mungkin ke Liverpool?

Nie adalah berita yang aku sempat baca dalam 3/4 jam lepas berkenaan Nuri Sahin.


Sebelum nie semua sudah maklum yang Sahin telah memilih utk loan di Arsenal berbanding Liverpool FC. Katanya nak main kat Liga2 Juara Eropah, Liverpool xder sebab tu xnak pergi. Kalau ikutkan, Xabi Alonso dah pujuk dah abam Sahin nie suruh main kt kelab Liverpool. Jose Mourinho pun lebih suka dia pergi Liverpool daripada Arsenal.

Mengikut seorang wartawan nie, dia kata Nuri Sahin sepatutnya menjalani medical kat Arsenal pada hari Isnin utk melengkapkan perpindahan tapi malang utk Arsenal, Sahin x muncul2.

Berita baik utk peminat Liverpool, mengikut rumor terkini agent kepada abam Sahin nie Reza Fazeli telah pun berlepas ke Anfield utk melengkapkan perpindahan loan Sahin ke LFC selama 1 season. Katanya agent dah sampai kat Anfield pada hari semalam.


Kenapa Sahin x jadi masuk Arsenal? Mengikut kata akhbar, si abam Sahin jadi xberminat nak masuk sebab kat dalam kontrak tu Arsenal nak masukkan option to buy lepas pinjaman selama 1 musim habis. Sahin nak main kat Real Madrid lagi utk season2 seterusnya dan menganggap dia masih  lg ada future dgn Real.


-pokdin-

Wednesday, August 22, 2012

Newcastle Nak Beli Carroll Hanya Pada Harga £12m? Setuju?

www.tips-fb.com

Newcastle Nak Beli Carroll Hanya Pada Harga £12m? Setuju?

 

Striker paling mahal dibeli utk pemain British pada harga 35M, si abam Andy Carroll yang pada aku kalau dia setuju duduk kat bangku simpanan & terima kenyataan yg dia bukan pilihan utama B.Rodgers, elok diberi peluang hingga ke musim transfer yg seterusnya.

Aku memang setuju kalau orang kata die nie x suka turun naik, prefer stay kat atas je. Tapi dari sudut positif si abam Carroll nie memberikan kita option yg berbeza pada posisi Striker. Takkan la si B.Rodgers nak main style passing kat kaki sepanjang masa, ada jugak masa2 yg kita perlu guna khidmat Carrol nie. Macam lawan West Brom ari tuh, ada 2 3 free header yg ditanduk oleh Luis Suarez tapi x membuahkan hasil. Cuba bayangkan kalau Carrol ada kat situ, memang konpem gol.

Berbalik cerita asal, panjang pulak aku cerita pasal abam Carroll nih. Dengar khabar Newcastle United memang berminat nak sign balik abam Carroll tapi diorang hanya tawar harga £12m je. Kalau Liverpool nak lebih daripada tuh, carik kelab lain.

Mentang2 lah diorang tahu Carroll dah x happy sebab dia bukan 1st choice striker, sedap2 je diorang tawar harga murah nak sign balik. Mangkuk hayun btol !!

B.Rodgers plak bgtau nak simpan Carroll kalau x dapat harga sekitar 17M, tapi kalau ada pemain kat bangku simpanan yg x happy, boleh menjejaskan moral pemain2 lain jgk. Dengar kata Rodgers nak issue nie settle dengan cepat, so bila dah jual abam Carrol boleh la dia gunakan duit hasil jualan utk beli striker baru yg seswai dgn cara permainan yg die nak implement.


-pokdin-

Liverpool, MU Berebut Nak Sign Hector Herrera - Budak Mexico

www.tips-fb.com

Liverpool, MU Berebut Nak Sign Hector Herrera - Budak Mexico

Kalau ikut berita spekulasi/rumor terkini, Liverpool & MU memang tengah berebut nak sign pemain dari Mexico nama dia Hector Herrera.


Siapakah budak nie? Hector Herrera, pemain berusia 22-tahun sekarang bermain utk kelab Pachuca di posisi midfielder. Nickname die "Zorro" tak tahulah sebab apa. Korang pandai2 la carik sendiri.

Dengar kata pemain nie dah lama diintai oleh scout Liverpool & MU. Cuma minat utk sign pemain nie menjadi2 setelah Hector dikatakan menunjukkan prestasi yg menakjubkan di Olympic Games tempoh hari dan membolehkan Mexico mengalahkan Brazil dalam perlawanan akhir.

Mengikut cakap wakil dari kelab Pachuca, MU dah buat official approach utk sign pemain nih. Pak Cik Alex Ferguson mahu Hector kat Old Trafford bagi menggantikan Lucas Moura, transfer target MU yg terlepas kt PSG. Hahaha.

Harga utk Hector Herrera dalam £10M gitu.

Liverpool bila lagi nak approach Hector nih? Setakat harga 10M utk budak baru umur 22-tahun memang berbaloi sebab ada resale value. lagi2 kalau dia main bagus lepas berpindah masuk. Harga lagi mahal boleh dapat kalau nk jual balik.


p/s : Tapi kalau ikut transfer aktiviti Liverpool, owner macam x bagi duit banyak je utk B.Rodgers spend.

-pokdin-

Liverpool Calon Feveret Utk Sign Man City Winger - Adam Johnson

www.tips-fb.com

Liverpool Calon Feveret Utk Sign Man City Winger - Adam Johnson


Gembira x dengar Liverpool nak sign Abam Adam Johnson nih? Kalau aku memang gembira la. Ye lah xkan nak harapkan si abam Downing je sebagai winger kita utk season nih. Masih ada 37 game lagi kita x lawan & Downing nie pun belum tentu perform. Sekarang pun x perform ( 1 game jeh  season nih aku tengok dia OK main).

Walaupun B.Rodgers dah sign Oussama Laden, oppss Oussama Assaidi tapi dia belum tentu boleh terus adapt dengan suasana EPL yg penuh dgn terjahan kasar etc. Seingat aku David Silva dulu pn lama la jgk nak adapt dgn suasana EPL sebelum jadi pemain utama Mancini.

Aku rasa Liverpool memang berpotensi sbg kelab seterusnya utk Adam Johnson join sebab hanya kelab2 besar shj yg boleh membuat dia dinilai oleh boss England pak cik Roy utk dimasukkan ke dalam skuad International England. Xkan la si abam Adam Johnson nie nak masuk Sunderland or Everton kan? Tapi walau apapun hati manusia, xder sape yg tahu.

Peluang utk dia bermain banyak game juga cerah kalau masuk Liverpool FC. Setakat nak bersaing dgn Stewart Downing, Oussama Assaidi memang boleh. 

Man City meletakkan harga sekitar £10M bagi saper2 kelab yg berminat nak dapatkan si abam Johnson nih.



p/s : Abam Adam Johnson, masukla Liverpool kalau nak dengar nama anda menerima sorakan semangat dari penyokong terbaik dunia bolasepak.



-pokdin-

Bolton Nak Jay Spearing? Ambik la

www.tips-fb.com

Bolton Nak Jay Spearing? Ambik la

Kalau mengikut desas-desus terkini, Bolton punya bos Pak Cik Owen Coyle nak ambik Jay Spearing, buat pinjaman sementara waktu.



Pak Cik Owen ada bagitau media yg posisi yg mahu dia perkuat musim nie adalah posisi Defensive midfield.
Dan dia berminat utk mengambil Jay Spearing utk memperkuat bahagian pertahanan tengah utk musim ini.

Abam Jay nie aku tengok boleh main posisi nie tapi x konsisten, lagipun dia main dlm kesebelasan utama, aku memang x yakin die boleh marking & buat tackle yg baik mcm Lucas. Lagi satu dia punya positioning memang xleh blah. Aku rasa pemain tengah pihak lawan boleh senang2 je buat volley kalo dia ada kt tengah.

Bagi aku, elok sangat la Jay Spearing pergi menambah pengalaman kt Bolton. Dah ramai player pergi ke sana & bila balik semula ke kelab asal, banyak peningkatan dicapai sepanjang dipinjamkan ke Bolton.

Lagipun aku rasa Liverpool season nie, bukan season utk mengetest pemain2, sebaliknya memang mahu berada kembali dalam top 5 EPL. So pemain2 yg berada dlm kesebelasan utama, mahupun dekat bangku simpanan kena la power2 sket.

Masa utk menguji pemain dah xder dah kalau betol2 nak capai target top 4. Kalau dapat Nuri Sahin on loan, aku rasa dah lama Jay Spearing nie dipinjamkan.

Malangnya abam Nuri Sahin nak masuk Arsenal sbb boleh main Champion League katanya. Melepas top loan target Brendan Rodgers.


Kalau betul jadi, selamat maju jaya la kat abam Jay Spearing.

-pokdin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...